Friday, December 27, 2019

RESEPI KEK LAPIS BOSSKU BUKAN BIASHE - BIASHE


RESEPI KEK LAPIS BOSSKU BUKAN BIASHE - BIASHE


BAHAN - BAHAN

10 biji telur (gred A)
1 cup gula castor
1 sudu mkn ovelet
454gram butter (golden churn / anchor)
250gram cream cheese philadelphia (kluarkan dr peti sejuk sejam sebelum adun)
1 sudu mkn esen vanilla
1 tin rendah susu pekat manis 
1 tin kecil sri kaya
1 paket serbuk santan Cocolin
200 gram horlick
1 sudu mkn baking powder
400gram tepung pau
50gram serbuk koko hitam
400gram nuttela
100gram oreo crumb
Coklat cadburry secukupnya (dipotong2)
Pewarna pink, putih


CARA MENGADUN

1. Pukul butter, gula, ovelet dan esen vanilla hingga putih dan gebu.

2.Kemudian masukkan cream cheese dan pukul lagi.

3. Masukkan telur satu persatu. Pukul lagi sebati.

4. Masukkan susu pekat manis, sri kaya, horlick, serbuk santan dan baking powder. Pukul rata.

5. Masukkan tepung pau sedikit demi sedikit dengan kelajuan yg sederhana.


CARA BAHAGI ADUNAN

1. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Pastikan timbang sama rata.

2. Satu bahagian campurkan dengan nuttela dan serbuk koko hitam.

3. Satu bahagian lagi campurkan dengan pewarna pink dan sedikit pewarna putih ( untuk nampak lebih soft pink)

4. Untuk bahagian nuttela, bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
pastikan timbang sama rata. So, ada bahagian 1 & bahagian 2


CARA MELAPIS / BAKAR

1. Ambil satu cawan adunan nuttela bahagian 1. Bakar dengan suhu 160°c, api atas bawah.
Kemudian lepas 5 minit, tukar kepada api atas sahaja.

2. Taburkan coklat cadburry yang telah dipotong kecil ke atas lapisan nuttela.
Tabur utk setiap 2 lapisan. Bakar bahagian 1 hingga habis. Anggaran ada 5 lapisan.

2. Kemudian bakar lapisan pink hingga habis. Taburkan oreo crumb di setiap lapisan pink. 

3. Ambil bahagian 2 adunan nuttela tadi, Bakar seperti bahagian 1.
Bakar dalam anggaran 5 lapisan juga. Taburkan coklat cadburry utk setiap 2 lapisan.

Setelah siap, tunggu hingga kek sejuk barulah dikeluarkan dari loyang


Kredit Resepi : 
Nurul Rafida Yunus

RESEPI KEK LAPIS BATEK PELANGI


RESEPI KEK LAPIS BATEK PELANGI
loyang 8.5


BAHAN - BAHAN

500gm Pure Butter
60gm gula castor
1sbm ovelette
400gm cream cheese
350gm susu pekat manis
10 biji telur gred AA
250gm horlick
100gm nestum cerelac
270gm tepung Hong Kong/pau
100gm ice crean vanilla ( less sweet)
2sdm lemon juice
1 buku cheddar cheese
pewarna putih, kuning, pink,turqouse, purple 


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Butter, gula, ovelette, susu pekat, cream cheese pukul hingga putih kembang gebu.

2. Masukkan telur satu satu.sebatikan

3. Masukkan horlick,nestum cerelac,tepung Hong Kong dan ice cream vanila powder.sebatikan..

4. Last masukkan lemon juice 2 sudu makan.
5. Bahagikan adunan utk warna putih 6 lapisan, asingkan 960 gm
tiap lapis 160gm

Selebihnya bahagi 4 warna lagi putih pink,putih kuning,putih purple,putih turqoise.
4 warna tadi masukkan ke@dalam piping bag.

Lapiskan adunan putih 3 lapisan dan bakar sampai masak
 ** jgn sampai kuning 
kemudian parut cheddar cheese tiap lapisan putih.
lapis lagi  2 lapisan..

Untuk adunan berwarna
Celorengkan piping bag berselang seli. sampai habis.
balas@lawan tiap lapisan warna(ikut gambar) baru lapisan putih lagi 3 lapisan.



Kredit Resepi : 
Nurul Haniza Mohamad /ig Norul kitchen


RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARI


RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARI

BAHAN - BAHAN


BAHAN A

5 ulas bawang merah
3-4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1/2 tbsp belacan
Segenggam cili kering rebus
Daun kesom segenggam

BAHAN B

Ikan pari
Asam jawa
Daun kesom
Bunga kantan
Bendi
Serai
Lada hitam
Garam


CARA MEMASAKNYA
.
1. Kisar bahan A dan tumis sehingga pecah minyak.

Tips: Kisar bersama daun kesom tanpa batang untuk lebih sedap.
.
2. Setelah pecah minyak, masukkan bahan B.
.
3. Setelah ikan pari masak. Sedia dihidang.



Kredit Resepi:
 Seminit Resepi

RESEPI SEMPERIT DAHLIA CUKATAN CAWAN SEDAP


RESEPI SEMPERIT DAHLIA CUKATAN CAWAN SEDAP


BAHAN - BAHAN

1 cawan mentega /butter
1 cawan gula kisar
2 biji kuning telur
2 cawan tepung jagung @ tepung kastad
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
2 sudu teh pewarna kuning ( kalau dah guna tepung kastad tak payah letak)
1 sudu teh esen vanila
hirisan buah ceri merah /hijau untuk hiasan


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Putar gula dan mentega.

2. Kemudian campurkan telur dan esen vanilla.

3. Ayak ketiga-tiga tepung.

4. Campurkan sedikit demi sedikit bahan yang diputar.

5. Uli sampai sebati.

6. Tambah tepung jagung jika masih lembik

7. Sapu dulang dengan butter

8. Masukkan doh dalam acuan semperit dan tekan doh ikut bentuk Bunga Dahlia.

9. Panaskan oven dengan suhu 150  darjah celcius dalam 30 minit atau lebih hingga masak.


Petua Supaya Bunga Biskut Semperit Tak Rebah

Rehatkan dulu biskut yang sudah diterap dalam setengah jam sebelum masuk ke dalam oven atau
Masukkan doh ke dalam peti ais dalam setengah jam sebelum di terap menggunakan acuan semperit.
Hanya masukkan kuning telur sahaja dan jangan campurkan putih telur.
Kalau mix atau putar doh jangan sampai overbeat.
InsyaAllah berhasil dapat biskut semperit Dahlia yang cantik.



KREDIT RESEPI:
Seminit Resepi
Page FB : Resepi Masakan Melayu