Wednesday, June 22, 2016

RESIPI BISKUT OAT





RESIPI BISKUT OAT

.
BAHAN - BAHAN
.
BAHAN A

.
250gm mentega
220gm gula pasir
200gm gula perang
2 biji telur
1 tsp vanila
 
.
BAHAN B
.
250gm tepung red rose
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil garam halus
.

BAHAN C
.
200gm oatmeal
200gm chocolate chips
100gm chocolate masakan – dicincang kasar
100gm almond nibs – dibakar
50gm walnuts – dibakar
.

CARA - CARA MEMBUATNYA

.
1. Bahan A, pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur satu
persatu dan vanila. Putar hingga bergaul rata.
.
2. Ayak bahan B didalam mangkuk, kemudian satukan bersama bahan C, gaul
hingga rata. Kemudian gaulkan dengan bahan A hingga menjadi doh.
.
3. Sudukan ke dalam loyang pembakar yang telah digris terlebih dahulu. Bakar
pada suhu 160C selama 20 minit atau hingga masak.




AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


 

RESIPI BISKUT PAPERO


RESIPI BISKUT PAPERO
 
BAHAN - BAHAN 

1 biji kuning telur
1 biji putih telur
3 1/2 oz milk chocolate
1 oz white chocolate
1/4 cawan susu pekat manis
2 sudu besar gula
1/8 sudu kecil garam
1/4 cawan mentega
2 sudu besar air
1 1/2 cawan tepung
1/2 sudu kecil baking powder
.
 
CARA - CARA MEMBUATNYA
.
1. Campurkan susu pekat manis dengan air dan ketepikan. Satukan tepung, gula, baking powder dan garam. Gaul hingga sebati.
.
2. Kemudian masukkan mentega ke dalam adunan tepung, setelah sebati masukkan kuning telur.
.
3. Akhir sekali masukkan bancuhan susu tadi. Sekiranya adunan masih melekit, tambahkan tepung hingga adunan menjadi doh.
.
4. Balut doh dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 20 minit. Tujuannya adalah untuk memastikan doh sebati dan rangup setelah dibakar.
.
5. Keluarkan doh dan bentukkan menjadi jejari. Setelah siap, simpan sekejap doh yang dibentuk tadi dalam peti sejuk, lebih kurang 10 minit.
.
6. Pastikan oven telah dipanaskan dgn suhu 175 darjah celcius. Keluarkan biskut jejari tadi dan sapukan putih telur dan bakar selama 20-25 minit atau hingga biskut masak.
.
7. Untuk salutan biskut, cairkan milk chocolate dan white chocolte dengan kaedah double boiler. Jika kreatif, boleh saja tambahkan pelbagai jenis hiasan coklat mengikut citarasa anda.
.
8. Sebelum biskut dicelup ke dalam coklat, pastikan biskut telah sejuk.





AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

RESIPI BISKUT MAZOLA


  RESIPI BISKUT MAZOLA
.
 
BAHAN - BAHAN
.
1 cawan kacang dikisar halus
3/4 cawan gula halus
1 cawan minyak
4 cawan tepung
kuning telur utk di sapu atas biskut (boleh juga campur sedikit putih telur)
.
 
CARA - CARA MEMBUATNYA

 Gaulkan kacang, gula dan tepung sebati. 

Ulikan dengan minyak sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yang sedang lembut.
.
Bentukkan ikut suka, sapukan kuning telur di atasnya dan bakar hingga masak.





AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


RESIPI BISKUT SCONES KISMIS


RESIPI BISKUT SCONES KISMIS


BAHAN - BAHAN
.
3 cawan tepung naik sendiri
70g butter ( bekukan dlm freezer 15 minit )
3/4 cawan susu segar
1 biji telur ( pukul dan bahagikan 2 bahagian agak2 je )
1/4 cawan gula
1/3 cawan kismis
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam
.
*Kismis boleh diganti dengan cranberry kering kalau nak buat cranberry scones atau boleh jugak diletak kedua-duanya sekali.
.
 
CARA - CARA MEMBUATNYA
.
1. Panaskan oven 180°C.
.
2. Sagat kasar butter atau boleh juga dipotong kiub kecil. Sejukkan sekejap dalam peti ais selama 5 minit. Selepas 5 minit satukan tepung dan juga butter.
.
3. Ramas butter dan tepung dengan hujung jari hingga menjadi seperti serbuk roti. Kemudian, masukkan kismis. dan digaul supaya kismis itu bersalut dengan tepung. Masukkan sebentar ke dalam peti ais.
.
4. Dalam bekas lain, satukan susu, 1/2 telur, garam, gula dan juga esen vanilla, pukul sebati sampai gula hancur. Keluarkan tepung tadi dan tuang campuran susu ke dalam tepung sedikit demi sedikit, tuang sekadar semua adunan bersatu.
.
5. Uli sedikit, adunan hendaklah tidak terlalu keras atau lembut dan doh boleh dibentuk bulat.
.
6. Canaikan adunan dan tekap dengan acuan yang sesuai. Gelas boleh digunakan.
.
7. Susun atas tin pembakar. Jarakkan sedikit dan sapu telur di pemukaannya.
.
8. Bakar selama 20-25minit atau sehingga masak. Scones akan menjadi kuning keemasan bila masak.





AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

 

RESIPI BISKUT NESTUM SEDAP


RESIPI BISKUT NESTUM SEDAP 
 
 
BAHAN - BAHAN
.
125 gram butter, premium Anchor butter
1/2 cawan gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu teh serbuk penaik
1 cawan Nestum original, kisar halus
1 cawan Nestum original, tak perlu kisar
.
Bahan untuk hiasan:
.
Ceri merah atau hijau, hiris kecil
Sedikit Nestum original, tabur atas pinggan untuk salutan doh
.
 
CARA - CARA MEMBUATNYA
.
Untuk bahan kering, ayak tepung gandum dan serbuk penaik. Satukan dengan serbuk Nestum kisar dan juga Nestum yang kasar.
.
Dalam mangkuk berasingan, pukul butter (yang sudah dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula kastor sehingga putih dan berkrim.
.
Masukkan telur dan esen vanilla, pukul sehingga kembang.
.
Masukkan bahan kering tadi. Kacau sehingga betul-betul sebati menjadi doh yang lembut.
.
Rehatkan doh seketika. Uli menjadi bentuk bulat sebesar guli (kecil sedikit jika anda suka biskut yang kecil).
.
Gulingkan doh di atas Nestum dan susun di atas dulang yang telah digris dengan butter.
.
Tekan dengan garfu dan hiaskan dengan ceri.
.
Bakar pada suhu 175, selama 15-20 minit.
 
 
 
 
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my
 
 
 

RESIPI BISKUT BUAH CAMPURAN


RESIPI BISKUT BUAH CAMPURAN

BAHAN - BAHAN
.
450gm tepung gandum
300gm gula halus
250gm mentega
100gm buah campuran
50gm tepung kastad
50gm serbuk susu atau susu tepung
2 biji kuning telur
1 sudu teh serbuk penaik
.

CARA - CARA MEMBUATNYA
.
1. Pukul mentega bersama gula halus sehingga kembang.
.
2. Kemudian masukkan kuning telur dan kacau lagi.
.
3. Sementara itu, satukan tepung gandum, kastad dan susu tepung dan ayak hingga sebati.
.
4. Seterusnya masukkan bahan ayak ke dalam adunan mentega tadi bersama buahcampuran. Uli doh sehingga lembut dan tidak melekat pada jari.
.
5. Kepalkan biskut menjadi bulat-bulat kecil dan bakar selama 15-20 minit.




AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


 

RESEPI MARS BAR COOKIES


RESEPI MARS BAR COOKIES


BAHAN - BAHANNYA

2 bar coklat Mars – standard size 53g
2 sudu besar golden syrup
65 gm mentega
2 cawan rice krispies
1 cawan cornflakes – diramas kasar
400 gm coklat masakan atau secukupnya

 
CARA - CARA MEMBUATNYA

Coklat mars dipotong kecil2.
Satukan coklat mars, golden syrup dan mentega di dalam pan atau periuk kecil.

Cairkan campuran tadi secara double boiler. Kacau hingga rata.
Masukkan rice krispies dan cornflakes. Gaul sehingga rata.
Sediakan bekas aluminium yang kecil secukupnya. Tidak perlu digris.

Sudukan adunan tadi ke dalam bekas dan tekan2 sehingga padat dan rata.

Buat sehingga siap. Ketepikan.
Kemudian cairkan coklat masakan secara double boiler.
Selepas itu tuangkan coklat ke atas krispies tadi.

Jika suka hiaskan atasnya mengikuti kreativiti sendiri atau boleh juga dibiarkan kosong.

Bekukan di dalam peti sejuk sehingga coklat mengeras.





AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


 



 

RESEPI CHOCOLATE CHEESE TART


 RESEPI CHOCOLATE CHEESE TART

KULIT TART

BAHAN - BAHAN

170gm margerin
50 gm gula icing
1 biji telur gred C
290 gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
 

CARA - CARA MEMBUATNYA

Pukul margerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu,jangan terlalu lama sangat
Masukan telur dan esen vanilla dan putar lagi
Masukan tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh,
kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh
Ambil sedikit adunan dan tekan dalam acuan tart,
trim bahagian atasnya dan cucuk dengan garpu sebelum dibakar
Bakar dengan suhu 170'C sehingga masak,
sejukan dahulu sebelum diisikan dengan adunan chocolate cheese cream

Nota :
-Jika guna telur gred B buang sedikit putih telur nya utk mengelakan crust menjadi keras sangat

 
CHOCOLATE CHEESE CREAM

BAHAN - BAHAN


250 gm cream cheese
50 gm gula kastor/gula halus
80 gm chocolate masakan dicairkan
2 biji telur gred B
1/2 sudu besar chocolate emulco

CARA - CARA MEMBUATNYA

Putar cream cheese dan gula sehingga bercream
Masukan esen vanilla dan telur dan pukul lagi sehingga rata,ketepikan dua tiga sudu adunan putih utk lorekan
Masukan coklat cair dan coklat emulco dalam lebihan adunan tadi, putar sehingga licin dan tak berketul
Masukan adunan kedalam piping bag dan picit sehingga penuh kedalam kulit tart
Untuk lorekan masukan adunan putih yg diketepikan tadi kedalam piping bag, gunting sedikit hujung nya dan dot2 kan diatas adunan dan lorekan dengan pencungkil gigi
Bakar pada suhu 160'C selama 10 minit,sentuh cream dengan jari jika tak melekat maknanya dah masak jika tidak bakar lagi seminit




AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



RESEPI SAMBAL BELACAN GORENG


RESEPI SAMBAL BELACAN GORENG


BAHAN - BAHAN

2 Biji Tomato (buang biji)
4 Ulas Bawang putih
2 Biji Bawang besar
10 biji Cili api

15 Buji  Cili Merah Besar
2 Biji Limau nipis
15 Biji Limau kasturi
Belacan separuh peket
1 Sudu Garam
3 Sudu Gula
1 Sudu Ajinamoto
2 Sudu Minyak untuk menumis

Sedikit Air 


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Cuci dan toskan bahan - bahan.

2. Perah limau nipis dan limau kasturi

3. Tumiskan semuanya dengan belacan menggunakan api yang kecil

4. Masukkan garam,gula dan ajinomoto.

5. Masukkan air limau yang telah diperahkan tadi.

6. Masukkan sedikit air mengikut kepekatan dan kecairan yang dikehendaki ( masing - masing ). 

7. Masukkan dalam Blender dan Kisarkan sehingga lumat.


AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



Sunday, June 19, 2016

RESEPI MEE REBUS


RESEPI MEE REBUS


BAHAN - BAHAN

250 gm mi kuning
100 gm daging kisar | direbus dan asingkan airnya
1/2 kg ubi keledek | direbus dan dikisar
2 biji cili hijau
2 keping tauhu goreng
100 gm tauge | dicelur
2 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
100 gm bawang goreng
3 biji telur rebus
Minyak masak secukupnya

 
BAHAN KISAR

5 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu teh serbuk kunyit

 
CARA - CARA MEMASAKNYA

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga berbau wangi.

2. Masukkan air rebusan daging dan biarkan hingga mendidih.

3. Masukkan daging dan ubi keledek kisar. Kacau rata.

4. Biarkan hingga mendidih dan angkat.

5. Hidangkan mi kuning bersama hirisan cili hijau, tauhu goreng, tauge, daun sup, daun bawang, bawang goreng dan juga telur rebus.




AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

RESEPI AYAM PERCIK


RESEPI AYAM PERCIK


BAHAN - BAHAN

1.5 kg ayam
50 gm bawang merah | dikisar
10 gm bawang putih | dikisar
10 gm halia | dikisar
10 gm buah keras
30 gm serai | dititik
20 gm tepung ubi | dibancuh dengan sedikit air
40 gm asam jawa | dibancuh dengan sedikit air
5 gm gula
5 gm garam


CARA - CARA MEMASAKNYA

1. Ayam dibelah dua dan dibersihkan.

2. Gaul ayam bersama separuh dari bahanbahan yang telah ditumbuk halus. Perap selama lebih kurang 1 jam.

3. Masukkan santan ke dalam periuk dan campurkan sebahagian lagi bahan yang ditumbuk ke dalam santan.

4. Kacau hingga sebati dan jerang atas api sederhana.

5. Apabila mendidih, masukkan serai, air asam jawa, gula dan garam. Untuk memekatkan kuah, masukkan bancuhan tepung ubi dan kacau perlahan. Angkat kuah apabila telah pekat.

6. Panggang ayam yang telah diperap. Cucur kuah sedikit demi sedikit ketika memanggang.

7. Balik-balikkan ayam supaya kuah melekat pada ayam.

8. Pangganglah ayam hingga masak.

9. Hidangkan bersama salad dan timun. Baki kuah dicucurkan pada ayam yang telah dimasak.




AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

 

RESIPI KEUY TIOW GORENG


RESIPI KEUY TIOW GORENG
 

BAHAN - BAHAN


1 bungkus kuey teow
3 camca besar minyak masak
200 gram isi ayam/udang
2 fillet fish cake dipotong dadu
3 sudu besar cili kisar
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
sedikit ikan bilis (20g)
segenggam daun kuchai
sedikit taugeh
sos tiram
kicap pekat
1 sudu besar sos ikan

 
CARA MEMASAKNYA

1. Tumbuk kasar ikan bilis,bawang besar dan bawang merah.
 (Anda juga boleh guna mesin pengisar kasar).

2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk kasar dan cili kisar sehingga naik bau, kemudian masukkan ayam/udang dan fish cake.

3. Masukkan kicap dan sos tiram serta sos ikan. Biarkan sehingga kering sedikit dan kemudian masukkan telur, kacau hancur. Masukkan kuey teow dan kacau sehingga sekata.

4. Masukkan sayur taugeh dan kuchai. Garam dan gula secukup rasa. Goreng selama 5-8 minit. 

5. Siap dihidang.

Nota: Sos ikan adalah masin. Perlu berhati-hati untuk perasakan garam.





AZLAN RUMADI
www.azlanrumdi.blogspot.my

 

RESEPI AYAM KURMA


RESEPI AYAM KURMA


BAHAN - BAHAN

1 ekor ayam | dipotong kecil
3 sudu makan minyak sapi
60 gram bawang merah l dihiris
40 gram bawang putih l dihiris
3 biji bawang besar l dihiris
5 biji kentang dipotong 4
2.5cm kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
6 sudu makan serbuk kurma | campurkan dengan 125ml air
250gm santan pekat
7 biji cili hijau
1 ikat daun pudina
Garam secukup rasa

 
CARA - CARA MEMASAKNYA

1 Panaskan minyak masak di dalam periuk. Tumis bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga cengkih sehingga wangi.

2 Selepas itu masukkan serbuk kurma dan tumis lagi sehingga pecah minyak.

3 Kemudian masukkan ayam yang telah dipotong tadi. Gaul rata hingga sebati.

4 Masukkan santan, garam, ketang, hirisan bawang besar, cili hijau dan daun pudina. Kacau sebati dan biarkan mendidih sehingga masak.

5 Angkat dan sedia dihidangkan.




AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

 

 

RESEPI GRILL CHICKEN CHOP


 RESEPI GRILL CHICKEN CHOP

 
BAHAN - BAHAN
 

BAHAN - BAHAN UNTULK GRILL CHICKEN

4 keping whole leg (debone/tanpa tulang)
1/2 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
3 ulas bawang putih – tumbuk kasar
1cm halia – tumbuk kasar
Lada hitam, lada sulah
Sedikit olive oil


BAHAN - BAHAN UNTUK MASHED POTATOES

3 biji kentang besar
2 sudu besar mentega
1/4 cawan susu segar
Serbuk Lada hitam kasar

 
BAHAN UNTUK COLESLOW

3/4 kobis putih – dihiris halus
1/2 kobis merah/purple – dihiris halus
1 lobak merah – dihiris halus
1 bawang merah – dimayang halus
1 sudu makan gula
1 botol mayonis coleslow brand lady’s choice
Jus perahan 1/2 biji lemon

 
BAHAN UNTUK SOS

1 biji bawang besar holland – dicincang halus
4 sudu besar tepung gandum
1 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis – untuk gelapkan sos
4 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
air yang mencukupi
Sedikit oregano kering
2 sudu besar mentega


CARA - CARA MEMASAK
 

CARA MENYEDIAKAN GRILL AYAM


1. Bersihkan ayam dan lap hingga kering.

3. Cucuk sedikit bahagian yg ada isi dengan garfu/pisau supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam.

4. Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam, lada hitam dan lada sulah.

5. Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis.

6. Akhir sekali gaulkan ayam dengan bahan tumbuk.

7. Letakkan sedikit olive oil supaya ayam tak kering.

8. Perap ayam sekurang2nya selama 1 jam. Kalau nak lagi best perap semalaman.

9. Bakar daging sehingga masak gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus.

 
CARA MENYEDIAKAN MASHED POTATOES

1. Kupaskan kentang dan potong dadu kecil.

2. Rebus kentang bersama secubit garam sehingga empuk.

3. Bila empuk, toskan air. Terus lenyek kentang dalam keadaan kentang masih panas.

4. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit dan mentega. Gaulkan hingga rata.

5. Persakan dengan garam. Tambakan lada sulah dan lada hitam jika suka.

 
CARA - CARA MENYEDIAKAN COLESLOW

1. Campurkan gula, jus perahan lemon dan mayonis dalam mangkuk dan kacau sehingga gula cair.

2. Masukkan mayonis dan gaulkan hingga sebati.

3. Perasakan, tambahkan perasa yg patut. kemudian, simpan dalam peti ais.


CARA MENYEDIAKAN SOS BLACK PAPER

1. Cairkan mentega ke dalam periuk, tumiskan bawang besar hingga layu dan wangi.

2. Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.

3. Masukkan air dan kacau hingga sebati.

4. Kemudian,masukkan pula kiub ayam, sos lada hitam, sos tiram dan kicap. Kacau lagi.

5. Kalau nampak pekat sangat boleh tambahkan sedikit air. Masukkan oregano. Didihkan.

6. Sesuaikan rasa. Kalau nak lebih gelap tambah sukatan kicap.

 
CARA HIDANGAN

1. Hidangkan grill chicken bersama mashed potato, fried fries, coleslow, tuangkan sos black pepper ke atas ayam.
 
 
 
 
AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

RESEPI KEK HOKAIDO


RESEPI KEK HOKAIDO


BAHAN - BAHAN

4biji kuning telur
30gm gula castur
1 sudu kecil esen vanila
40ml susu segar
4oml minyak mkn
55gm tepung kek
20gm tepung castard
1 sudu kecil b.powder
4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80gm gula castor


CARA - CARA MEMBUATNYA


1. Tepung kek, tepung kastard dan baking powder diayak, serta kuning telor dipukul bersama.

2. Kemudian masukkan vanila susu dan minyak.

3. Pukul rata dan masukkan bahan yang diayak serta digaul rata.

4. Pukul putih telur hingga berbuih.

5. Kemudian masukkan gula dan garam.

6. Pukul tahap laju (pastikan bekas dalam keaadan kering).

7. Masukkan 1/2 dalam adunan tepung tadi secara kaup balik dan masukkan baki selebihnya.

8. Kemudian masukkan dalam cawan kertas 3/4 penuh.

9. Bakar hingga masak dalam masa 20-25 minit dan sejukkan.

10. Untuk Krim Kastard, campurkan 1 sudu besar tepung gandum, 1 sudu besar tepung jagung, 4 sudu besar gula, 1 cawan susu segar, satu biji telur SAIZ C, 1 sudu besar majerin dan 1 sudu kecil esen vanila.

11. Kemudian kacau atas api hingga licin.

12. Angkat dan sejukkan.

13. Boleh lah dipaip pada kek tadi.




AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my