Friday, June 12, 2020

RESEPI LOTUS BISCOFF CHEESECAKE

RESEPI LOTUS BISCOFF CHEESECAKE

BAHAN - BAHAN

400g cream cheese 
1 sudu kecil essence vanilla
125ml whipping cream
2 sudu besar gula icing
90g butter 
200g lotus biscoff spread
15keping lotus biscoff biscuit


CARA - CARA MEMBUATNYA

BASE CAKE

1. Hancurkan lotus biscoff biscuit sampai jadi crumble. 
2. Cairkan butter atas dapur, masukkn lotus biscuit yg dah dihancurkan.
3. Gaul rata dan masukkan dalam loyang dan tekan2 utk jadikan base. 

BAHAGIAN TENGAH ( CHEESE )

1. Mix cream cheese + essence vanilla + 2sudu besar lotus biscoff spread sampai sebati.
2. Bekas lain, mix whipping cream + 2sudu besar gula icing sampai kembang.
3. Campurkan adunan cream cheese dan whipping cream tadi. 
7. Tuang adunan tu atas base. 

TOPPING

1. Untuk topping, cairkan lebihan lotus biscoff spread tadi tu atas dapur. Dan tuang atas kek. 
2. Sejukkan kek dan siappp untuk dimakan esok .


Tips
Jika buat dalam bekas kecik-kecik, 
1 adunan ni dapat 6 bekas. 


Sumber Resepi 
#viralMAHN



Tuesday, June 9, 2020

RESEPI APAM SUSU SUKATAN CAWAN

RESEPI APAM SUSU SUKATAN CAWAN


BAHAN - BAHAN APAM SUSU

4 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar ovalet
1 sudu besar susu pekat
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
Pewarna


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Pukul telur, vanila, ovalet, gula sampai kembang gebu dan putih.

2. Masuk susu pekat dan kembali pukul.

3. Masuk tepung dan kacau sampai sebati.

4. Kalau nak warnakan bahagi kan kepada beberapa bahagian 
Warnakan sesukahati mengikut citarasa anda.

5. Akhir sekali, kukus kek apam susu anda selama 45 minit atau sampai masak.



Kredit Resepi  
: Dia Adila


RESEPI ROTI GORENG SOSEJ CHEESE LELEH

ROTI GORENG SOSEJ CHEESE LELEH 

BAHAN - BAHAN

 1 bungkus roti Gardenia
Sosej
Cheese
2 biji telur atau lebih jika nak buat banyak


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Sediakan 2 keping roti.

2. Letakkan cheese dahulu di atas roti

3. Letakkan sosej yang dipotong kecil di atas cheese. Sosej nak potong memanjang pun boleh juga.

4. Tekapkan lagi sekeping roti diatas cheese dan sosej yang telah disusun tadi

5. Pecahkan 2 biji telur di dalam mangkuk atau pinggan dan kacau.

6. Celupkan roti pada telur tadi sehingga sama rata.

7. Panaskan kuali dan goreng.

8. Siap!


Tuesday, May 12, 2020

RESEPI KEK LAPIS BELACAN LUMUT CHEESE


RESEPI KEK LAPIS BELACAN LUMUT CHEESE


BAHAN - BAHAN


LAPISAN KEK BELACAN
 ( BAHAGIAN BAWAH )

170 g mentega asli
50 g gula halus
3 biji telur grad A
95 g tepung pau
100g sri kaya Yeos
100 g susu pekat manis
100g milo
100 g Horlick
1 sb browning sugar
250 g coklat masakan ( dicairkan )
Sedikit asen vanilla

CARA - CARA MEMBUATNYA 
( LAPISAN KEK BELACAN )

1. Mentega dan gula dipukul sehingga kembang

2 .Masukkan telur satu persatu.

3. Masukkan tepung gandum, milo, horlick dan susu pekat. Sebatikan.

4. Masukkan esen vanilla, browning sugar dan coklat masakan.

5 .Kukus satu jam atau sehingga masak.


 LAPISAN KEK LUMUT 
(BAHAGIAN TENGAH)

BAHAN - BAHAN

170 g mentega asli
3 biji telur A
50 g gula halus
90 g roti marie ( dikisar)
1 sudu penuh tepung pau
100 g sri kaya Yeos
100 g susu pekat manis
100 g Horlick
½ botol pandan paste
Sedikit pewarna hijau


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Mentega dan gula dipukul sehingga kembang.

2. Masukkan telur satu persatu.

3. Masukkan susu pekat, sri kaya, Horlick, tepung roti marie, tepung, pandan paste dan pewarna hijau. Sebatikan.

4. Lapiskan ke atas kek belacan yang telah dimasak tadi.

5. Kukuskan 1 jam atau sehingga masak


 LAPISAN KEK CHEESE 
( BAHAGIAN ATAS)

BAHAN - BAHAN

750 g cream cheese
150 g gula halus
3 biji telur A
Sedikit esen vanilla
2 sudu penuh tepung pau
Sedikit pewarna putih


CARA - CARA MEMBUATNYA

 ( Lapisan Kek Cheese )
1. Cream Cheese, esen vanilla dan gula dipukul rata.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan tepung gandum. Sebatikan.
4. Lapiskan di atas kek lumut yang telah masak tadi.
5.Kukus 2 jam atau sehingga masak.

TIPS :
 Sapu acuan dengan marjerin. Lapikkan Loyang dengan kertas minyak bahagian bawah dan bahagian sekeliling acuan supaya senang untuk dikeluarkan dari Loyang apabila kek sudah masak.
Apabila mengukus, tutup loyang menggunakan 'Plastic Wrap'. Untuk mengelakkan wap air masuk kedalam loyang. 
Jika sudah masak, simpan kek ke dalam peti sejuk semalaman. Sila simpan dengan acuan sekali. Ini adalah supaya kek senang untuk dikeluarkan dan kek juga tidak akan jadi kemek dan senang untuk dipotong.


Sumber Resepi :
 Fb page Gigit rangup


RESEPI KEK HORLICK COKLAT

KEK HORLICK COKLAT

BAHAN - BAHAN

10 biji telur
8 oz mentega
200 g horlick coklat
1 gelas gula
1 tin susu manis
3 sudu makan tepong gandum/ hongkong
3 sudu makan browning 


CARA - CARA MEMBUATNYA

1.  Mentega dan gula dipukul sampai kembang kembang

2.  Masuk susu, horlick, tepung dan browning. gaulkan rata

3. kukus 2 jam.


RESEPI AYAM MASAK UNGKEP

RESEPI AYAM MASAK UNGKEP


BAHAN - BAHAN

10 ketul daging ayam
1 batang serai - ketuk
1 keping asam keping
3 helai daun limau purut
air secukupnya
minyak masak secukupnya
garam & gula secukup rasa 


BAHAN KASAR

2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih 
1 inci halia 
1 inci kunyit hidup
2 batang serai 
1sb jintan manis
1sb jintan putih 
1sb serbuk ketumbar
cilipadi hijau 20 biji


CARA - CARA MEMBUATNYA

1.  Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yg telah dikisar. Tunggu sampai pecah minyak. 

2.  Masukkan ayam, daun limau purut dan serai yang diketuk. 

3.  Boleh tambah air ikut suka . Nak berkuah lebihkan air. 

4. Buka api perlahan dan tutup dgn tudung periuk. Sesekali kacau supaya tidak  terhangit.

4.  Lepas tu masukkan garam & gula secukupnya. 

5. Siap 



Kredit Resepi  :
 Atier Syah
#mahn

RESEPI KUAH STIM ALA THAI


RESEPI KUAH STIM ALA THAI


BAHAN - BAHAN

1 kiub bilis atau ayam
1 sudu sos tiram
3 sudu sos ikan
5 sudu gula putih/perang
7 ulas bawang putih ditumbuk halus
2 biji jus limau nipis
2 tangkai daun ketumbar digunting
10-20 cili padi digunting
1/2 cawan air panas

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Sediakan kuali n panaskan air

2. Gaul semua bahan di atas dalam mangkuk berasingan.

3. Tumpahkan samarata ke atas semua bahagian ikan.

4. Stim dalam 10-15 minit

**Resepi ni tak perlukan garam.

kredit Resepi :
 Nadiah Halim MAHN


Sunday, May 10, 2020

RESEPI KEK LAPIS TAN SRI MUHYIDDIN


RESEPI KEK LAPIS TAN SRI MUHYIDDIN


BAHAN A

Butter 480 gm
Cream cheese 150 gm
Gula 200 gm
Ovallate 25 gm

BAHAN B

Telur 10 biji

BAHAN C

Air sejuk 150 gm

BAHAN D

Tepung gandum 300 gm
Tepung roti merry 200 gm
Serbuk santan 1 pax
Baking powder 1 tsp

BAHAN E

Kaya 250 gm
Susu manis 250 gm


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Putar bahan A hingga kembang dan gebu

2. Masukkan bahan B satu per satu putar rata

3. Masukkan bahan C dan gaul sebati

4. Masukkan Bahan D dan putar rata

5. Masukkan Bahan E dan gaul sebati

6. Bahagi adunan kepada 3 bahagian

Bahagian 1
Serbuk ice cream chocolate 100 gm
Chocolate paste 1 tsp
Pewarna hitam

Bahagian 2
Red velvet paste 2 tsp

Bahagian 3
Perisa butter oil 1 tsp
Poppy seed 70 gm
Pewarna putih 2 tbsp

7. Bakar lapis-lapis hingga masak. Suhu 180 dlm 6 ke 7 min selapis ikut oven masing- masing



Kredit Resepi : 
FB Arnab Jed

RESEPI KEK LAPIS SABOK TUN RAZAK


RESEPI KEK LAPIS SABOK TUN RAZAK

BAHAN - BAHAN

10 Biji Telur Ayam
2 gelas Gula Halus
1½ Gelas Tepung Gandum atau Hong Kong
200 gram Horlick
1 Botol Kecil Jem Buah Buahn
½ Tin kecil Susu Pekat
16 oz Butter
½ Gelas Koko


CARA -CARA MEMBUATNYA

1. Pukul Telur dengan Gula Hingga kembang, 

2. Masukkan Mentega , kacau sebati masuk pula susu pekat & jem buah buahan .kacau sebati lagi .. 

3. Kemudian masuk tpg gandum & kacau rata

4. Bahagi adunan 2 bahagian

Bahagian 1 - Letak Horlick  +  Pewarna Kuning
Bahagian 2 - Letak Koko + 1 sudu Browning

Bakar lapis2 hingga masak. Suhu 180 dlm 6 ke 7 min selapis ikut oven masing- masing



Kredit Resepi 
Juliza Ahmat



RESEPI APAM LENGGANG


RESEPI APAM LENGGANG


BAHAN - BAHAN

1 1/2  cawan tepung beras
1/2  cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil yis
7-8 sudu besar gula
1 cawan air
1 cawan santan pekat
1 biji telur


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Campurkan semua bahan kecuali santan..Gaul rata dan perap selama 2-3 jam

2. Masukkan santan dan gaul lagi

3. Panaskan kuali dan griskan minyak pd kuali...ambil 1 senduk adunan dan lenggangkan seperti membuat kuih ketayap

4. Kalo pakai non stick pan tak perlu gris minyak

5. Masak dengan api perlahan...bila dah kekuningan bolehlah digulung atau dilipat dua...

6. Siap. Sedap makan panas - panas.



RESEPI SAMBAL SOTONG SEDAP


RESEPI SAMBAL SOTONG SEDAP


BAHAN - BAHAN

Sotong dibersihkan
Bawang besar dipotong bulat


BAHAN TUMIS

Bawang merah di blend
Bawang putih diblend
Cili kisar
Asam jawa
Garam
Gula
Secukup rasa

Sedikit kicap manis utk mencantikkan sambal


CARA - CARA MEMASAKNYA

1. Tumis bahan kisar,masukkan cili kisar,tumis hingga garing,

2. masukkan pes asam jawa,garam gula secukup rasa,


3. masukkan bawang yg dipotong bulat,masukkan sedikit kicap manis ,

4. last masukkan sotong dan kacau sehingga masak.

5. Siap.



Kredit / Sumber Resepi : 
Rosehayatie


RESEPI COLESLAW MUDAH


RESEPI COLESLAW MUDAH


 BAHAN - BAHAN

1 biji kubis potong dadu
1 btg carrot potong dadu
2 sb bawang holland potong dadu
½ cawan mayonis
⅓ cawan gula pasir
¼ cawan susu full cream (dutch lady)
¼ cawan buttermilk
2 ½ sb perahan lemon
1 ½ sb cuka
½ sk garam 
⅛ sk serbuk lada hitam


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Kubis dan lobak merah potong dadu. Ketepikan.

2. Di mangkuk yang lain, masukkan bawang, mayonis, gula pasir, susu, buttermilk, perahan lemon, cuka, garam, dan blackpepper. Kacau rata.

3. Satukan kubis, lobak merah dan bahan di no 2.

4. Kacau sehingga sebati. Nak lebih sedap, perapkan selama semalaman.


RESEPI PANCAKE KAYA & NUTELLA


RESEPI PANCAKE KAYA & NUTELLA


BAHAN - BAHAN

1 1/2 cwn tepung Gandum
1/2 cwn susu segar
1/2 cwn air
1 sudu teh tepung kastard
sedikit vanilla
1 biji Telur A
1 sudu teh baking powder


CARA - CARA MEMBUATNYA

**Mix dalam blender sehingga sebati

**kemudian, buat pancake mini ( tokey guna sudu sukat besar ).

**lepas tu intikan mengikut citarasa ,  kapitkan

Tips* .. 
Jangan masak pancake sampai terlalu kering.


Kredit Resepi 
: Adri Oppa


Thursday, May 7, 2020

RESEPI AISKRIM OREO


RESEPI AISKRIM OREO


BAHAN- BAHAN

4 Sudu Besar Susu Manis
2 Tin Susu cair
Biskut oreo
Choki - choki ( Ikut Suka )
Bekas aiskrim
Tepung jagung
 Garam


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Didihkan campuran susu cair dan pekat didalam periuk.

2. boleh tambah air jika mahu, ikut tin susu

3. Tambah 2sudu tepung jagung ( untuk melbutkan ) dan sesudu kecil garam ( untuk naikkan lemak )

4. Kacau sehingga didih dan matikan api biarkan suhu turun sebentar.

5. Ambil oreo yang dah dipatah2kan dan masukkan ke dalam bekas aiskrim ( boleh juga kalau nak letak jelly atau choki2).

6. Masukkan kedalam freezer.

7. Siap untuk dihidangkan.



Kredit Resepi :
Instagram  : @hawazman



RESEPI ROTI STEAM HOTDOG CHEESE


RESEPI ROTI STEAM HOTDOG CHEESE


BAHAN - BAHAN

Roti Hotdog Kosong (Panjang )
 Ramly Frankfurter Lembu / Sosej
* nk pakai ayam pun boleh ikut citarasa anda
Cheesedale
Mayones
Sos ( Ikut Suka )


CARA-  CARA MEMBUATNYA

1. Frankfurter direbus dulu dan toskan.

2. Amik roti belah tengah dan sapu kan mayones di dalam

3. Sumbatkan frankfurter tadi di tengah - tengah roti

4. Kerat kepingan cheese jadi beberapa bahagian.
Anggaran besar ikut suka hati. Kalau suka cheese banyak kerat 2 je

5. Lapiskan kepingan cheese di atas frankfurter/sosej tadi.

6. Panaskan air periuk, Kukus smpai menggelegak dan susun roti2 tadi dlm periuk. Pastikan air betul - betul menggelegak dan periuk berwap. * kalau takut roti melekat di periuk boleh letak atas pinggan sebagai alas.

7. Tutup tudung periuk dan kecik kan api. Kukus selama 2 minit paling maksima atau smpai cheese cair n roti panas n lembut.

8. Hasil nya.. Roti Hotdog Steam Berkeju.

* kalau suka boleh tambah sos cili / tomato / blackpepper di atas dan terus makan.


Kredit Resepi :
Kiriman Hamba Allah..