Tuesday, November 26, 2019

RESEPI SARDIN MASAK TERUNG ASAM


RESEPI SARDIN MASAK TERUNG ASAM


BAHAN - BAHAN

 1 biji terung Asam
1 tin kecil Sardin brand smiling fish pedas
1 batang serai
Halia Dan bawang Putin


CARA - CARA MEMASAKNYA

1. Panaskan kuali. Tuang sesudu kecil minyak masak. 

2. Tumiskan serai,halia Dan bawang Putih hingga naik bau.

3. Masukkan terung asam ( dipotong sesaiz jejari). Goreng Dan Gaul terung dengan tumis sehingga garing sedikit. 

4. Tuang secawan air Dan masak hingga mendidih. 

6. Masukkan isian tin sardin tunggu hingga pekat. Tambah secukup rasa sedikit.

7. Sedia untuk dihidang.



Original resepi Dari chef  Priscillaent 


RESEPI SUP SESUMPAH A.KA SUP CENDAWAN

 

 RESEPI SUP SESUMPAH A.KA SUP CENDAWAN

BAHAN - BAHAN

1 Ketul dada ayam
 ( Direbus bersama halia dan bawang putih.
isi ayam dipotong kecil - kecil ,
air sup dibiarkan seketika utk dijadikan kuah sup)

Sebungkus Jejari ketam
(potong kecil - kecil)

Cendawan butang anggaran 1 bungkusan kecil 
(direndam n dihiris halus-halus)

3 biji telur 
(dipukul)

Tepung Jagung anggaran 6 sudu 
( Dibancuhkan dengan air dalam mangkuk )

BAHAN - BAHAN PERASA

Sos tiram,
kicap
lada
kiub ayam 
( Sediakan secukup rasa ) 



CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Panaskan air sup dan tambahkan lagi air ikut kuantiti yang dikehendaki,

2. Setelah air sup mendidih masukkan semua bahan-bahan yg telah disediakan,

3. Masukkan *Bahan - bahan perasa  dan barulah masukkan tepung jagung..

4. Tunggu sup betul-betul mendidih dan sebati.

5. Tutupkan api dan curahkan telur perlahan - lahan dan adunkan sup.

6. Siap


SELAMAT MENCUBA.



RESEPI OTAK - OTAK


RESEPI OTAK - OTAK


 BAHAN - BAHAN
 (Hidangan untuk 30 keping): 

300 gm ikan tenggiri 
2 sudu besar santan pekat 
1 biji telur ayam 
1/4 cawan tepung ubi 
garam dan gula secukup rasa 


BAHAN - BAHAN
( Sambal )

3 sudu besar cili 
2 ulas bawang putih 
1 inci belacan 
1 biji buah keras 
1/2 inci halia 
1/2 inci kunyit 
1/2 inci lengkuas 
1 batang serai dihiris 
1 sudu besar rempah kari ikan 
1 sudu besar air asam jawa 
Sedikit minyak untuk menumis 
1/4 cawan air 


BAHAN - BAHAN 
( Untuk membungkus )

Daun kelapa 
Lidi 


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Mula-mula masukkan bawang putih, belacan, buah keras, halia, kunyit, lengkuas, serai, rempah kari ikan, cili, air asam jawa dan air ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga halus. Kemudian tumis dgn minyak sehingga mendidih dan ketepikan seketika 

2. Kisar isi ikan sehingga halus dan campurkan bersama santan pekat, tepung ubi, telur,sedikit air,garam, gula serta bahan-bahan sambal. Gaul sebati. 

3. Selepas itu, ambil satu sudu besar isi ikan masukkan ke dalam daun kelapa. Kemudian kepitkan dgn lidi di kedua-dua hujungnya dengan kemas. Langkah ini diulangi sehingga semua adunan habis. 

4. Bakar di atas arang hingga daun nampak garing dan otak-otak masak 

5. Otak-otak sedia untuk dihidang. Ia boleh juga dimasukkan ke dalam petisejuk beku jika ingin disimpan lama.



Kredit  Resepi : 
iCookAsia