RESEPI SIAKAP STIM LIMAU
BAHAN - BAHAN
CARA-CARA MEMASAKNYA
2. Buat sos dengan gula, sos ikan, jus limau, bawang putih, cili, akar ketumbar (gaul sebati)
3. Hias dengan bawang putih, limau, daun ketumbar.
Siap!
Kredit Resipi :
Sagacious Sally
RESEPI SIAKAP STIM LIMAU
BAHAN - BAHAN
CARA-CARA MEMASAKNYA
2. Buat sos dengan gula, sos ikan, jus limau, bawang putih, cili, akar ketumbar (gaul sebati)
3. Hias dengan bawang putih, limau, daun ketumbar.
Siap!
Kredit Resipi :
Sagacious Sally
RESEPI AYAM HALIA VERSI CINA
BAHAN-BAHAN
500 gram ayam, potong kecil
4 ulas bawang putih, hiris nipis
2 cm halia, dihiris halus memanjang
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
1 biji cili merah, hiris nipis
1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
minyak masak, untuk goreng ayam
sedikit lada sulah atau lada hitam
sedikit garam dan kunyit
garam dan gula, secukup rasa
CARA - CARA MEMBUATNYA
1.Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2.Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.
3.Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
4.Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
5.Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6.Angkat dan tabur dengan daun bawangdan.
7.Hidangkan bersama nasi panas.
RESEPI KEK TIRAMISU CREPE
BAHAN-BAHAN NYA
5 biji telur
2 cawan susu segar
1/2 cawan air
1/3 cawan butter dicairkan
50 gram gula kastor
1 1/2 cawan tepung gandum
1 tsp nescafe
Sedikit asen vanila
Bahan-bahan krim
200 gram cream cheese
200 gram whipped cream
1 1/2 cwn gula aising
Asen vanila
CARA - CARA MEMBUATNYA
Langkah 1
* Pukul telur, air dan susu. Masukkan esen vanila dan butter. Kacau sehingga sebati.
Langkah 2
* Masukkan gula, tepung dan nescafe. Kacau rata.
Langkah 3
* Griskan sedikit minyak pada kuali panas dan masukkan 1 senduk adunan. (Buat seperti lempeng) Ulang langkah ini sehingga adunan habis.
Langkah 4
* Pukul cream cheese dan 1 cawan gula hingga sebati. Dalam bekas lain, pukul whipped cream dan 1/2 cawan gula hingga kembang.
Langkah 5
* Satukan cream cheese dan whipped cream secara kaup balik.
Langkah 6
* Lapiskan creap dengan whipped cream dan ulang langkah ini sehingga habis semua lapisan crepe.
Langkah 7
* Salut seluruh kek coklat crepe dengan whipped cream. Sedia
Kredit to Seminit Resepi
RESEPI KEK DANGDUT CHEESE
BAHAN - BAHAN
10biji telur Gred A
500gram Butter
480gram sekaya
100gram tepung gula/gula halus.
200gram susu pekat
400gram horlick
500gram susu tepung full cream
1 penutup botol esen vanilla
Pewarna Coklat
BAHAN - BAHAN CHEESE
600gram Cream cheese
3biji telur gred A
100gram tepung gula/gula halus
30gram tepung pau
1sudu mkn jus lemon
CARA-CARA MEMBUATNYA
1.Butter+gula pukul hingga kembang.
2. Masukkn telur 1 per 1+esen vanilla+susu pekat+sekaya gaul rata+ horlick gaul rata+susu tepung gaul hingga sebati+pewarna dan dibahagia 2.
CARA MEMBUAT LAPISAN CHEESE
Cheese+gula pukul kembang+telur 1per 1 rata+jus lemon+tepung gaul sebati.
CARA MELAPIS
1.Lapisan pertama dangdut kukus selama 1 jam lebih hingga masak.
2.kemudian lapisan cheese 1 jam.
3.lapisan terakhir dangdut 1jam lebih hingga masak..
Guna cuan 10x10.
Selamat mencuba
RESEPI SERI MUKA DURIAN
LAPISAN BAWAH
BAHAN- BAHAN
2 cawan beras pulut di rendam 1 jam..toskan
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1 sudu kecil garam.
CARA MEMBUATNYA
1. Campurkn santan,air dan garam kemudian kacau
2. Kukus pulut brsama santan..santan bg paras2 pulut ye.
3 Setelah masak tekan dn mampatkn pulut.ketepikn
BAHAGIAN BAWAH
BAHAN-BAHAN
2 cawan santan pekat
2 cawan air
1 cawan gula(x mau manis blh krgkn)
1 cawan isi durian
1/2. cawan tepung gandum
1/2. cawan tepung jagung
CARA - CARA MEMBUATNYA
1. Satukan santan,air,gula,garam dn isi durian..
2. Blend sebati..
3. Masukkan dalam bekas lain kemudian masukkn tepung sikit demi sedikit.
4. Kacau sebati jangan bagi ada ketulan tepung.
5. Pastu tuang ke atas pulut dn kukus sampai masak.
Kredit Resepi : Roslina Omar & Page Fb Resepi Ringkas & Mudah.
RESEPI KUIH LOYANG SANTAN
BAHAN -BAHAN
500 gram tepung beras
5 sudu besar gula pasir
Santan secukupnya
2 biji telur
Sedikit kapur makan
Sedikit garam
Minyak masak
CARA-CARA MEMBUATNYA
1. Ayak tepung beras di dalam bekas dan masukkan gula, telur dan garam. Masukkan sedikit air kapur dan santan sedikit demi sedikit.
2. Kacau hingga semuanya sebati dan adunan tidak berketul. Adunannya hendaklah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan biarkan acuan dalam minyak tersebut sehingga betul-betul panas.
5. Celupkan acuan yang panas tadi ke dalam adunan tepung dan seterusnya dicelup ke dalam minyak pula.
5. Jangan celup kesemua acuan tenggelam ke dalam adunan kerana takut kuih melekat terus pada acuan tersebut.
like & share
RESEPI CHAR KUE TEOW MUDAH DAN SEDAP
BAHAN2:
200 g kue teow - satu mangkuk kecik
2 sudu makan cili kisar - suka pedas blh tambah
Kerang
Udang
Sotong
taugeh dan kucai
2 biji telur (admin suka telor lebih)
4 sudu besar paste char kuey teow
CARA-CARA MEMASAKNYA
1. Tumis cili kisar hingga garing. Masukkan 5 sudu besar paste
2. Masukkan kerang, udang dan sotong.
3. Kemudian masukkkan 1/2 cawan air. Bila kuah mendidih barulah masukkan kuey teow, kucai dan taugeh.
4. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah di angkat. Jgn sampai kering
Selamat mencuba
Credit : Marr Tanti #mahn
RESEPI NASI TOMATO
BAHAN NASI
4 cawan beras
2 biji tomato
1 biji bawang besar
1 helai daun pandan
1/2 cawan susu cair
2 sudu butter
3 sudu minyak masak
Rempah kasar
3 sudu tomato puri
Garam
Air secukupnya
BAHAN AYAM MASAK MERAH
1 ekor ayam
1 1/2 biji bawang besar (dikisar)
5 biji bawang putih (dikisar)
2 cawan cili kering (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
Rempah kasar
1 biji tomato
Bahan acar
1 biji timun
1/2 biji nenas
1 biji bawang besar
1 batang cili hidup
3 sb cuka
5 sb gula
CARA-CARA MEMBUATNYA
1)Beras hendaklah dibasuh dah direndam terlebih dahulu
2)Tumis rempah kasar bersama bawang, apabila sudah layu masukkan tomato yang dipotong dadu
3)Masukkan susu cair, tomato puri dan daun pandan
4)Masukkan beras dan air mengikut sukatan. Jangan lupa masukkan garam sebagai perasa.
5)Untuk masak ayam masak merah, tumis rempah kasar dan bawang besar hingga naik bau
6)Masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.
7)Masukkan gula melaka dan sedikit air. Apabila menggelegak, masukkan ayam yg sudah di goreng. Perasakan dengan garam. Sedia dihidang
8)Potong kesemua bahan untuk membuat acar, dan gaul bersama cuka, gula dan garam. Sedia dihidang
Kredit : page fb Video Store
RESEPI SARDIN POWER
BAHAN-BAHAN
1 tin sardin
Bawang besar potong dadu
Bawang putih hiris
Halia hiris panjang
Lada padi sebiji sebiji
Limau kasturi
CARA-CARA MEMBUATNYA
1. Panas kan minyak,
2. Masukkan sardin.
3. Masukkan bahan hiris ngan lada padi.
4. Perah limau kasturi.
5. Letak garam sikit.
6. Siap.
kredit: Habibah Badar Bajrai
RESEPI PAU SAMBAL GEBU DAN LEMBUT
BAHAN ADUNAN DOH
400 g Tepung gandum ( 4 cawan tepung)
1/2 peket Yis mauripan yang telah dikembangkan dengan air suam
2 sudu gula pasir
1 sudu majerin
2 sudu susu tepung
Sedikit garam
Sedikit air untuk mencanai doh
CARA MEMBUAT DOH PAU
1.Sediakan setengah paket yis mauripan dengan air suam dan satu sudu kecil gula pasir.Kacau hingga larut dan biarkan hingga berbuih.
2.Masukkan tepung ke dalam mangkuk,buat lubang,masukkan semua bahan-bahan dan uli hingga lembut.
3.Biarkan doh dalam 30 minit.Bila doh mengembang, tumbuk doh perlahan untuk buang angin.
4.Kemudian buat bentuk bulat saiz ikut kesukaan sendiri.
5. Biarkan doh sampai mengembang sehingga seganda.
BAHAN INTI PAU
100gram cili kering yang telah digunting,direbus.***
3 ulas bawang merah.***
2 ulas bawang putih ( saya letak, resepi asal tak letak)
1 sudu garam
5 sudu gula pasir
1 sudu asam jawa adabi
1 sudu udang kering*** ( saya tak letak, tapi ganti dengan ikan bilis)
minyak masak untuk menumis
1 ulas bawang besar potong dadu.( saya letak, resepi asal tak letak)
CARA MEMBUAT INTI
1.Blender bahan bertanda ***
2.Panaskan kuali, masukkan bahan kisar dan biarkan sampai naik minyak.
3.Masukkan gula,garam,asam jawa.
Masukkan bawang besar yang dipotong dadu.
4 Biarkan sehingga kering.tutup api.
CARA-CARA MENYEDIAKAN PAU
1.Goreng pau dengan minyak penuh supaya pau masak rata dengan gunakan api yang sederhana.
2 .Bila sudah kekuningan, angkat dan toskan minyak.
3..Bila sudah sejuk, boleh belah dua pau (jangan belah sampai habis) dan masukkan inti sambal tumis, timun dan hirisan telur rebus.
4.Siap untuk dihidang.
Sumber :
Fb Page Resepi masakan malayu
RESEPI SAMBAL TOTOK #RRTS
BAHAN-BAHAN
ikan bilis ikut suka bnyk
segenggam cili api
2bj bwang besar
2ulas bwang putih
sedikit belacan
garam
gula
jus limau nipis
CARA-CARA MEMBUATNYA
1.Ikan bilis digoreng dan asingkan.
2.Cili api,bawang besar,bawang putih,belacan di goreng hingga layu dan ketepikan.
3.Kemudian tumbuk bahan-bahan tadi sedang sedang hancur sekali dengan ikan bilis.
4.tambahan garam gula sesedap rasa dan perahan jus limau klu suka
Kredit : Jamil Rozali
RESEPI CHEESEKUT MUDAH DAN SEDAP
BAHAN-BAHAN
250 gram cream cheese
200 gram susu pekat (lebih kurang 1/2 tin)
Susu segar
Biskut kraker original
Milo
CARA-CARANYA
1.Pukul cream cheese dan susu pekat sehingga sebati. (boleh tambah susu pekat ikut citarasa sendiri)
2.Masukkan 2 sudu besar susu segar. Pukul sebati.
Celupkan biskut ke dalam susu segar. (sekejap je)Susun ke dalam loyang.
3.Letakkan cream cheese diatas biskut tadi. (nipis-nipis je)
4.Taburkan serbuk milo diatasnya. (atau apa-apa topping kegemaran masing-masing. Cth: nestum, vico, jem strawberi, jem blueberi, hirisan buah-buahan)
5.Ulang proses yang sama sehingga habis. Atas sekali letak cream cheese tebal sikit.
6.Masukkan ke dalam peti ais sehingga keras untuk mudah dipotong.
Nota:
Boleh tambah @ kurangkan susu ikut citarasa masing-masing.
Kredit: Buat Orang Lapo
RESEPI KACANG POOL JOHOR
BAHAN-BAHAN
Kisar halus
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
300 gram daging lembu dicincang/ daging kisar
2 camca besar rempah kari daging - baba's
1 tin kacang pool (foul)
1 tin red beans
1 tin kecik baked beans
1 camca besar serbuk ketumbar
1 camca teh lada hitam -ditumbuk halus
2 camca besar minyak sapi
gula dan garam secukupnya
air secukupnya
minyak untuk menumis
BAHAN LAIN
limau kasturi - belah 2
bawang besar - didadu kecil
cili hijau - dipotong
Roti naa - boleh gunakan roti perancis atau sebarang roti
tomato - didadu
minyak sapi dipanaskan hingga cair
CARA-CARA MEMBUATNYA
1. cuci bersih daging cincang di bawah air paip tapi sebelumya letakan di dalam tapis kemudian toskan. remas kacang pool hingga pecah tapi jangan sampai lumat. kemudian satukan serbuk ketumbar, rempah kari, dan air 1/3 cawan kemudian kacau rata hingga menjadi pes dan ketepikan.
2. panaskan sedikit minyak dalam periuk kemudian masukan minyak sapi dan biarkan sekejap. kemudian tumis bahan kisar halus tadi hingga naik bau. masukan pes rempah dan kacau hingga rata. gunakan api kecil dan kacau sentiasa hingga naik minyak. kemudian masukan daging cincang dan masak selama 10 minit.
3. masukan 1 liter air (boleh kurangkan sesuai selera) kacau hingga air mendidih. masukan baked bean, kacang pool, dan kacang merah. kacau sentiasa dan gunakka api sederhana selama lebih kurang 12 minit.
4. akhir sekali, masukan lada hitam tumbuk dan perasakan dengan gula dan garam. kacau rata dan masak sekejap dan bila sudah masak boleh matikan api.
CARA MENGHIDANGNYA
bila hendak menghidangkan, cedok kacang pool secukupnya kedalam mangkuk sesuai kemudian taburkan cili hijau, tomato, dan sedikit bawang besar dan letak sekeping telur mata kerbau. tuangkan sedikit minyak sapi panas dan perahkan sedikit jus limau kasturi dan hidangkan bersama roti sesuai selera anda.
Kredit : Page Fb Video Viral Terbaik.
RESEPI NASI ARAB POWER
BAHAN NASI
2 1/2 cawan beras basmathi ~ cuci dan rendam 1/2 jam
4 cawan air rebusan ayam ~ sukatan air ikut beras masing2
garam secukup rasa
2 sb minyak sapi
pewarna kuning dan oren
Bahan yg disangai dan dikisar kering:
1/2 sm jintan manis
1/2 sm jintan putih
1/2 sm bunga cengkih
1/2 sm lada hitam
1/2 sm biji ketumbar
1/2 sm buah pelaga
BAHAN TUMIS
1 biji bawang besar ~ dihiris halus
3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
buah pelaga
kayu manis
bunga lawang
CARA - CARA MEMBUATNYA
1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis. Tumis hingga kekuningan.
2. Masukkan bahan yg dikisar, gaul sebati.
3. Masukkan beras yg telah ditoskan, goreng sekejap hingga sebati.
4. Masukkan dalam rice cooker, masuk air rebusan ayam, garam dan masak seperti biasa.
5. Bila dah kering, letak pewarna di atas nasi, jangan dikacau, nanti nasi hancur.
6. Bila nak dihidangkan, baru gaul nasi, biar bercampur warna.
RESEPI AYAM
1 ekor ayam ~ saya belah 4, dikelar2 bahagian dada kemudian direbus untuk mendapatkan stok ayam.
2.garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR
3 inci halia
2 biji kunyit hidup
1 sm jintan manis
1 sm jintan putih
2 sm ketumbar
1 sm buah pelaga
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
CARA-CARA MEMBUATNYA
1. Gaul rata bahan dikisar pada ayam. Masukkan garam dan gula. Perap selama 2 - 3 jam ~ lagi lama lagi bagus.
2. Panggang atau bakar ayam hingga masak.
RESEPI SALAD
1 - 2 biji tomato *
1 batang mentimun*
1 batang lobak merah*
1 biji bawang besar* ~ * didadu
lada hijau dihiris
garam, gula dan cuka secukupnya
( campur semua bahan, perasakan masin, manis dan masam secukupnya)
RESEPI AIR ASAM
3 biji cili merah
5 biji cili api
1 b
1 biji buah tomato
1 biji bawang besar
sedikit belacan
garam dan gula
jus limau nipis @ air asam jawa
sedikit air masak ~ untuk mesin bahan
(campur semua bahan, mesin hingga halus dan hidangkan)
Credit to: Naimah Md Ludin (resepi)
RESIPI BISKUT MAKMUR
BAHAN-BAHAN
*4cawan tepung gandum
*1 tin kecil minyak sapi
*2 cawan gula icing
BAHAN INTI
*1cawan kacang tanah di goreng tanpa minyak(hancurkan)
*2kotak kecil kismis( potong kecil-kecil)
# gaulkan kacang dan kismis #
BAHAN SALUT
*gula ising secukupnye
CARA - CARA MEMBUATNYA
1.Ayak kan tepung gandum bersama gula icing.Kemudian masukan minyak sapi sedikit demi sedikit gaul sehinga menjadi doh
2.Ambil sedikit adunan leperkan dan letak sedikit inti,tutupkandan bentukakn menjadi bulat
3.siapkan loyang dan susun aduanan yg sudah dibulatkan tadi kemudian bakar pada suhu 160'c selama lebih kurang 15 minit
4.Akhir sekali apbila sudah masak salutkan dengan gula icing sedia untuk di hidang
Kredit resepi : suriani sarji