Thursday, May 7, 2020

RESEPI ROTI STEAM HOTDOG CHEESE


RESEPI ROTI STEAM HOTDOG CHEESE


BAHAN - BAHAN

Roti Hotdog Kosong (Panjang )
 Ramly Frankfurter Lembu / Sosej
* nk pakai ayam pun boleh ikut citarasa anda
Cheesedale
Mayones
Sos ( Ikut Suka )


CARA-  CARA MEMBUATNYA

1. Frankfurter direbus dulu dan toskan.

2. Amik roti belah tengah dan sapu kan mayones di dalam

3. Sumbatkan frankfurter tadi di tengah - tengah roti

4. Kerat kepingan cheese jadi beberapa bahagian.
Anggaran besar ikut suka hati. Kalau suka cheese banyak kerat 2 je

5. Lapiskan kepingan cheese di atas frankfurter/sosej tadi.

6. Panaskan air periuk, Kukus smpai menggelegak dan susun roti2 tadi dlm periuk. Pastikan air betul - betul menggelegak dan periuk berwap. * kalau takut roti melekat di periuk boleh letak atas pinggan sebagai alas.

7. Tutup tudung periuk dan kecik kan api. Kukus selama 2 minit paling maksima atau smpai cheese cair n roti panas n lembut.

8. Hasil nya.. Roti Hotdog Steam Berkeju.

* kalau suka boleh tambah sos cili / tomato / blackpepper di atas dan terus makan.


Kredit Resepi :
Kiriman Hamba Allah..


Wednesday, May 6, 2020

RESEPI BISKUT CORNFLAKES COKLAT


RESEPI BISKUT CORNFLAKES COKLAT


BAHAN - BAHAN

200gm Cornflakes
400gm coklat
50gm badam yang dibakar sehingga ranggup
Sedikit Colour Rice sebagai hiasan


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Mula-mula susun cawan kertas di dalam acuan

2. Kemudian cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler

3. Setelah coklat cair dan tidak berketul, masukkan cornflakes bersama badam. Kacau rata

4. Setelah itu, ambil satu sudu cornflakes dan masukkan ke dalam cawan kertas dengan segera

5. Taburkan colour rice dan biar sehingga coklat keras

6. Biar seketika sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba!


Kredit Resepi :
 iCookAsia

RESEPI JAGUNG CHEESE LELEH


RESEPI JAGUNG CHEESE LELEH


BAHAN-BAHAN

4 tongkol jagung
1 tin susu cair ( sy guna fresh milk Dutch lady)
2 sudu b susu pekat (klau nak manis bole + )
2 sudu b planta /buttercup
Garam
Lada sulah
4 keeping Cheddar


CARA-CARA MEMBUATNYA

1.Masukkan semua bahan dalam periuk

2.  Biar mendidih siap nak wangi letak daun pandan.


kredit resepi:
Siti Nabilah Jamaluddin MAHN


RESEPI KEK LAPIS MONALISA


RESEPI KEK LAPIS MONALISA


BAHAN -  BAHAN

10biji telur Gred A
500g butter SCS (ikut citarasa masing2)
1/2 cawan metrik gula halus
1 tin kecil susu pekat manis
1 paket kecil horlick
1 sudu mkn ovallete
250g cream cheese (saya guna Tatura)
300g tepung hong kong
Pandan paste
Coklat emulco
Pewarna putih


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Putar mentega,gula halus dan ovallete sampai kembang. 

2. Masukkan telur satu persatu. Putar semua sebati. Kemudian baru masukkan susu pekat dan horlick. Putar lagi sampai sebati. Masukkan tepung hong kong. 

3.  Bahagikan adunan kpd 2 bahagian sama rata/ timbang bagi sama rata.

4. 1 bahagian + pewarna putih +cream cheese( putar dulu cream cheese supaya tak berketul2)
   1 bahagian dibahagi lagi kepada 2 bahagian yang berbeza baru masukkan pandan paste dan juga coklat emulco.

5.  Kukus berlapis dengan lapisan coklat terlebih dahulu baru lapisan pandan. Selang bersama lapisan cheese putih.

Tips:

1. Guna loyang 9x9 untuk kek yang sederhana tinggi, guna loyang 8x8 kepada yang suka kek tinggi.

2. Boleh bakar kek ini suhu 160 selama 6 minit setiap lapisan

3.Setiap lapisan saya letak 7 sudu mkn

4. Lepas kek masak dan sejuk, simpan semalaman dulu dlm peti ais supaya kek lebih kemas potongan nya.


Kredit Resepi : 
Caroline Simon Aron


Tuesday, May 5, 2020

RESEPI BASE PIZZA


RESEPI BASE PIZZA


BAHAN A

250gm tepung gandum
2 Sb susu pekat sejuk
15 gm susu tepung
1/2 sk garam
1 sk  fine cream supper 
2 Sb minyak 
130 gm air sejuk peti 
1 sk yis

BAHAN B
250 gm adunan doh roti asas yang di Frozenkan
Boleh guna mana mana resepi roti asas . Nyah beku  dulu sebelum guna. 

CARA - CARA MEBUATNYA

1. Masuk semua bahan A dlm BM (bread maker ) . Set fungsi knied 45 minit.  15 minit akhir ulian 

2. Masukan bahan B .teruskan ulian hingga selesai .
 ( Timbang 127gm dapat 5bj . Kadang kadang adunan tu dapat 130gm. Pandai pandailah korang ejas nanti )

3. Bulatkan 

4. Rehat 10 minit tutup

5. Tabur tepung . canai leper 8' jng cuak pula kalau adunan tu nipis ya. 

6. Celup dalam tepung suji /tepung somalina . Rehatkan 25 minit . 

7. Bakar api atas bawah 160 selama 10 minit  ( tidak bertopig )
   Yang bertopping 180 . 25 minit 


Kredit Resepi : rasyidah nur hayati


Monday, May 4, 2020

RESEPI BENGKANG TEPUNG PANDAN


RESEPI BENGKANG TEPUNG PANDAN


BAHAN - BAHAN

2 cawan tepung gandum
1kotak kecil santan kara
3/4 cawan gula
Garam secubit
2sm Butter
3 biji Telur
5 helai daun pandan blender jadikan 1 cawan air pandan
1 1/2 cawan air


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Blender semua sehingga sebati.

2. Sapu butter di loyang dan masukan bancuhan.

3. bakar api atas bawah suhu 180 selama 1 jam 15 minit.tambah suhu 200 selama 5 minit menggunakan api atas sahaja untuk mendapatkan permukaan yang garing.

4. kalau ada bijan boleh la tabur atas bengkang. 

5. Sejuk dahulu baru potong 

Selamat mencuba


Kredit Resepi : 
Nor Hazirah Manaf

RESEPI APAM PILKADOT SUKATAN CAWAN


RESEPI APAM PILKADOT SUKATAN CAWAN


BAHAN A

3 biji telur ayam gred A dari peti ais
1 cawan gula halus
1 cawan susu cair
1 sudu makan membukit ovelate
1/2 sudu makan esen vanila


BAHAN B

2 cawan tepung gandum
3 sudu teh baking powder
Untuk sukatan cawan, boleh gunakan apa-apa cawan yang sama atau cawan metrik 250ml.



CARA - CARA MEMBUATNYA

#1: Campurkan Bahan B dan ayak 2-3 kali supaya rata. Ketepikan.

Bahan A dimasukkan dalam bekas pengisar. Guna kelajuan paling tinggi dan kacau hingga adunan mula bertanduk.

Barulah masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau dengan senduk tangan sahaja. Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk adan letak warna. Terpulang.


#2: Sementara tu tadi, panaskan pengukus dengan api sederhana besar untuk didihkan air.

Tepung yang siap diwarnakan dikacau sebelum masuk ke dalam piping bag. Piping masuk ke dalam acuan separuh, boleh letak inti pilihan atau tak nak pun takpe. Lepas tu piping lagi sampai 3/4 acuan.

Barulah cantik resepi apam polkadot yang ni. Penuh dengan tips untuk elak berlubang, elak bantat. Cantik elok hasilnya. buat makan pagi atau minum petang best.
Barulah piping tepung bewarna untuk dot dot atau anda nak lukis apa-apa yang menarik di atasnya.

Bila air dah mendidih, boleh kukus apam selama 9-10 minit. Setiap 5 minit buka penutup.

Siap.



Kredit Resepi
Resepi Mama


RESEPI AYAM BAKAR ALA KENNY ROGERS


RESEPI AYAM BAKAR ALA KENNY ROGERS 


BAHAN - BAHAN

1 ekor ayam(cuci bersih)
2 labu bawang besar
7 ulas bawang putih
2 inci halia
2sudu besar pati Oren sunquick
1 Senduk sos blackpaper aka sos lada hitam
3 sudu besar majerin (cairkan atas api)
1 biji ubi kentang (rebus empuk)
1 ketul kiub pati ayam
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula pasir



CARA - CARA MEBUATNYA

1. Kentang, brokoli, tomato cerry adalah pilihan. 

2.  Semua bahan-bahan di blend/ kisar dengan sedikit air (suku cawan air ) 

3. Dah kisar semua....perapkan dengan ayam.

4.  Perap 2 jam sebelum bakar.( lagi lama lagi sedap )

5. Bakar pada suhu 200° selama 45 minit sampai masak menggunakan Api atas bawah.


Kredit Resepi : 
 Cik Pooja

RESEPI CORNDOG CHEESE TARIK


RESEPI CORNDOG CHEESE TARIK

BAHAN - BAHAN 

1 cawan tepung gandum
2 sudu besar gula
2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil garam
1 telur
3/4 cawan susu
Keju mozarela
Keju cheddar
Sosej
Serbuk roti 
Minyak


CARA - CARA MEMBUATNYA : 

1. Gaulkan tepung gandum bersama gula, serbuk penaik dan juga garam.

2. Masukkan telur dan susu. Gaul sehingga sebati.

3. Potong sosej dan keju mozarela mengikut saiz yang anda mahukan. Cucukkan sosej dan keju.

4.  Salutkan sosej dengan keju dan cucuk dengan lidi.

5.Celup sosej tadi ke dalam adunan tepung. Kemudian salutkan pula dengan serbuk roti dan terus goreng di dalam minyak yang panas sehingga garing.

6. Siap



Kredit Resepi : 

resepimakananMY
#KokdiTV



Monday, April 27, 2020

RESEPI LAMBCHOP BLACK PEPPER


RESEPI LAMBCHOP BLACK PEPPER


BAHAN - BAHAN 
 ( UNTUK PERAPAN )

6 keping lamb shoulder
 Bahan kisar: 5 cm halia,
1 cm kunyit hidup,
 4 ulas bawang putih dan
4 ulas bawang merah
 3 sudu besar madu
 4 sudu besar Sos tiram
 4-5 sudu besar lada hitam kisar
 1/2 sudu kecil serbuk Jintan manis ,
 1/2 sudu kecil jintan putih
 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar,
 Sedikit kicap cair penganti garam

.
CARA - CARA MENYEDIAKAN

1. Masukkan ke semua bahan perap ke dalam bekas.
.
2. Masukkan lamb shoulder ke dalam bahan perapan tadi dan gaul sebati
.
3. Perap lamb shoulder selama 2-3 jam atau semalaman.
.
4. Bakar lamb chop sampai masak. Boleh guna juali leper, kuali serba guna atau bakar atas arang.
.
BAHAN - BAHAN SOS

 Saki baki bahan perapan
 2 sudu teh sos tiram
2 sudu teh sos tomato
4 sudu besar lada hitam kisar
 2 sudu teh brown sugar

CARA MEMBUATNYA

1. Semuanya di masak dalam periuk bersama ngan 300 ml air hingga agak mendidih. 
2. Sebelum angkat pekatkan black pepper sos ngan bancuhan tepung jagung atau tepung ubi.
3. sedia untuk dihidangkan bersama hiasan yang diingini.
.

RESEPI SOTO AYAM KEBABOM BOM


RESEPI SOTO AYAM KEBABOM BOM


SUP AYAM

BAHAN - BAHAN

Ayam seekor potong kecik kecik
Bawang kecik merah 4 biji (hiris)
Bawang putih 3 bijik (hiris)
Halis dua inci (hiris nipis)
Kayu manis sebatang
 Bunga lawang 1 kuntum
Biji pelaga 3 biji
Rampah sup babas 4 sudu dibancuh
Garam
Air asam jawa
Serbuk Lada putih 1 sudu

CARA - CARA MEMASAKNYA

1. Tumis bahan yang dihiris bersama bijik pelaga, kayu manis dengan bunga lawang sampai naik bau.

2. Masuk bancuhan rempah sup.

3. Masuk kan ayam. Tumis sekejap sampai ayam tu keluar air.

4. Masukkan air dua mangkuk

5. Tambah garam, lada putih.

6. Tutup dan biar mereneh.

7. Bila dah siap, tambah asam jawa. Perasakn dengan garam atau mana2 yg tak cukup.. Agak2 la.hihi

8. Dah masak boleh masuk dalam mangkuks.


BEGEDIL DAGING MUDAH

BAHAN- BAHAN

 Kentang 5 biji yang direbus
Bawang goreng.  Anggaran 4 bijik bawang kecik merah
Daging hancur tumis dengan minyak dengan lada hitam
Daun sup
 Lada putih
Garam secukupnya

CARA  CARA MEMBUATNYA

1. Lenyek-lenyekkan kentang yang direbus tadi. Tabur garam dan lada putih.

2. Masukkan daging hancur, daun sup, bawang goreng.

3. Gaul-gaul  macam biasa.

4. Bulat-bulatkan dia sebesar bola pingpong kemudian penyekkan sikit.

5. Masukkan dalam freezer sejam supaya nanti bila goreng tak hancur.

6. Masa nak goreng, panaskan minyak, pukul telur dengan garam secukup, golekkan begedil tadi dalam telur dan goreng smpai keperangan.


CARA - CARA PENYEDIAAN BAHAN LAIN

1. Suun goreng dengan minyak panas sampai kembang. Pastikan guna minyak yang banyak dan panas.

2. Potong cili kemudian tambah kicap

3. Hiris daun sup nipis dan bawang goreng, sesetengah orang suka goreng dada ayam dan carik2 isinya buat tambah sedap.


CARA HIDANGAN.

1. Masukkan Suun, Sup dan begedil.

2. Siap Untuk Dihidangkan


Kredit Resepi : 
Nur Adiba Hassan


RESEPI BREAD PUDING CHEESE


RESEPI BREAD PUDING CHEESE

BAHAN A

8 Keping White bread 
  1 tin Susu cair
 100ml Air
 2 biji Telur
250g Cream cheese

BAHAN B

  2 peket(plan) Agar - agar serbuk 
Susu pekat dan gula  ( Terpulang )
1 liter (1000ml) Air  
3 sudu makan Butter 


CARA - CARA MEMBUATNYA

Bahan A

Semua diblender sehingga hancur

Bahan B

 1. Masukkan bahan satu persatu dalam periuk dan gaul sehingga sebati.

2. Panaskan api. Kacaukan dalam 1 minit dalam api kecil.

3. masukkan Bahan A dan gaulkan.

4. Masukkan butter. Gaulkan dalam 4 minit sehingga adunan pekat menjadi pekat

5. Masukkan dalam loyang 9×9..

6. Biarkan sejuk...


RESEPI SWEDISH MEATBALLS ALA IKEA


RESEPI SWEDISH MEATBALLS ALA IKEA

.
BAHAN - BAHAN
.
Meatballs secukupnya (Abang guna brand Marina) goreng atau boleh juga di bake didalam oven.
2 sudubesar butter
2 sudubesar tepung gandum
1 biji bawang holland, dipotong dadu
2 biji tomato dipotong dadu
1 cawan fresh milk
1 cawan air
3 sudubesar sos tomato
3 sudubesar sos tiram
2 sudubesar kicap manis
2 sudubesar lada hitam tumbuk (nak lebih hot add 1 sudubesar lagi)
1 kiub pati daging
1 kiub pati ayam
1 sudubesar gula
.
.
CARA- CARA MEMBUATNYA
.
1. Cairkan butter dengan menggunakan api perlahan dan tumis bawang besar hingga layu, tapi jangan sampai garing.

2. Masukkan tepung gandum, kacau rata hingga berubah warna menjadi sedikit brownish. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.

3. Masukkan fresh milk, air, sos tomato, sos tiram, kicap manis, lada hitam, kiub ayam dan daging serta gula. Kacau rata hingga mendidih dan jangan biarkan sauce berketul.

4. Tutup api dan biarkan sejuk sedikit dan kemudian masukkan ke dalam blender dan di blend hingga halus. Sedia untuk dihidangkan!.

Tips: 
Gravy ini boleh buat lebih dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak makan baru blend dia. Dan gravy ini juga boleh dimakan dengan chicken chop. Cuma tambah hirisan mushroom ya.


Sumber Resipi: 
Danish Harraz 

RESEPI AIR MANGO DESSERT


RESEPI AIR MANGO DESSERT


BAHAN - BAHAN
 3 Cawan susu segar
* 1 paket serbuk jelly flavour mangga
(masak & sejukkan serta di potong dadu )
* 1/2 cawan whipping cream
(boleh ganti dgn susu cair)
* 1 cawan susu pekat
(ikut manis yang kita nak)
* 1 cawan sagu 
(masak dengan air yg mendidih & tapiskan)
* 1 tin laici tin( ambil buah sahaja)
* 2 biji mangga (dipotong dadu)


CARA - CARA MEMBUATNYA
Satukan semua bahan di atas dan letak ais batu.
Siap untuk di hidang.



Kredit Resepi : Fatien Zaini

Saturday, April 25, 2020

RESEPI KEK RINDU DENDAM


RESEPI KEK RINDU DENDAM


BAHAN - BAHAN

250g butter 
4 sudu besar gula 
1 sudu besar ovellet 
5 biji telur 
4 sudu besar susu pekat 
3 sudu besar kaya 
1 cwn horlicks 
1 cwn tepung roti Osborne 
2 pewarna yg disukai
Oreo utk melapis  (buang krim )


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Pukul butter , ovellet dan gula hingga kembang.

2. Masukkan telur satu persatu. Pukul rata.

3. Masukkan susu, kaya dan horlicks.

4. Masukkan tepung roti Osborne. 

5. Bahagikan kpd 2 bhgian.

6. Letak bbrp sudu utk setiap warna.

7. Selepas itu kukus satu bahagian ...lapiskan roti oreo. Letakkan bbrp sudu lg utk setiap warna.

8. Ulang proses hingga habis. 

*** Saiz loyang 6" × 6"


Kredit Resepi : 
Eda Francis