Tuesday, October 31, 2017

RESEPI KEK BELACAN LUMUT CHEESE

RESEPI KEK BELACAN LUMUT CHEESE
(Acuan saiz 9")

KEK BELACAN (LAPISAN BAWAH)

170g Anchor butter
50gm gula halus
3 bj telur Gred AA
95g tepung pau
100gm sekaya Yeo's
100g susu pekat manis
100g milo
100gm horlick
1sb browning sugar
250g coklat mskn (dicairkan)
Sedikit esen vanilla

CARA MEMBUATNYA

Mentega dan gula pukul sampai kembang
Masuk telur satu persatu
Masuk tepung gandum,milo,horlick,susu pekat. Sebatikan.
Masuk esen vanilla,browning sugar dan coklat mskn yg telah dicairkan. Sebatikan.
Kukus 1 jam atau hingga masak.

KEK LUMUT (BAHAGIAN TENGAH)

170g Anchor butter
3 biji telur gred AA
50g gula halus
90g roti merrie blended
1sb(munjuk) tepung pau
100g sekaya Yeo's
100g susu pekat manis
100g horlick
1/2 botol pandan paste
Sedikit pewarna hijau

CARA MEMBUATNYA

Mentega dan gula pukul hingga kembang
Masukkan telur satu persatu
Masukkan susu pekat,kaya,horlick,tepung roti merrie blended,tepung,pandan paste dan pewarna hijau. Sebatikan.
Lapiskan di atas kek belacan yg telah msk tadi.
Kukus 1 jam atau hingga msk.

KEK CHEESE (BAHAGGIAN ATAS)

750g cream cheese Anchor/Philadelphia
150gm gula halus
3 biji telur gred AA
Sedikit essen vanilla
2sm(munjuk) tepung pau

CARA MEMBUATNYA

Cream cheese,essen vanilla dan gula pukul rata.
Masukkan telur satu persatu.Sebatikan.
Masukkan tepung gandum.Sebatikan.
Lapiskan di atas kek lumut yg telah msk tdi
Kukus 2 jam atau hingga masak.

Tips:
1.Sapu acuan dengan marjerin.Lapit dengan kertas minyak bahagian bawah dan sekeliling acuan supaya senang nak mengeluarkannya dari acuan.

2.kalau dah msk..Simpan dulu dlm peti ais semalaman atau 24 jam. Simpan dengan acuan sekali supaya mudah nak mengeluar kek dari acuan selain kek tidak mudah kemek dan senang nk potong.

SELAMAT MENCUBA
#HasreesKitchen
Kredit: Hasnisah Simili Ibrahim

RESEPI KUIH TALAM SERIMUKA PANDAN

KUIH TALAM SERIMUKA PANDAN
By Mariana Zainal

BAHAGIAN BAWAH

2 1/2 cawan beras pulut(rendam 30mnt -1 jam)
Selepas rendam..toskan..
3 cawan santan sederhana cair
1/2 sudu teh garam
1 helai daun pandan(carik dan simpulkan)

CARA MEMBUATNYA

Panaskan kukusan hingga air mendidih..
Sapu marjerin@minyak pada loyang saiz 10x10inci dan lapik plastik..masukkan semua bahan dan kukus selama 25 mnt guna api besar..dah siap buang daun pandan..biarkan jap 5 mnt..pastu tekan2 bg padat..

BAHAGIAN ATAS

3 cawan santan sederhana pekat..kisar bersama 5-6 helai daun pandan dan sedikit parutan kulit kayu manis(sikit jer tau..xmo letak pun x de hal)
Pastu tapis dan sukat semula jadi 3 cawan kalo kurang sila tambah air utk cukupkan 3 cawan

3/4 cawan gula pasir
3 biji telur gred A
1/2 sdt garam
1 sdb membukit tepung kastard
1 cawan tepung gandum
Sedikit pewarna hijau epal

CARA MEMBUATNYA

Satukan semua bahan ke dalam periuk..kacau sebati guna whisk....kemudian masak sekejap sambil kacau atas api perlahan hingga naik wap(sekadar periuk tu dah rasa panas jer..jgn lama tau..)
Tuang atas pulut dan kukus selamat 30 mnt api perlahan(jgn guna api besar yer)..dah siap buka tudung kukusan dan kukus lg 5 mnt guna api besar..siap

P/S=Kalo tak nak masak bahagian atas tu pun boleh..terus jer tuang atas pulut(nak hasil yg cantik masaklah kejap..sekadar sentuh periuk dan periuk rasa panas pun dah cukup)
Biarkan betul2 sejuk baru potong guna pisau plastik.

Selamat mencuba.

RESEPI KEK OREN

RESEPI KEK OREN

BAHAN-BAHAN

170 gm butter
115 gm gula halus@gula kastor
3 biji telur gred A
160 gm tpg gandum
1sudu kecil baking powder
kulit oren(1 biji diparut)
8 sudu besar jus oren(diperah) ATAU
4 sudu besar jus sunquick

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.Ayak tepung gandum bersama baking powder(ketepikan)

2.Putar gula bersama butter sampai kembang

3.Masukkan telur satu persatu

4.Masukkan tepung sikit demi sedikit

5.last sekali masukkan jus oren bersama parutan kulit oren kacau2 rata(guna spatula)

6.Panaskan oven 160@170 bakar selama 1jam(guna api atas bwh)

Kredit resepi : Zaimah Zakaria (Group MAHN)

RESEPI KAMBING BAKAR

RESIPI KAMBING BAKAR

BAHAN-BAHAN NYA

5-6 Slice Daging kambing
2 Sudu Besar Sos tiram
3 Sudu Besar Sos lada hitam
3 Sudu Besar Kicap
Hirisan halia @ tumbuk halus
Gula atau nak pkai madu pon boleh
Serbuk lada hitam
Daun rosemary

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.Masuk semua bahan2 tu dan gaul sebati.. Kalau nak perap, tutup bekas pakai plastik atau Aluminium foil dan letak dalam peti.. nak frozenkan pon takde masalah isi dlm tupperware. kalau tak, terus boleh bakar..

2.Kalau dirumah saya bakar dalam oven je 1-1.30 jam api atas bawah 200 darjah bergantung pada oven. Agak2 dah ade hangus sikit2 tu,dah boleh angkat.

3.Kalau untuk makan ramai, better bakar atas arang. Lagi mengancam,semerbak baunya.

4.Hidangkan dgn kuah blackpaper atau ratah gitu pon sedap!

Slamat mencuba!!!

Sumber Page Fb:
Senangnya Masak

RESEPI KUIH WADAI KIPENG

RESIPI KUIH WADAI KIPENG

BAHAN-BAHAN

(Boleh makan untuk 15-20 0rang)
1. Santan Sebiji
2. Gula Melaka Seketul
3. Nangka di potong dadu (Tak nak pun tak apa)
4. Tepung Pulut 500 gram
5. Gula Perang 200 gram
6. Kapur sikit dan Garam secubit

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Basuh gula keras. Rebus gula keras dan gula perang berasingan. Tak boleh geng masa rebus. Biar hancur sebati.
Sambil tunggu gula sebati, boleh la buat bahan uli dulu.

2. Campur secubit garam dan sedikit kapur dalam semangkuk air suam. Kacau sampai larut.

3. Tuang sikit-sikit air campuran garam dan kapur tu dalam tepung pulut.

4. Sambil uli, sambil letak sikit air. Tak boleh letak sekali harung, sebab nak tepung betul-betul sebati

5. Lepas tu gentel kecik-kecik sampai habis tepung yang di uli tadi sampai habis.

6. Masak santan pekat bersama gula merah, gula melaka dan garam secukup rasa.

7. Rebus sampai mendidih, kemudian masukkan tepung yang di uli, masukkan nangka dan tunggu tepung timbul

Selamat mencuba.

Monday, October 30, 2017

RESEPI SATAY IKAN/LOKCING HOMEMADE

RESEPI SATAY IKAN/LOKCING HOMEMADE

BAHAN-BAHAN

6 ekor ikan selayang( saiz besar)
1 cawan tepung ubi
1sudu kecil soda bikarbonat
Garam secukup rasa
Ajinomoto (ikut pilihan)
Bawang besar 1 biji.

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.Blend isi ikan yang dibuang tulang dengan bawang besar letak sedikit garam dan ajinomoto sampai lumat.

2. Masukkan adunan yang diblend ke dlm mangkuk. Masukkan tepung ubi yang di campur dengan soda bikarbonat. Masuk kan sedikit demi sedikit dan uli sehingga adunan tidak melekat ditangan.( kalo adunan masih melekat boleh tambah sedikit tepung ubi lagi sehingga adunan tidak melekat ditangan).

3. Gentel adunan menjadi bulat kecil.

4. Goreng sekejap dgn api yang sederhana. Angkat dan toskan.

5. Cucuk pada lidi satay dan bakar sedikit. Siap. Boleh makan dengan sos manis/ pedas.

RESEPI SOS SATAY

Cili kering 5 tangkai
2 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
6 sudu gula ( ikut suka )
Tepung ubi 5 sudu.
Air 3 cawan
Pewarna merah.
Garam

CARA - CARA MEMBUAT SOS

1.Blend bawang merah, bawng putih, gula ,garam dan cili kering.

2. Masukkan bahan blend dalam periuk .
Masak kt atas dapur api kecil.

3. Bancuh 5 sudu tepung ubi dgn 3 cawan air dan letakkan sedikit pewarna merah

4. Masukkan tepung yang dibancuh ke dalam periuk tadi. Kacau sehingga sos menjadi pekat dan warna berkilat. Perasakan manis/ masin ikut kesukaan masing2

5.Siap

Kredit Resepi : Siti Hajar Ibu Sara

RESEPI CHURROS SEDAP LAZAT

RESEPI CHURROS SEDAP LAZAT

BAHAN-BAHAN ( 2-3 org )

• 1 cawan air
• 1 sudu makan gula
• 1 1/4 cawan tepung gandum ( boleh campurkan serbuk cinnamon sekiranya suka )
• 1 biji telur – size L
• 1/2 sudu kecil garam
• 1 sudu makan butter

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.  Didihkan air, garam, butter dan juga gula. Kecilkan api.

2. Masukkan tepung. Kacau cepat2 agar tepung tidak berketul kemudian angkat dari api (adunan akan melekat-lekat)

3. Terus masukkan telur dan kacau sebati.

4.Bulatkan adunan kepada doh kecil-kecil dan masukkan ke dalam acuan  (boleh gunakan nozzle bentuk bintang dan masukkan ke dalam piping bag)

5. Tekan acuan dan biarkan doh keluar sepanjang 2-3 inci kemudian potong dengan menggunakan gunting.

6. Panaskan api dan goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan.

7.  Taburkan gula+cinnamon  atau terus saja celup ke dalam coklat cair. Nyumm !!

Mudah saja kan !! Selamat Mencuba.

Sumber Fb
Resepi Memikat Suami

RESIPI AYAM MASAK MERAH KENDURI

RESEPI AYAM MASAK MERAH KENDURI

BAHAN-BAHAN

1 ekor ayam - potong kecil dan basuh bersih
(Garam, kunyit dan goreng - jangan garing sangat.)
3 biji bawang besar (size besar tau)*
4-5 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
(Blend semua bahan bertanda *)
3-4 senduk cili kisar
5 sudu besar sos cili
2 biji tomato
2 batang serai - diketuk
1 kulit kayu manis
3 bunga lawang
5 buah pelaga
Garam dan gula secukupnya

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau.

2.Masukkan serai.tumis sekejap.

3.Masukkan bahan blend.tumis sampai garing.lepastu masukkan cili kisar.tumis lagi sampai garing.

4.Masukkan gula, sos cili dan tomato.biar seketika.kacau sesekali.perisakan garam.

5.Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.gaul sebati.

Siapppp...!!!

Sedap makan dengan nasi minyak atau nasi tomato.

Pemilik Resepi - Salimah Olie (mahn)

KUIH JAGUNG NONA MANIS

KUIH JAGUNG NONA MANIS

BAHAN A

1 biji telur -- di blender
1/2 cwn gula halus*
1/2 cwn santan kotak*
1/2 cwn air*
1 cwn tepung gandum*

CARA MEMBUATNYA

Tanda * campur semua, tapis dan campurkan telur yg diblend tadi dan ketepikan.

BAHAN B

70 gm jagung yg dihiris blend dengan 1/2 cwn air dan tapis (agaknya boleh lebih sikit jagung tu}
1/2 cwn santan kotak
1/8 cwn air
1/4 cwn gula
1/4 cwn tepung jagung
pewarna kuning sikit
1 sudu besar jagung yg di hiris nipis (boleh juga dilebihkan sikit lagi)

CARA MEMBUATNYA

Semua bahan ni dikacau.
Masak hingga pekat dan berkilat, tutup api dan masukkan bahan A kacau rata.

BAHAN C

1/2 cawan santan kotak
1/2 cawan air
1 sudu besar tepung gandum (11 gm) / jangan ratakan tepung dalam sudu
1/2 sudu teh garam

CARA MEMBUATNYA

Kacau hingga agak pekat, sejukkan dulu.

CARA MENYATUKAN BAHAN A,B DAN C

1.Penuhkan 3/4 cawan lompang dengan adunan kuning kemudian, picitkan adunan putih di tengahnya,buat sehingga habis

2. kukus 8 ke 10 minit biarkan sejuk, boleh keluarkan dari acuan. Acuan sapu sikit minyak/shortening. Sedap ada rasa jagungnya dan bila tergigit hirisan jagung tu bertambah sedap.

Selamat mencuba.

Sunday, October 29, 2017

RESEPI ROTI CHEESE BUTTER HOMEMADE

RESEPI ROTI CHEESE BUTTER HOMEMADE

BAHAN-BAHAN

380gm tepung high protein (tepung roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A
100ml air
100gm water roux
60gm butter/marjerin
1sk bread softner
Mozarella/Parmesan Cheese, Italian Herbs (kalau takde, Parsley Flakes pun ok) dan gula secukupnya untuk ditabur atas roti

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.Masukkan semua bahan dalam BM uli dan biarkan BM uli doh selama 1 jam 30 minit.

2.Keluarkan doh dari BM. Uli-uli seketika guna tangan. Kemudiannya saya bahagikan doh kepada 2 bahagian

3.Griskan 2 loyang empat segi 9 X9 inci. Setiap doh tu dan bahagi pula kepada 4 bahagian yang panjang. Susun dalam loyang. Jarak-jarakkan sedikit kerana doh akan mengembang.

Nota: Sebenarnya ikut suka anda nak buat doh tu bentuk apa. Doh ni memang soft pun tak kiralah kalau anda buat bentuk apapun.

4.Biarkan doh naik lagi, lebih kurang 40 minit. Doh akan mengembang dan jadi rapat-rapat.

5.Tabur keju, sedikit gula dan Italian Herbs.

6.Panaskan oven. Bakar 160 - 170 degree selama 15 -20 minit. Api atas bawah sehingga roti masak.

7.Roti sudah masak. Sapukan dengan mentega sebaik sahaja roti dikeluarkan dari oven.

Sangat lazat dan lembut dan panas-panas.

Saturday, October 28, 2017

RESEPI SOTONG BAKAR SUMBAT UDANG SOS CILI HIJAU MANIS ALA THAI

RESEPI SOTONG BAKAR SUMBAT UDANG SOS CILI HIJAU MANIS ALA THAI

BAHAN-BAHAN

Sotong saiz besar
Isi udang
Telor

BAHAN-BAHAN SOS

Cili kecik
Gula
Garam
Cuka makanan
Bawang putih
Bawang merah

BAHAN KISAR UNTUK INTI

Bawang merah
Bawang putih
Halia

CARA-CARA MEMBUAT INTI

Hancurkan isi udang
Gaul dgn telor dan bahan kisar

CARA-CARA SUMBAT

Sumbat inti tadi dlm sotong. Ambil lidi atau apa shj yg blh cucuk utk tutup sotong dan kepala dia bersatu.

CARA-CARA MASAK SOTONG

Bakar sotong sumbat tadi, kemudian bila sudah masak potong sedikit tp jgn bg terpisah.

CARA-CARA BUAT SOS

Kisar semua bahan sos tadi, goreng seketika atas kuali dan biarkan gula hancur. Siap!

CARA-CARA MENGHIDANG

Curah sos cili hidup manis tadi. Siap utk dimakan.

*Bahan2 mengikut kuantiti sotong dan saiz.

RESEPI ROTI SARANG LEBAH BY NOY YULLAN

RESEPI ROTI SARANG LEBAH BY NOY YULLAN

BAHAN A

1 cawan air suam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat
3 sudu kecil yis (1 bungkus/11gm)

BAHAN B

1 biji telur
3 cawan tepung roti/high protein flour
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar mentega

BAHAN B

* 1 biji kuning telur
* 1/4 cawan susu segar kotak atau bancuh
(Satukan dan kocak rata)
Kuaci
Almond flakes
Bijan
Sos Butterscotch
2 cawan gula perang
2 cawan susu cair atau susu segar kotak
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar mentega

(Dengan api sederhana, cairkan gula sehingga menjadi karamel. Satukan susu, esen vanila, dan tepung gandum. Kocak rata. Tapis dan masukkan campuran susu tadi perlahan-lahan. Kacau. Masukkan mentega. Kacau lagi. Apabila agak pekat, tutup api.)

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Satukan bahan A. Rehatkan sekitar 10 minit atau sehingga berbuih. Jika tidak berbuih, maknanya yis sudah mati atau tidak aktif.

2. Satukan bahan B. Masukkan bahan A sedikit demi sedikit sambil diuli. Tambah air mengikut keperluan doh.

3. Uli doh sehingga doh tidak melekat di tangan dan mangkuk mixer.

4. Sapukan tepung pada tangan. Bulatkan doh. Letak di dalam bekas yang disapu mentega atau minyak. Tutup permukaan bekas. Rehatkan doh sekitar 30-40 minit atau hingga doh naik berganda. Jika cuaca panas, doh cepat naik.

5. Tekan doh bagi membuang udara dalam doh.

6. Sapu loyang dengan mentega atau minyak. Bahagi dan timbang doh mengikut saiz yang diingini. (Saya buat 24gm). Susun doh. Jangan terlalu rapat kerana doh akan naik sekali lagi.

7. Tutup permukaan loyang dengan plastic wrap. Rehatkan lagi sekitar 30 minit.

8. Sapu atau sembur permukaan doh roti dengan bancuhan susu dan kuning telur.

9. Tabur kuaci, bijan, dan almond flakes.

10. Panaskan oven dengan suhu 170'C api atas bawah terlebih dahulu. Bakar doh sekitar 20 minit. (Nota: Suhu dan masa membakar roti bergantung pada oven masing-masing, ya).

11. Apabila roti masak, sapu permukaan roti dengan mentega ketika roti masih panas (jika suka). Tuang sos butterscotch dan sedia dimakan.

Selamat mencuba 😊.

Thursday, October 26, 2017

RESEPI NASI KERABU BY ZAILAWANI MOHAMAD

RESEPI NASI KERABU BY ZAILAWANI MOHAMAD

SAMBAL TUMIS

*7-8 ulas bawang merah
*4-5 ulas bawang putih
*15 tangkai cili kering
*sedikit halia
2 Cawan santan pekat
1 Keping gula melaka saiz kecil
2-3 batang serai
2 Keping asam
3 Sudu budu (x nak letak pun xpe)
Gula & garam secukup rasa
2 Helai daun limau purut

CARA MEMBUATNYA

1. Blend semua bhn btanda *
2. Tumis hingga naik bau
3. Masukkn sdkt air..santan..asam keping,budu,serai daun limau,gula & garam secukup rasa
4. Masak hgga pecah minyak.

SAMBAL KELAPA

7-8 ekor ikan sardin di rebus ambil isinya
1 biji kelapa parut
4-5 batang serai - di hiris halus
6-7 biji bawang merah
Sedikit halia
1 keping gula melaka kecik - di tumbuk
Garam, gula ,serbuk lada hitam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA

1. Goreng kelapa + serai sehingga garing- tumbuk halus
2. Tumbuk isi ikan.Bawang dan Halia
3. Gaul semua bahan sehingga sebati

SAMBAL CILI

Cili padi,cuka,garam,gula
Blend kan semuanya

NASI

Masak nasi mcm biasa dengan mengunakan setitis pewarna biru,3 btg serai,2 helai daun limau purut.,secubit garam...

IKAN CELUP TEPUNG

2 cawan tepung beras
2 sudu gandum
2 sudu air kapur
1 biji telur
Air secukupnya
Gorengkan.

Siap,Selamat mencuba.

Credit : Zailawani Mohamad

RESEPI KUIH DORAEMON AKA DORAYAKI


RESEPI KUIH DORAEMON AKA DORAYAKI

BAHAN-BAHANNYA

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
2 sudu besar madu
2 biji telur
3 sudu besar air 
1 sudu besar minyak
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking soda
Inti (coklat, kacang merah, strawberry etc)



CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Masukkan telor dan gula dalam mangkuk.pukul guna whisk sampai berbuih.

2. Masukkan madu, minyak dan esen vanila.gaul sebati.

3. Ayakkan tepung + baking soda ke dalam adunan tadi.gaul sebati.

4. Masukkan air.dan gaul lagi hingga sebati.

5. Panaskan non-stick pan.dan masukkan sesenduk adunan.api kecil je tau.

6. Masak je macam masak lempeng. 

7. Lepastu boleh la letak inti kegemaran korang.




Kredit Resepi:
 Salimah Olie

RESEPI EPAL ASAM BOI

RESEPI EPAL ASAM BOI

BAHAN-BAHANNYA

5 biji apple
5-6 biji limau kasturi - dibelah 2
25 biji asam boi
1/4 sudu garam
1/3 cawan gula -kalau nak manis lebihkan ...
6-7 biji cili padi - potong kecil

CARA-CARA MEMBUATNYA

Gaul semua...perap dalm peti selama 3-5 jam, baru sedap dimakan.
Tak perlu bubuh air sebab gula tu akan cair kan jd ada air + dgn jus yg keluar dr epal tu sendiri .

Selamat Mencuba!

Kredit resepi: MAHN

RESEPI FUDGE BROWNIES

RESEPI FUDGE BROWNIES

BAHAN-BAHANNYA

85g salted butter (anchor, tatura @ scs)
3/4 cawan castor sugar
2 biji telur gred a/b
1 tsp esen vanilla
220g dark chocolate (sy guna brand beryl's)
85g tepung gandum (brand tak kisah)

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Panaskan oven 15 minit terlebih dahulu.
2. Double boil butter hingga cair.
3. Masukkan gula & kacau hingga sebati menggunakan whisk . Tutup api .
4. Masukkan telur & kacau hingga sebati.
5. Masukkan esen vanilla & kacau lagi. Ketepikan.
6. Kemudian, ambil bowl lain & double boil dark chocolate hingga cair. (Nak on api boleh tapi paling slow. Sy guna wap shj. Wap hasil dari double boil butter tadi)
7. Setelah chocolate cair , masukkan adunan butter, gula & telur tadi ke dalam bowl chocolate kemudian kacau sebati.
8. Akhir sekali, masukkan tepung gandum ke dalam adunan & kacau sebati . (Masa ni tekstur brownies macam kacau dodol)
9. Sediakan loyang size 7" yg dilapik dengan baking paper (sy guna non-stick baking paper supaya tak melekat & baking paper mesti melebihi loyang seperti dalam gambar)
10. Bakar pada suhu 150c (bergantung kepada oven masing2) selama 40-45minit)

Boleh share & selamat mencuba

Kredit Resepi : Nur Najwa Hamdan

RESEPI PUDING SUSU BUAH-BUAHAN

RESEPI PUDING SUSU BUAH-BUAHAN

BAHAN-BAHAN

1 paket agar2 tali
1/4 cawan air untuk tepung kastad
4 cawan air
1 tin susu cair
1 cawan gula
2-3 sudu besar tepung kastad
1 tin fruit cocktail

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Masak agar2 dengan air dan gula hingga larut.
2. Air 1/4 cawan campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan.
3. Bila campuran agar2 larut, masukkan susu cair. bila mendidih, masukkan campuran air dan tepung kastad. masukkan fruit cocktal.
4. Masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. sejukkan dan hidangkan.

RESIPI AYAM SAMBAL KICAP

RESIPI AYAM SAMBAL KICAP

BAHAN-BAHANNYA

Bawang merah**
Bawang putih**
Halia**
Cili padi merah**
Semua bahan bertanda ** dikisar halus

2 Sudu Makan Sos tiram
2 Sudu Makan Sos cili
5 Sudu Makan Kicap pedas mahsuri
2 Sudu makan Kicap manis
Kentang di potong memanjang dan di goreng sebentar
8 Ketul Ayam size sederhana digaul garam,kunyit dan digoreng lembap
Sedikit air
Daun kari

CARA-CARA MEMBUATNYA

Tumis bahan kisar hingga garing,masukkan sos tiram,sos cili,daun kari,kicap manis dan kicap pekat
Masukkan ayam dan kentang,dan sedikit air.
Perisakan garam dan gula.siapp
Last,boleh lah dihias kan dgn potongan bawang besar dan cili padi.

Kredit Resepi Fb : Illa Nazir