Monday, July 26, 2021

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH MELETOP POP POP

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH MELETOP POP POP


BAHAN - BAHAN

Bahan A (dikisar):

Serai
Lengkuas
Halia
Lada kering

Bahan B:

Telur ayam
Garam
Gula
Biji ketumbar
Daun kari
Tepung jagung

* Lebihkan bahan kisar untuk lebih sedap.


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Sediakan ayam yang dipotong kepada 16 bahagian dan ditoskan airnya.

2. Masukkan bahan A dan b dan digaul sebati.

3. Perap selama 20 minit atau boleh disimpan di dalam peti ais.

4. Goreng dalam minyak yang banyak untuk masak sepenuhnya dan lebih rangup.

5. Siap dan boleh dimakan semasa berbuka dengan lauk lain.




Kredit resepi : 
Khumaira CAFE & Catering


RESEPI SUMSUM MAKAN HUJAN - HUJAN


RESEPI SUMSUM MAKAN HUJAN - HUJAN


BAHAN - BAHAN

BAHAN DOH 

200 g tepung beras 
400 ml santan kotak (kotak kecil 200x2)
Sedikit garam 
Air 450 ml 
2 helai Daun pandan 


BAHAN KUAH

Gula melaka 3 kerek 
Gula pasir jika perlu 
1 helai daun pandan 
200ml air 


CARA MEMBUATNYA

1. Bancuh tepung beras dengan santan 200 ml + 250ml air dan sedikit garam ketepikan 

2. Bancuh santan 200ml + 200ml air dan didihkan atas api sedang bersama simpulan daun pandan .

3. Lepas santan dah mendidih masukkan bancuhan tepung tadi dan kacau hingga kental dan masak 

4. Masukkan dalam mangkuk dan sejukkan 


CARA MEMBUAT KUAH

5. Didihkan air ,masukkan daun pandan,gula melaka dan gula pasir hingga masak dan tapiskan .

6. Tuang kuah atas sumsum yang dah siap diletak dalam mangkuk dan sedia untuk dihidang 

**nak lagi lemak boleh tambah santan lebih yer ..terpulang atas selera masing - masing




Selamat mencuba 

Kredit Resepi : 
Aisyahhaddy

RESEPI LAKSA JOHOR PALING SEDAP DAN MANTAP!

RESEPI LAKSA JOHOR PALING SEDAP DAN MANTAP!


BAHAN- BAHANNYA:

Mee laksanya adalah - Spagetti

Bahan A - 
(direbus dan dimesin - asingkan):

Ikan kembong
 Ikan Sardin
Ikan Tenggiri
100 g udang basah 
1 1/2 paket kecil udang kering

Bahan B 
(dimesin):

Bawang besar - 5 biji(kuah lebih manis
bawang putih 3 ulas
cili kering - 15 -20tangkai
halia - 2 ibu jari
lengkuas - 2 ibu jari & kunyit hidup - 2 ibu jari
serai - 2 batang dihiris halus dan dimesin
asam keping - 2 keping
santan pekat 1 kotak / paket atau lebih
1 paket kerisik
1 paket kecil rempah kari ikan (saya guna 2 paket)


BAHAN HIAS

limau kasturi belah 2 dan buang biji
timun di racik halus( ade juga yang potong keliling n jadi mamc bawang bila dipotong bulat)
tauge buang ekor (segar)
bawang besar hiris halus
lada merah/lada hijau dihiris
Daun kesum diracik halus
lobak asin


BAHAN SAMBAL

cili api/merah
bawang
ikan bilis 
belacan

** kukus bahan - bahan di atas di atas dan blender
** masukkan air asam jawa dan gula semasa nak blender


CARA-CARANYA:

1. Rebuskan ikan, udang dan asingkan tulang dan mesin hingga halus bersama air rebusan


CARA MEMBUAT KUAH

1.Tumis minyak dan masukkan bahan B hingga wangi

2.Bila garing, masukkan rempah kari cili belender dan kacau sebentar sehingga naik bau 1/minit

3.Masukkan ikan/udang yang dimesin

4.Masukkan santan pekat diikuti dengan 2 mangkuk air 

5.Masukkan asam keping

6.Tambah garam dan gula untuk rasa

7.Masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 jam ke 1 1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan di dalam peti sejuk








Kredit Resepi :
SENDUK DAN KUALI

Saturday, July 24, 2021

RESEPI MAGGI KARI TELUR GOYANG

RESEPI MAGGI KARI TELUR GOYANG


BAHAN - BAHAN

Maggi kari
Telor 
Bawang besar
Bawang putiih 
Cili padi
Daun kari 
Rempah kari Ayam/ Daging 
Sawi


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Tumis bawang besar, bawang putih dan daun kari

2. Bila dah naik bau, masukkan serbuk rempah kari ayam/ daging. Tumis sampai garing

3. Kemudian letak sedikit air dan masukkan rempah maggi pula

4. Tambah air, tak perlu banyak-banyak sangat. Masukkan telor dengan penuh kasih sayang. Jangan kacau2, biar je dan tutup dengan penutup periuk sekejap menggunakan api yang slow. Bila dah dapat tekstur telor yang korang suka, boleh angkat telor tu dan ketepikan

5. Kemudian tambah air lagi. Bila dah mendidih, masukkan maggi, sawi, dan cili padi.

6. Kacau-kacau dan siapppp. Hidangkan dengan telor goyang tadi.



Kredit Resepi: 
Norliana Manap


Sunday, July 4, 2021

RESEPI POPIA CARBONARA

RESEPI POPIA CARBONARA


BAHAN -  BAHAN

2 biji bawang putih
3 biji bawang merah
1 paket isi ketam
1 tin cendawan
1 cawan ayam
1/2 lobak merah
1 botol sos Prego carbonara atau 2 tin sos Prego,
 (yang ini lebih sedap berbanding dalam botol)
Garam
Gula
Perasa
1 sudu besar minyak masak


CARA - CARA MEMBUATNYA

1.Semua bahan dipotong dadu.

2.Tumis bawang putih, bawang merah bersama minyak masak je.

3. Masukkan isi ayam, sos Prego, isi ketam, cendawan, dan lobak merah.

4. Perasakan dengan garam, gula, dan perasa. Masak hingga pekat. Sejukkan dalam peti ais, kemudian baru boleh menggulung.

5. Ambil sehelai kulit popia, letakkan inti tapi jangan letak banyak sangat supaya kulit popia akan menjadi cantik.

6. Kemudian gulungkan. Gam menggunakan bancuhan tepung gandum dan sedikit air di hujung popia.

7. Goreng dalam minyak panas pada api perlahan. Popia akan cantik apabila digoreng. 

8. Siap.


Kredit resepi:
 Ida Zaida


RESEPI KEK COKLAT KUKUS SUKATAN CAWAN

RESEPI KEK COKLAT KUKUS SUKATAN CAWAN

BAHAN - BAHAN

1 cawan tepung gandum
1 cawan minyak
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
2 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
1 sudu essence vanila


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Campur minyak, serbuk koko dan tepung gandum dan kacau sampai sebati menggunakan guna whisk atau senduk. 

2. Kemudian masuk kan Baking soda dan juga baking powder. Kacau lagi.

3. Seterusnya masuk kan susu cair dan juga essence vanila dan teruskan kacau supaya sebati.

4. Selepas sebati dan adunan tidak berketul, masuk kan pula telur, susu pekat dan juga gula dan kacau lagi sehingga betul-betul sebati. 

4. Dengan menggunakan bekas plastik dadih yang bersaiz kecil dan untuk satu adunan kek kukus ni boleh dapat dalam 17 bekas.

5. Tuang adunan hanya separuh atau suku sahaja kalau nak letak topping. Kek ni akan kembang dengan jayanya.

6. Tutup bekas plastik dengan penutup dia masa kukus dalam pengukus.

7. Kukus kek dalam anggaran 20 minit. 

Siap.

Kredit Resepi :
 Rodiah amir