RESEPI KUIH BAHULU TRADIRI ( RESEPI MAK LANG )
BAHAN - BAHAN
(untuk 100 biji bahulu)
Tepung gandum (dalam 250g)
Telur (10 biji)
Gula (400g)
Perasa vanilla atau perasa pisang (secukup rasa)
CARA - CARA MEMBUATNYA
1.Pecahkan 10 biji telur dan masukkan kedalam bekas mixer atau bekas batter
2. Masukkan 400g gula kedalam bekas mixer atau bekas tadi
3. Masukkan perasa vanilla atau perasa pisang secukup rasa
4.Mulakan mixer atau gaul sebatian tadi sehingga menjadi kembang dan bertukar menjadi putih (agak-agak dalam 5 minit dengan menggunakan mixer)
5.Masukkan 250g tepung gandum ke dalam mixer secara perlahan lahan setelah sebatian kembang.
Biarkan mixer untuk seminit dua lagi atau gaul sehingga sebatian menjadi rata.
6.Sementara membuat adunan tadi, panaskan bekas acuan untuk membuat bahulu di dalam oven. Setelah adunan siap, keluarkan bekas acuan tadi dan sapukan minyak pada bekas acuan tersebut.
7.Berhati-hati semasa ingin mengeluarkan acuan tersebut. Gunakan kain alas untuk mengeluarkan acuan tersebut kerana acuan tersebut sangat panas.
8.Masukkan adunan ke dalam bekas acuan tersebut. Jangan letak sehingga penuh kerana nanti kuih akan kembang dan akan terkeluar daripada landasannya. Orang biasa panggil 'bentat'.
9.Bakar di dalam oven pada suhu 200C selama 10 minit ataupun sehingga nampak kekuningan.
Keluarkan dengan berhati-hati dan letakkan dalam bekas.
10.Selesai membuat kuih bahulu.
Kredit Resepi :
FB Resepi Terbaik Malaya
FB Resepi Terbaik Malaya
No comments:
Post a Comment