Friday, March 16, 2018

RESEPI LEPAT LIAT TOK MANEH 1960an

RESEPI LEPAT LIAT TOK MANEH 1960an

BAHAN - BAHAN

1. 1 Kg tepung pulut
2. 3 cawan Gula merah
3. 2 1/2 cawan gula pasir (terpulang kalau nk manis letak lebih)
4. 3 biji kelapa (perah amik santan )/ 5 cawan 
5. Sedikit garam
6. Daun pandan

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Campur gula merah, gula pasir,  santan , garam & daun pandan dan masak sehingga mendidih. Dah mendidih tutup api. Biarkan sejuk. Dah sejuk tapis.

2. Masukkan tepung dalam besen, kemudian masukkan bahan2 yg dimasak td (No 1). Kacau sampai hancur semua tepung tu.

3. Balut dalam daun pisang (daun pisang kena sapu minyak supaya x melekat) lepas tu kukus 15-20 minit.

Siap...

Selamat mencuba...

KREDIT :
Fb Resepi Viral

Wednesday, March 14, 2018

RESEPI ACAR BUAH

RESEPI ACAR BUAH

BAHAN-BAHAN

1 bungkus kecil buah kana
1 bungkus buah asam manis
1 bungkus buah asam bulat
1 bungkus buah asam kuning
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
½ mangkuk kecil cili boh
1 sudu makan cuka
1 sudu teh gula merah
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Halia dihiris, semua buah-buah asam dibasuh dan toskan airnya.

2. Bawang merah dan bawang putih dikupas kulitnya dan dipotong kecil-kecil.

3. Panaskan minyak dalam periuk setelah itu tumiskan halia, cili boh, bawang merah, bawang putih, gula dan cuka sambil dikacu hingga rata.

4. Akhir sekali masukkan buah-buahan kering, garam, gula merah dan serbuk perasa secukup rasa. Bila telah kering bolehlah diangkat.

Kredit Resepi :
FB Resepi Budak Comel

RESEPI SAMBAL BELACAN BELIMBING

RESEPI SAMBAL BELACAN BELIMBING

BAHAN-BAHAN

5 Biji belimbing
Secubit ikan bilis
1ulas bawang besar
19 biji cili api
1 atau 2 Biji cili merah
Belacan
Garam secukop rase(time blend @ tumbuk baru letak)

CARA MEMBUATNYA

1. Goreng semua nya sampai layu atau bertukar warne

2.Kemudian boleh di blender ikut citarase masing-masing  ataupun kalau nak kasar-kasar blend sekejap saja atau kalau rajin tumbuk.

Kredit resepi:
Fb Amurosodah Abdullah

Monday, March 12, 2018

RESEPI HONEY GARLIC CHICKEN WINGS

RESEPI HONEY GARLIC CHICKEN WINGS

BAHAN-BAHAN

10 - 12 kepak ayam (dipotong drummet)
1 biji telur
2 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh lada hitam

BAHAN SOS

7 sudu kicap manis
8 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
4 sudu madu
7 sudu sos cili
5 sudu sos tomato

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Perap kepak ayam bersama telur, tepung jagung, tepung gandum, garam, serbuk cili, dan lada hitam.
2. Goreng ayam.
3. Didihkan kicap manis, bawang putih, madu, sos cili, dan sos tomato.
4. Salut ayam goreng bersama sos

Tips:
1. Jika mahu rasa yang lebih umph, ayam yang telah disalut boleh dibakar di dalam ketuhar selama beberapa minit.

Sumber resepi: Mama G

RESEPI SUP TULANG THAI

RESEPI SUP TULANG THAI

BAHAN-BAHAN

1kg tulang dan daging lembu
(rebus)
1 btg saderi (hiris)
3 helai daun limau purut( buang urat tgh, sbb x nak kuah jdi pahit)
1 labu bawang Holland (hiris)
1 btg serai (ketuk)
1 btg lobak (potong ikut suka)
3 biji kentang (potong)
2 biji tomato (belah 4)
Cili padi (ikut nak ltk berapa)
Bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga

BAHAN TUMBUK :

Bawang Putih/merah/halia/lada hitam/ketumbar/jintan manis

** Daun ketumbar dan lime juice

CARA CARA MEMASAKNYA

1.Rebus 1kg tulang dan daging sehingga empuk.

2.Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk dan masukkan 2 sdb rempah sup, (saya guna rempah mak Siti), masak sehingga naik bau .

3.Kemudian masukkan bahan tumis tadi kedalam air rebusan tulang,masukkan 3 sekawan, masukkan lobak, kentang, serai, daun saderi, cili api, bawang Holland. Biarkan mendidih sehingga kentang n lobak empuk.

4.Kemudian masukkan tomato, dan garam secukup rasa . siap .

5.Boleh tabur dgn daun ketumbar dan perahan lime juice .

Kredit Resepi :
Fb Resepi Dari Isteri Untuk Suami Tercinta.

RESEPI PUDING TEMBIKAI

RESEPI PUDING TEMBIKAI

BAHAN A

1paket agar2 tali
200gm gula
30gm gula batu
1800ml air
Sdikit garam

BAHAN B

1 tin susu cair
1 cawan susu pekat
2 keping roti gardenia
2 biji telor
2sudu makan tepung kastad
*blend semua shingga hancur*

CARA CARA MEMBUATNYA

Masak bahan A hingga agar2 hancur..

Kemudian msuk bahan B yg telah diblend..

CARA MELAPIS

600gm puding-hijau
500gm puding-warna asal
Selebih puding-merah+sedikit bijan hitam
*pastikan lapisan bawah keras sdikit sblm letak lapisan strusnya*

Kredit Resepi :
Fb G yuzi gee via mahn

RESEPI KEK CAWAN BASIC

RESEPI KEK CAWAN BASIC

BAHAN-BAHAN

250g mentega
250g gula kastor
250g tepung naik sendiri
4biji telur
4 sudu teh susu
Sedikit garam.

CARA-CARA MEMBUATNYA

1- Panaskan oven pada 190⁰C
2- Masukkan mentega ke dalam mangkuk besar dan pukul hingga kembang. Kemudian masukkan gula, garam, tepung, telur dan susu, dan pukul hingga adunan menjadi lembut.
3- Dengan menggunakan sudu, masukkan adunan ke dalam cawan kertas yang dah disediakan.
4- Masukkan ke dalam oven, bakar untuk 15-20 minit hingga kek masak.
5- Keluarkan dan sejukkan dahulu sebelum menghias dengan topping.

Penambahan Perisa:

1- Coklat – Kurangkan 2 sudu makan tepung dari jumlah asal dan gantikan dengan 2 sudu makan serbuk koko.
2- Kopi – Gantikan susu dengan 2 sudu makan serbuk kopi segera (bancuh dengan 4 sudu makan air panas)
3- Lemon – masukkan sedikit parutan kulit lemon dan gantikan susu dengan 4 sudu makan jus lemon
4- Vanilla – masukkan sedikit esen vanilla.

Kredit Resepi:
Fb Resepi Anak Mama.

RESEPI JAGUNG CHEESE LELEH

RESEPI JAGUNG CHEESE LELEH

BAHAN-BAHAN

4 tongkol jagung
1 tin susu cair ( sy guna fresh milk Dutch lady)
2 sudu b susu pekat (klau nak manis bole + )
2 sudu b planta /buttercup
Garam
Lada sulah
4 keeping Cheddar

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.Masukkan semua bahan dalam periuk

2.biar mendidih siap nak wangi letak daun pandan.

kredit resepi:
Siti Nabilah Jamaluddin MAHN

RESEPI PULUT KUNING

RESEPI PULUT KUNING

BAHAN-BAHAN

1 kg beras pulut
2 1/2 cawan santan pekat ( saya letak 70% santan beli da siap + 30% air dlm sukatan 1 cawan )
2 keping asam gelugur
1 sdb serbuk kunyit
1/2 sdb gula
Dlm 2 sdt garam ( agak2..uolls rasa la )
1 helai daun pandan
Daun pisang utk alas pengukus

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Cuci beras pulut. Rendam dlm air bersama asam keping dan serbuk kunyit tadi. Rata2 beras agar serbuk kunyit sekata. Rendam sekurang2 tiga jam.

2. Cukup masa..panaskan alat pengukus. Saya guna loyang je kukus dlm kuali besar. Alas daun pisang pada loyang.

3. Tos air beras tadi..buang asam gelugur. Letak beras pulut dlm loyang..simpulkan daun pandan letak dlm beras. Kukus selama 20 minit.

4. Cukup 20 minit..keluarkan beras tadi..ketepikan seketika. JGN MATIKAN API DAPUR PENGUKUS KERANA PULUT AKAN DIKUKUS UTK KALI KE2.

5. Campurkan gula dan garam dlm santan..panaskan seketika atas dapur. Jgn smpi mendidih..sekadar masak sekejap. Tujuan agar pulut kuning nanti tahan lama x basi cepat.

6. Gaulkan santan tadi dgn pulut..gaul sedikit demi sedikit smpi semua santan sebati dgn pulut. Biarkan ia rehat dlm 10 minit.

7. Cukup 10 minit..kukus semula pulut selama 30 minit...SIAP.

Kredit Resepi : Roszana Ismail

Sunday, March 11, 2018

RESEPI CONGO BARS

RESEPI CONGO BARS

Bahan-bahan:

-.250g mentega
- 200g gula perang
- 3 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 2 3/4 cawan tepung serbaguna
- 1 sudu kecil baking powder
- 1/2 cawan cip coklat

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Pukul gula perang dan mentega.
2. Masukkan telur satu persatu. Gaul.
3. Masukkan esen vanilla. Gaul.
4. Masukkan tepung serbaguna dan baking powder. Gaul.
6. Masukkan cip coklat. Gaul.
7. Masukkan ke dalam loyang dan ratakan.
8. Tabur lebihan cip coklat.
9. Bakar 40 minit dengan suhu 180°C.
10. Siap untuk dihidang!

Kredit Resepi :
Fb Kuali Terbalik

Thursday, March 8, 2018

RESEPI KEK MILO VIRAL SEMUDAH ABC

RESEPI KEK MILO VIRAL SEMUDAH ABC

BAHAN-BAHAN

1. Milo dua cawan
2. Gula satu cawan
3. Tepung dua cawan
4. Susu 1/2 cawan
5. Minyak 1/2 cawan
6. Telur 3 biji

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Masukkan kesemua bahan tersebut dan kacau sehingga sebati.

2. Bakar 5 minit & kukus 15 minit

Kredit.
Fb Resepi Viral Terbaik.

RESEPI KUIH PENYARAM ATAU CUCUR JAWA

RESEPI KUIH PENYARAM ATAU CUCUR JAWA

BAHAN-BAHAN

1. Tepung gandum 1kg
2. Tepung beras 500gm
3. Gula 1kg
4. Air pandan
5. Santan 200ml
6. Air 350ml ( secukupnya )

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.Gaul tepung gandum & beras letak air biar adunan jadi pekat likat.

2. Lepas tu tambah gula,santan & air pandan perlahan-lahan sehingga adunan sebati.

3.Adunan tak nak terlalu cair @ terlalu pekat..

4.Resepi  saya guna daun pandan. Jgn lupa blend dulu daun pandan & tapis ambik air pandan je.Nak letak pewarna hijau no problem.

Nak guna gula melaka pun boleh.

P/s kalau nak tepi kuih korang nampak cantik tambah la gula segenggam dua.

Selamat mencuba!

KREDIT
Fb Mrss Ct

Tuesday, March 6, 2018

RESEPI DRAGON FRUIT CREPE

RESEPI DRAGON FRUIT CREPE

BAHAN CREPE

225 gm buah naga
187 gm tepung serbaguna
50 gm gula pasir
1/2 tsp garam
358 ml-473 ml susu
4 biji telur besar
1 tbsp esens vanila
Minyak

BAHAN WHIPPED CREAM

225 gm keju mascarpone
100 gm gula pasir
473 ml krim putar
1 biji vanila segar

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Potong buah naga, memanjang. Kisarkan buah naga sehingga menjadi jus.

2. Tapiskan jus buah naga. Buang biji. (Harusnya menghasilkan 1 gelas jus buah naga.)

3. Dalam mangkuk besar, campurkan tepung, gula dan garam.

4. Dalam mangkuk lain, campurkan jus buah naga, susu, telur dan esen vanilla.

5. Perlahan tuangkan campuran basah ke dalam campuran kering dan aduk rata. Jika terlalu kental, tambahkan susu.

6. Ratakan minyak dalam non-stick pan. Panaskan pan di atas api sedang dan masukkan 2-3tbsp adunan.

7. Dengan cepat, ratakan adunan ke seluruh pan. Masak sampai bahagian hujungnya agak kecoklatan dan bahagian tengahnya mengering.

8. Pindahkan crepe ke piring hingga sejuk sepenuhnya.

9. Terus masak crepes sampai semua adunan habis.

CARA MEMBUAT WHIPPED CREAM MASCARPONE

1. Dalam mangkuk standing mixer, masukkan mascarpone dan gula, gaul sedang sehingga rata, gosok ke bawah sisi mangkuk jika perlu.

2. Seterusnya, masukkan whipped krim dan vanilla. Dengan kelajuan rendah, gaul krim sampai mengental, lalu tingkatkan kelajuan ke sedang-tinggi sampai kaku.

CARA MENGHIAS KEK.

1.Lapiskan crepe dengan whipped cream dan ulang langkah ini sehingga habis semua lapisan crepe.

2. Salut seluruh kek coklat crepe dengan whipped cream.

3.Sedia dihidangkan

Kredit: Fb DudutTv

Monday, March 5, 2018

RESEPI ICE MILK GREEN TEA

RESEPI ICE MILK GREEN TEA

Bahan-bahan:

1. Serbuk Teh Hijau (Chatramue Brand)
2. Susu Sejat (krimer cair)
3. Susu Pekat Manis
4. Gula
5. Ais batu

Cara-cara:

1. Masukkan serbuk teh hijau (setengah sudu cukup) ke dalam gelas plastik (kalau ada).

2. Tuang air panas setengah gelas dan kacaukan.

3. Kemudian tapiskan. Ambil air yang telah ditapis tadi tambah lagi air panas sehingga 180ml.

4. Masukkan gula 2 sudu besar, kacaukan

5. Masukkan 2 sudu susu pekat dan kacau lagi..

6. Kemudian asingkan ke dalam bekas yang lebih besar dari gelas tadi haha. Tak tukar pun takpe kalau gelas tadi dah besar.

7. Masukkan ais batu. Pastikan ais batu dipecah kecik-kecik. Kalau beli ais cube tu pecah-pecahkan. Masukkan ais batu sampai penuh.

8. Last sekali tuang susu sejat (krimer) kat atas sekali. Yang ni aku takde sukatan. Ikut suka. Jangan banyak sangat kang hilang green tea nanti.

9.Maka dengan itu SIAP lah....

Kredit
Feedy Via Resepi Menantu.

Thursday, March 1, 2018

RESEPI LEMPENG KELAPA

RESEPI LEMPENG KELAPA

BAHAN-BAHAN

2 cawan tepung gandum
1/2 biji kelapa muda parut putih
2 cawan air biasa
(agak2 kurang boleh tambah air)
Sedikit garam

CARA-CARA MEMBUATNYA.

1.Campurkan semua bahan. Adun Rata mengikut kepekatan masing masing.

2.Siap untuk dimasak di atas pan tau kuali.

Nota.
lempeng ni kami tak letak telur..ikut cara Mak kami..nak letak telur pon boleh.

Kredit:
rosehayatie via Fb Resepi Viral Terkini.