RESEPI MI KOLOK
BAHAN - BAHAN
2 gulung mee sanggul
100g daging lembu yang telah direbus (dihiris nipis)
Air secukupnya
Sedikit garam
3 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil sos ikan
2 sudu besar kicap
1 sudu besar serbuk lada hitam
½ cawan taugeh Sedikit daun sup (dihiris halus)
CARA - CARA MEMBUATNYA
1. Masukkan air dan garam ke dalam kuali, kemudian rebus yee mee sehingga lembut
2. Sementara itu, panaskan minyak di dalam kuali, masukkan bawang putih dan tumis sehingga garing
3. Masukkan mee yang telah ditoskan bersamaan dengan cuka, sos ikan dan sedikit garam. Kacau rata dan ketepikan dahulu.
4. Di dalam kuali yang lain, panaskan sedikit minyak, masukkan daging bersama kicap, serbuk lada hitam dan sedikit garam
5. Untuk menghidang, gaulkan mee dengan sedikit kicap dan kacau rata. Kemudian letakkan taugeh, daging dan daun sup di atasnya.
6. Siap!
Kredit Resepi :
Page FB iCookAsia
Page FB iCookAsia
No comments:
Post a Comment