Friday, May 20, 2016

RESEPI DAGING GORENG TUMBUK MASAK PADANG


RESEPI DAGING GORENG TUMBUK MASAK PADANG


BAHAN - BAHAN

600g daging
15 tangkai cili kering,
2 ulas bawang putih,
2 labu bawang besar
Sedikit belacan
Sedikit air asam jawa
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Ajinamoto (secukup rasa)
1/2 cawan kicap pekat manis
Minyak masak (secukupnya)
 

CARA - CARA MEMASAKNYA

1. Daging dipotong nipis dan diperap dengan kicap pekat selama 10 minit.

2. Cili kering, belacan, bawang besar dan bawang putih di kisar atau ditumbuk tapi jangan terlalu halus.

3. Daging yang telah diperap tadi digoreng dalam minyak yang panas sehingga garing.

4. Kemudian daging itu ditumbuk sekeping- sekeping supaya menjadi lembut.

5. Minyak bekas goreng daging tadi boleh digunakan untuk menumis.

6. Tumiskan bahan- bahan yang telah dikisar atau ditumbuk tadi sehingga pecah minyak dan naik bau. 

7.Kemudian masukkan air asam jawa, gula, garam dan serbuk perasa (ajinamoto). Masukkan pula, daging yang telah siap ditumbuk tadi. Masak dengan api yang sederhana.

8. Apabila semuanya sebati bolehlah diangkat dan dihidangkan.






AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

Wednesday, May 18, 2016

RESEPI KUIH BINGKA UBI





RESEPI KUIH BINGKA UBI
.
 
BAHAN - BAHAN

4 Cawan ubi parut / dikisarkan (ubi kayu anggaran 2 kg)
1 cawan gula pasir
2 Biji telur
1/2 sudu garam
1 1/2 cawan santan pekat ( jgn cair nanti adunan lembik )
2 sudu besar minyak- untuk campur dalam adunan
2 sudu besar minyak- untuk sapu pada loyang
sedikit mentega/butter – untuk tabur atas kuih sebelum di bakar
beberapa titik pewarna kuning

.
CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Kisar / parutkan ubi bersama air dan tapiskan / parut ubi sehingga cukup 4 cawan.

2. Masukkan ubi dalam mangkuk adunan.

3. Masukkan telur, gula, garam, dan beberapa titik pewarna kuning.

4. Kacau dan tuang santan sedikit-sedikit sampai adunan menjadi sebati

5. Sapukan loyang dengan minyak dan panaskan oven ke suhu 200 darjah api atas & bawah

6. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz kecil anggaran 8 inci.

7. Sudukan beberapa sudu butter & ditaburkan di atas adunan.

8. Bakar selama 45 minit hingga 1 jam, bergantung pada tahap kerak yang anda suka....
bergantung kepada oven

9. Potong bila dah sejuk.




AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

 

RESIPI KEK BATIK TOPPING CHEESE LELEH


 RESIPI KEK BATIK TOPPING CHEESE LELEH

BAHAN - BAHAN

1 bungkus biskut marie
1 bungkus kecil milo
Susu pekat 1/2 tin
1 ketul buttercup
1/4 cawan susu cair
2 biji telor
1 sudu kecil nescafe

TOPPING CHEESE

250 g cream cheese
1/2 cwn susu pekat +-
1 sudu perahan lemon
sedikit susu cair

*Pukul sampai sebati.
 
 
CARA - CARA MEMBUATNYA

Cairkan buttercup dalam kuali..
Bila dah cair masukan milo,serbuk nescafe,susu pekat susu cair serta telur 
 masak sampai sebati.

Masak dengan api kecil supaya milo dan buttercup sebati dan tak berketul.
Bila dah sebati,Masukan biskut Marie.
 kacau sampai sebati.

Masukan dalam bekas.tekan untuk rata dan padat.
Biarkan sedikit sejuk sebelum menuang Topping Cheese 

***untuk perhiasan anda boleh taburkan chocolate rice atau nestum di atas Topping Cheese.






AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my




RESIPI TART NANAS TRADISIONAL


RESIPI TART NANAS TRADISIONAL

 
BAHAN - BAHAN

500 gm tepung gandum
400 gm mentega
120 gm gula aising
100 gm tepung jagung
75 gm susu tepung
1 sudu teh garam
1 sudu teh vanilla
Kuning telur untuk d sapu pada biskut

 
CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Campurkan tepung gandum, tepung jagung dan susu tepung... Ketepikan.

2. Putar gula aising, mentega, garam serta vanilla kira² 10 - 14 minit.. 
putar pada kelajuan kuat selama 10 minit.

3. Masukkan campuran tepung dan susu tepung tadi ( no.1 ) dan putar sebati.

4. Picit adunan menggunakan acuan nastar.

5. Isikan dengan jem nenas dan gulung dengan kemas..
6. Sapu adunan dengan kuning telur..

7. Bakar pada suhu sederhana sehingga biskut masak.. 
( Bakar pada suhu 150°C selama 15 - 18 minit bergantung pada oven ).
 
8. Sejukkan sebelum d masukkan ke dalam balang.






AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



RESIPI BISKUT SNOW ALMOND


RESIPI BISKUT SNOW ALMOND

BAHAN A

260gm mentega
150gm gula kaster
1 tsp esen vanila
50gm serbuk badam

 
BAHAN B

300gm tepung red rose
50gm tepung kastard
50gm susu tepung
40gm tepung jagung

 
 HIASAN

Coklat masakan
Breadcrumb putih


CARA - CARA MEMBUATNYA


1. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh.

2. Canai dan terap dengan acuan di sukai.

3. Bakar pada suhu 140C selama 30 minit.

4. Sejukkan biskut dan celup dengan coklat masakan yang di cairkan secara double boiler dan golekkan biskut ke dalam breadcrumb.
5. Apabila dah kering boleh la disimpan dalam bekas kedap udara



sumber 
  




AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

 

Monday, May 16, 2016

RESIPI BISKUT KACANG HIJAU


RESIPI BISKUT KACANG HIJAU


BAHAN - BAHAN

1 kg tepung kacang hijau
1 kg tepung gandum
500g gula icing
1 sudu kecil garam halus
650 g minyak mazola atau secukupnya sehingga menjd doh yg lembut

Sapuan: 
2 biji kuning telur + 1/2 sudu kecil air + sket pewarna kuning

 
CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Gaulkan semua bahan kecuali minyak.

2. Kemudian masukkan minyak sedikit demi sedikit sehingga mendpt doh yg lembut sehingga boleh digentel bulat.

3. Susun dlm loyang bergris kemudian sapu dgn campuran kuning telur.

4. Bakar pd suhu 160C selama 20 min atau sehingga masak.

5. Sejukkan dan boleh lah disimpan kedlm bekas kedap udara.






AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


 

RESEPI MACAROON NUTELLA


RESEPI MACAROON NUTELLA


BAHAN - BAHAN

80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
65g gula castor
80g serbuk almond
140g gula icing
Pewarna
Filling (Nutella)
 

CARA - CARA MEMBUATNYA

1-Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak dan ketepikan (*)
 
2-Pukul putih telur sehingga kembang dengan kelajuan mixer maxima
 
3-Masukkan gula castor sedikit demi sedikit sehingga adunan kental dan bertanduk
 
4-Masukkan 1/4 campuran (*) dengan menggunakan spatula
 
5-Masukkan pewarna mengikut kesukaan
 
6-Masukkan adunan kedalam piping beg
 
7-Picit di atas kertas minyak (kertas minyak siap di lukis bulatan sebesar 20sen)
 
8-Ambik toothpick pecahkan gelombang udara untuk mengelakkan permukaan macaroon berlubang
 
9-Rehatkan macaroons lebih kurang 30-45minit (Pastikan ia kering tak melekat dengan jari)
 
10-Panaskan oven 140c - 150c dan bakar selama 15-20 minit
 
11-Selepas masak biarkan macaroons sejuk & renjiskan air dibelakang kertas minyak untuk senang tanggalkan
 
12-Letakkan filling (Aku gunakan Nutella & Kacang)
 
 
 

 
 AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
 
 

Friday, May 13, 2016

RESIPI MEE BELACAN SARAWAK

 
RESIPI MEE BELACAN SARAWAK 
 
 
BAHAN-BAHAN 
 
Mee Hoon

*(utk sebungkus meehon - mkn untuk 5-6 org)

BAHAN A
 
Bwng Putih (5 ulas)
Bwng Merah (4 ulas)
Bwng Besar (1 ulas)
Udang kering (1 sudu besar)
Belacan (1 sudu besar)
Kepala Udang Payak (dlm 20 kepala)
Cili Padi (4)
Cili Hidup (2)
*jika mahu pedas boleh tambah cilinya
Pati belacan (brand Knorr)
Pati ayam (brand Knorr) 
 
BAHAN B 
 
 Meehoon (celur)
Sotong Kembang (celur + hiris kecil)
Timun (hiris kecil)
Kacang tanah diTumbuk
 
 
CARA - CARA MEMBUATNYA  
 
1. Kisar Bahan A di atas. Tumis hingga naik bau
 
2. Di periuk yang berlainan, rebus kepala udang.
 
3. Air rebusan di tuang ke dalam tumisan. Masukkan 2 sudu besar pati belacan (brand Knorr) dan 
satu sudu kecil pati ayam (brand Knorr)
 
4. Masukkan sos tiram, kicap pekat dan kicap manis sedikit.
 
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
 
6. Akhir skali masukkan tepung jagung sesedang pekat.
 
7. Angkat hidang bersama Bahan B
 
 
 
 
 
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
 
 
 

Monday, May 9, 2016

RESEPI UDANG BAKAR BERKEJU


RESEPI UDANG BAKAR BERKEJU

BAHAN - BAHAN
600 gram udang harimau
280 gram keju
 100 gram mentega
50 gram bawang putih (dicincang halus)
10 gram garam
  10 gram serbuk perasa
  20 gram gula
  50 gram susu cair


CARA - CARA MEMBUATNYA

Belah dua udang harimau. 
Perapkan dengan bawang putih, garam, serbuk perasa dan gula.
 Biarkan kira-kira 15 minit.

Susun kepingan keju pada bahagian tengah udang. Diikuti dengan susu cair.

Susun udang atas dulang yang disapu mentega. 
Bakar dalam ketuhar pada suhu sederhana kira-kira 10 minit.


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

RESIPI AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS


RESIPI AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS


BAHAN - BAHAN

1 Ekor Ayam
1 Biji Bawang Bombay / Holland
10 Biji Bawang Putih
2cm Halia
2 Sudu Besar Lada Hitam
3 Sudu Besar Kicap Manis
2 Sudu Besar Sos Tiram
2 Sudu Besar Madu
2 Sudu Besar Gula Pasir
1 Sudu Besar Serbuk Pati Ayam
1 Sudu Besar Serbuk Oregano
2 Sudu Besar Minyak Zaitun


CARA - CARA MEMBUATNYA

Bersihkan ayam. Lumur dengan garam dan limau nipis, perap selama 20minit.

Potong halus bawang bombay, bawang putih, dan halia. Kemudian kisar semua bahan-bahan tersebut. 

Tambahkan madu, kicap manis, sos tiram, serbuk pati ayam, garam, gula, lada hitam, dan minyak zaitun, gaul rata.

Lumurkan bahan-bahan tadi pada ayam. Perap selama 1 -2 jam atau semalaman di peti dalam sejuk.

Panggang ayam didalam oven dengan suhu 170-180'c selama 1 jam 30 minit. Tambah masa pemanggangan jika ayam masih belum masak lagi. (Bergantung pada saiz ayam dan kapasiti oven). Setiap 15min, sapu lebihan bahan perapan keatas ayam.

Angkat dan tabur dengan serbuk lada hitam kasar.

Boleh di hidang bersama nasi ayam atau di makan begitu saja bersama salad.







AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my




Tuesday, May 3, 2016

RESEPI LASAGNA COKELAT OREO


RESEPI LASAGNA COKELAT OREO


BAHAN - BAHAN A

36 ketul oreo dikisar (ambil krimnya sekali)
6 sudu besar butter dicairkan

Campurkan kesemua bahan di atas dan gaul rata. Ketepikan.

 
BAHAN - BAHAN B

200 gm cream cheese
1 cawan Non-dairy whipping cream
100 gm gula kastor (boleh juga guna gula aising jika suka)
2 sudu besar susu segar

Cara - cara membuatnya

1. Pukul cream cheese sehingga lembut.

2. Kemudian masukkan gula kastor atau gula aising dan pukul lagi

3. sehingga ianya lembut dan gebu. 

4. Masukkan susu segar dan pukul sebati. Ketepikan. 

5. Di dalam bekas yang lain, pukul Non-dairy whipping cream hingga kental. 

6. Kemudian campurkan ke dalam adunan cream cheese tadi dan kaup balik sehingga sebati. Masukkan ke dalam piping bag.

 
BAHAN - BAHAN C

(CHOCOLATE COCONUT PUDDING): 

1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula kastor
1/8 tsp garam
1 1/2 cawan susu segar
1 1/2 cawan santan pekat
185 gm dark chocolate, dicincang
1 tsp esen vanilla
1 tbsp serbuk koko

 
Cara - cara membuatnya

1. Campurkan tepung jagung bersama gula dan garam ke dalam bekas. 

2. Kemudian campurkan susu segar dan kacau perlahan. Masak di atas double boiler dengan api sederhana.
Sentiasa menggaul adunan sehingga ianya sebati dan pekat (15 - 20 minit). Boleh guna hand whisk . 

3. Tambahkan coklat cincang dan kacau selama kira-kira 2 - 4 minit atau sehingga puding kental. 

4. Kemudian alihkan dari api dan masukkan esen vanilla. Kacau rata. 

5. Sejukkan dan ketepikan.

** Note : Tapis puding dengan menggunakan penapis sekiranya puding yang terhasil itu berketul-ketul.

 
CARA - CARA MELAPIS

1. Masukkan sedikit biskut oreo kisar (bahan A) ke dalam bekas yang digunakan. 

2. Kemudian picitkan adunan bahan-bahan B di atasnya. 

3. Lapis di atasnya dengan chocolate coconut pudding dan ratakan. 

4. Picitkan lagi adunan bahan-bahan B di atasnya. 

5. Taburkan dengan chocolate chips, biskut oreo kisar dan sedikit parutan coklat. 

6. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dinikmati. Selamat mencuba






AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my