Monday, November 20, 2017

RESEPI KUAH SHELL OUT

RESEPI KUAH SHELL OUT

BAHAN A (KISAR)

segenggam cili kering
1 sudu besar serbuk kari
1 labu bawang besar
5ulas bawang putih

BAHAN B ( HIRIS NIPIS )

1 labu bawang besar
5 ulaa bawnag putih
5 helai daun kari
5-10 biji cili padi (ketuk)
2 batang serai .

BAHAN LAIN

sos tiram 3 sudu
sos ikan 3 sudu
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh air limau
gula
garam

CARA-CARA MEMBUATNYA

1) tumis bahan B dngan minyak dan planta (mix tau bgi sedap) . lepas tu masuukkn bahan A . masak smpai garing .

2) dah garing masukkn bahan lain . perasakan bagi sedap . tak payah letak air sbb nnti seafood akan keluarkan air .

* dah siap masukkn seafood . lepas tu asingkan seafood tu . tggalkan kuah dan pekatkan kuah dengan tepung jagung sikit .

* lepas tabur shell out atas plastik baru tuang lebihan kuah atas tu . mmg sodappp oii !

* *seafood tu nak sedap please kukus tau ! supaya manis x hilang .
** brokoli , jagung , carrot rebus dulu ya dgn minyak bagi warna cantikk huhuhu

kredit resepi : Myra Suhaimi‎

Sunday, November 19, 2017

RESEPI AISKRIM HOMEMADE

RESEPI AISKRIM HOMEMADE

1 tin susu cair
1 tin susu pekat
1 tin air(sukat guna tin susu tu jgk)
1 sudu besar tepung jagung.
Semua ni didihkan n sentiasa kacau tau

Sejukkkan dulu.

Baru letakkan 1 sudu besar ovallate dan 1 sudu kecil esen vanila

Mixerkan bahan ni tahap max mugkin dalam 30 min atau sampai gebu..

Nak tahu gebu ke x.. Bahan jadi 2x ganda dari asal..

Letakkan perisa yg uolls suka.

Bekukan semalaman

Slmt mencuba

Kredit Resepi : Zamzuraini Mat Akhir

RESEPI KEK COKELAT LAVA VIRAL

RESEPI KEK COKELAT LAVA VIRAL

Bahan Pertama:

Satu (1) cawan serbuk koko
Satu (1) cawan gula pasir
Satu (1) cawan susu cair
Satu (1) cawan minyak masak atau marjerin dicairkan
Setengah (1/2) cawan susu pekat manis

Bahan Kedua:

Satu (1) dan suku (1/4) cawan tepung gandum
Satu (1) sudu serbuk penaik
Satu (1) sudu soda bikarbonat
Empat (4) biji telur
Satu (1) sudu esen perisa vanila

Cara-Cara Menyediakan Kek Coklat:

Campuran pertama:

Campuradukkan semua bahan-bahan pertama iaitu gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam kuali. Masak semua bahan itu sehingga larut cair mengguna api kecil dan dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekatanya.

Campuran kedua:

Campuradukkan dan ayak bahan kedua iaitu tepung gandum, serbuk koko , serbuk penaik dan soda bikarbonat dengan sekata.

Kek Coklat Moist 2

Kemudian, ambil 4 telur yang disediakan tadi untuk dipukul. Pukul telur itu sehingga kembang. Lebih kurang 5 minit macam itu la pukul telur.

Campuran Ketiga:

️Masukkan campuran pertama tadi dengan telur yang telah dipukul kembang. Pastikan anda campurkannya dengan sekata.
Kemudian, masukkan campuran kedua tadi dengan campuran ketiga. Campurkan campuran kedua sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati dan sekata. Pastikan anda campurkannya dengan sekata dan tidak berketul-ketul.

Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat. Adun dan kacau sehingga sebati dan tidak berketul-ketul.

Sediakan pengukus dan sapu marjerin pada loyang. Masukkan adunan atau campuran kek coklat moist anda ke dalam loyang.
Pastikan air sudah mendidih baru masukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat moist anda tadi.

Tutup loyang anda dengan aluminium foil, ini adalah untuk memastikan wap air tidak kena kek anda semasa mengukus.
Kemudian, kukus kek coklat moist selama 1 jam

Sementara menunggu kek anda dimasak, anda boleh lah mengambil masa ini untuk menyediakan topping untuk kek anda atau dikenali sebagai ganache. Terdapat banyak cara dan kaedah untuk menyediakan ganache ini.

Cara-Cara Menyediakan Ganache

Cara Pertama:

Bahan:

Setengah (1/2) cawan susu pekat manis
Dua (2) sudu besar serbuk koko
Dua (2) sudu besar mentega

Cara:

Masukkan susu dan serbuk koko dalam periuk(api kecil) dan kacau hingga pekat
Kemudian masukkan mentega  dan tutup api
Tunggu sehingga sejuk dan siram ke kek coklat moist anda.

Cara Kedua:

Bahan:

Setengah (1/2) bar coklat yang sudah di cair dan masak
Dua (2) sudu besar susu pekat manis
Satu (1) sudu mentega atau majerin
Satu pertiga (1/3) cawan susu segar

Cara:

Masakkan atas api guna kaedah Double boiler
Jika hendakkan coklat itu pekat, jangan letak susu segar.

Tunggu sehingga sejuk dan siram ke kek coklat moist anda.

Kek Coklat Lava anda sudah siap untuk dihidang. Kek anda sedia untuk dinikmati seisi keluarga.

RESEPI DONUT PANDAN GEBU

RESEPI DONUT PANDAN GEBU

Bahan 1:

1 paket yis kering
2 sudu susu pekat manis
2 sudu gula pasir
1 cawan air suam/+air pandan..
Campurkan bahan ini dan biarkan kembang

Bahan 2

4 cawan tepung gandum
2 sudu (b) marjerin/butter
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.Ramaskan bahan-bahan 2 ini hingga jadi macam serbuk roti, kemudian campurkan bahan 1 tadi dan gaul rata,

2.Masukan dlm bekas dan tutup biarkan selama 1 jam,

3.Adunan memang lembik,tak perlu tambah tepung, lepas 1 jam tumbuk2 doh tuk keluarkan angin, kemudian canai dan terap menggunakan cetak donut,.

4.Biarkan Selama lebih kurang 15 minit,

5.lepas tu boleh goreng, Dan di salut gula.

Kredit Resepi : Hajah Zainab Bt Mawan

RESEPI BINGKA UBI KAYU SEDAP

RESEPI BINGKA UBI KAYU SEDAP

BAHAN-BAHAN

1 kg ubi kayu (disagat atau boleh juga diblend)
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam
2 cawan air (air lebih tak ape...sebab nak tapis & buang)
1 cawan santan
sedikit margarine atau butter
beberapa titik pewarna kuning

CARA-CARA MEMBUATNYA

Sagatkan ubi dan campur dengan 2 cawan air. Kemudian tapiskan, biarkan ubi tu dalam penapis selama lebih kurang 15 minit atau lebih air tapisan dibuang.....tuang perlahan-lahan untuk sagu yang tinggal dilapisan bawah. Campurkan sagu yang liat tu dengan ubi tadi dalam mangkuk.

Masukkan gula, garam, dan beberapa titik pewarna dan dikacau rata. Tuang santan sedikit2 sampai adunan menjadi macam bancuhan jemput2

Sapukan loyang dengan butter dan panaskan oven ke suhu 180 darjah. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz kecil anggaran 8 inci diameter dan sudukan beberapa sudu butter & ditaburkan di atas adunan

Bakar selama 45 minit - 1 jam dalam oven 180 darjah...bergantung pada tahap kerak yang anda suka. Bila dah sejuk....baru cantik dipotong.

RESEPI DESSERT AGAR-AGAR TEMBIKAI

RESEPI DESSERT AGAR-AGAR TEMBIKAI

BAHAN-BAHAN

1. Potong dadu buah berikut :
✔️ Buah Naga
✔️ Buah Kiwi
✔️ Buah Nenas
✔️ Buah Betik
✔️ Buah Tembikai
✔️ Buah Anggur
✔️ Buah Apa-Apalah yg korang suka

2. Masukkan kesemuanya dalam buah tembikai yg dikeluarkan isinya

3. Panaskan Agar-Agar seadanya.

4. Tuang Agar-Agar dalam tembikai

5. Biarkan sejuk. Masukkan dalam peti

6. Apa lagi.. makan lah

Kredit : Starvingtime

Saturday, November 18, 2017

RESEPI KEK MILO VIRAL

RESEPI KEK MILO VIRAL

BAHAN-BAHAN

4biji telur
2cawan milo
2sb susu pekat

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.Pukul (mixer) 3 minit semuanya

2.Masuk dlm loyang, bakar 45min suhu 180'c

3.Maka jadilah seperti gambar.

4 Sedappp!

kredit resepi :‎Sara Vee‎

RESEPI RENDANG DAGING POWER

RESEPI RENDANG DAGING POWER

BAHAN REMPAH

1 sudu besar biji ketumbar *
1 sudu besar jintan manis*
1 sudu besar jintan putih *
1/2  sudu besar lada hitam*
5 tangkai cili kering*

1.Sangai bahan2 bertanda* smp cili kering jd rapuh.. api slow je
2.kisar kering sampai halus(ketepikan)

BAHAN MASAK

1kg daging(potong nipis) @seekor ayam
5 ulas bwg merah kecik*
4 ulas bwg putih*
2 inci halia*
2 inci kunyit hidup *
4 btg serai*
10 tangkai cili kering*(rebus dulu) nak pedas lg lebihkan

3 sudu besar kerisik
minyak masak secukupnya
sekilo santan
garam
daun kunyit(hiris halus)

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.Kisar bahan2 bertanda *

2.Tumis bahan2 kisar sampai garing@pecah minyak

3.Masukkan Bahan Rempah yg dikisar halus td.Kacau sebati

4.Masukkan daging.. air daging akan keluar sendiri

5.Bila air daging dah agak kering sikit.. masukkan santan msk smp pekat

6.Masukkan kerisik.. tabur daun kunyit

7.Rasakan dgn garam.

Kredit resepi : Zaimah Zakaria

RESEPI SANG KAYA DAN ROTI

RESEPI SANG KAYA DAN ROTI

BAHAN-BAHAN

200ml santan*
2 cawan susu cair*
2 sdb susu pekat*
2 sdb tepung jagung*
1 biji telur*
3 sudu gula pasir*
8 helai daun pandan(bland dengan sedikit air ambil airnya)*

1/2 penutup pewarna hijau
1/2 gula melaka

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.Bahan-bahan * dicampur dan dikacau sebelum di didihkan atas dapur.

2. Setelah dididihkan dan kacau masukkan gula melaka.

3.Kacau sampai pekat.Kemudian masukkan pewarna.

4. Roti gardenia potong 4 dan kukus

5. Siap dah boleh makan

Kredit Resepi : Shahira Shahri via Mahn

RESEPI MEE GORENG BASAH

RESEPI MEE GORENG BASAH

BAHAN-BAHAN

Bawang putih ditumbuk
Cili padi ditumbuk
Cili kering kisar

Sos tomato
Sos tiram
Kicap manis abc
Sos ikan
Air

Sotong
Udang

Sawi
Tomato

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.Tumis bahan tumbuk bersama cili kisar,tumis hingga garing baru

2.masukkan sotong dan udang,

3.masukkan sos tomato,kicap manis,sos ikan dan sedikit air,

4.masukkan mee kuning,masukkan sawi dan tomato,

5.perasakan garam dan gula.

6.siap

Kredit : ig @masakwithpassion

RESEPI CHEESEKUT CAIR DI MULUT

RESEPI CHEESEKUT CAIR DI MULUT

BAHAN-BAHAN

1 paket biskut kering Hup Seng
1/2 tin susu pekat
250g cream cheese tatura
1/4 cawan susu segar

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Masukkan cream cheese, susu pekat dan susu segar dalam blender. Blend sampai sebati. Nak guna mixer pun boleh.

2. Dah sebati adunan tadi,buat lapisan nipis dalam bekas.

3. Biskut kering tadi pulak, korang celupkan dalam susu segar. Susun kat atas cream cheese yang dalam bekas tadi.

4. Dah selesai susun, lapiskan lagi cream cheese. Susun pulak biskut. Buat sampai cream cheese tadi, boleh tutup lapisan biskut paling atas.

5. Simpan dalam peti ais semalaman.

RESEPI BULGOGI @ KOREAN GRILLED BEEF

RESEPI BULGOGI @ KOREAN GRILLED BEEF

BAHAN-BAHAN

500g daging (potong bkeping nipis)
5 ulas bawang putih (parut)
1 1/2 inci halia (parut)
1 biji bawang holland/kuning/bombay(hiris)
1 sudu kecil cuka
3 sudu besar gula
4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos lada hitam
1 sudu kecil soya sauce
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu kecil cili flakes/serbuk cili/serbuk lada hitam
sedikit garam

BAHAN HIASAN

daun bawang(hiris panjang dalam 2 cm )
bijan (sangai)

CARA - CARA MEMBUATNYA

1)campur semua bahan dalam mangkuk kecuali daging dan bahan hiasan.kacau rata

2)masukkan daging.kacau sampai semua daging bersalut

3)perap 3 jam

4) guna nonstick fry pan.grill/bakar letak sekeping sekeping.masukkan skali bawang yg dihiris masa bakar.

siap!!angkat hidang..tabur daun bawang dan bijan

kaedah masak lain yg mudah n agak berkuah tapi rasanye same je.

pakai nonstick fry pan.just masukkan semua bahan daging dan 1/2 sos perap tu dlm fry pan.msak sampai dging masak..tabur daun bawang n bijan

sedap dimakan dengan nasi panas2.

Kredit resepi: Nurul Suhada Mazlin

RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILI PADI

RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILI PADI

BAHAN-BAHANNYA

4-5 ketul ayam
250 ml santan pekat - atau 1 kotak santan - Bahagi 2 bahagian, 1/2 untuk dicampur air. 1/2 dijadikan pati santan pekat
2 helai daun kunyit - dicarik carik
2 biji Kentang dipotong memanjang
1-2 batang Serai diketuk
1/2 Kiub ayam (jika suka)
garam secukupnya
Air secukupnya - dalam 1 cawan setengah ke 2 cawan

Bahan ditumbuk:

1-2 inci kunyit hidup
5-6 biji cili padi merah - supaya warna kuah cantik
2 ulas bawang merah

CARA - CARA MEMASAKNYA

1. Dalam periuk atau kuali rebus kentang sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan. Buang air rebusan tu.

2. Dalam periuk yang sama, masukkan bahan tumbuk dan santan yang cair. Kalau pakai santan kotak masukkan setengah kotak dan tambah air secukupnya. Masukkan ayam, daun kunyit dan serai serta kiub ayam. Didihkan sehingga ayam masak dengan api perlahan supaya santan tak pecah.

3. Setelah ayam masak, masukkan kentang yang direbus setengah masak tadi, dan masak sehingga kentang lembut dan empuk. Rasa garamnya

4. Akhir sekali tuang santan pekat kedalam masak lemak, masak sekejap dan bolehla tutup api.

Friday, November 17, 2017

RESEPI KEK BATIK OREO

RESEPI KEK BATIK OREO

BAHAN-BAHAN

- 2 cawan Milo
- 3 sudu besar serbuk koko
- 250g mentega
- ½ tin susu pekat
- lebih kurang 30 keping biskut Marie (dipatah-patahkan)
- 2 paket biskut Oreo (setiap biskut dipotong empat)

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Dengan api kecil, cairkan mentega

2. Tambah susu pekat dan gaul sehingga sebati

3. Tambah Milo dan serbuk koko, dan gaul sehingga tiada ketulan

4. Tutup api; masukkan biskut Marie yang dipatah-patahkan dan gaul

5. Masukkan separuh adunan ke dalam baking tin

6. Tabur kepingan Oreo ke atas adunan

7. Masukkan separuh lagi adunan dan ratakan

8. Hias dengan kepingan Oreo

9. Masukkan ke dalam peti sejuk semalaman

10. Untuk hidang, celup pisau dalam air panas dan potong mengikut saiz yang diingini

Credit to @seismikmakan

RESEPI SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API

RESEPI SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API

BAHAN-BAHAN :

1 peket siput sedut
5 cawan santan - secukupnya
3 batang serai - dititik
1 keping asam keping

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api - boleh tambah 2 inci kunyit hidup
Garam kasar secukup rasa * kalau kurang kuah boleh la ditambah santan lagi

CARA MEMASAK :

1.Basuh dan bersihkan siput sedut

2.kemudian dipotong hujung runcing siput sedut ni .

3.Bersihkan lagi siput ditos serta diketepikan dulu .

4.Masukkan semua bahan tumbuk , serai yang dititik , semua santan ke dalam periuk yang sesuai .

5.Masak kuah sehingga hampir mendidih dan masukkan semua siput sedut , garam secukup rasa , asam keping dengan pucuk ubi .

6.Kacau kuah supaya tak pecah minyak , sekali-sekala boleh dikacau kuah dan bila dah masak boleh la ditutup api dapur