Sunday, September 12, 2021

RESEPI KERUTUK AYAM

RESEPI KERUTUK AYAM.

1/2 ekor ayam (potong ikut suka, bersihkan n tos)
1 cawan santan
2 sudu kerisek
7 tangkai cili kering.
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
1 batang serai
Rempah 4 sekawan (cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
1/2 bungkus rempah kerutuk adabi
1/2 bungkus rempah kari adabi
Air
Minyak
Garam
Gula melaka/gula gerek (ikut citarasa, nak manis lebihkan sikit)


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili kering di blender...
(rebus dahulu cili kering.)

 2.Panaskan kuali, masukkan minyak, tumis bahan yang dikisar...

3. Masukkan sekali rempah 4 sekawan, kemudian masukkan gula melaka/gula gerek (supaya bahan tumisan cepat garing)...

4. Bila bahan dah garing, masukkan rempah kari dan rempah kerutuk....

5. Masukkan sedikit air, kacau, kemudian masukkan ayam.

6. Gaulkan. Masukkan kerisik dan santan.

7. Kacau sampai pekat dan agak kering.

8. masukkan garam secukupnya...rasakan dan ikut kepekatan kuah masing - masing.

9. Siap.

Kredit Resepi : 
Nim Nazihah


RESEPI ROTI DONUT BOLA

RESEPI ROTI DONUT BOLA

BAHAN - BAHAN

1 peket yis mauripan
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
3sb gula ( nak manis boleh tmbah gula ikut suka manis tahap mana)
3sb susu pekat
2sb marjerin
1biji telur
Gula halus @ gula aising ( untuk gaul donut nanti)


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Cairkan marjerin. bila dah sejuk tambah telur pukul sikit ketepikan.

2. Gula dan susu pekat disatukan dalam air suam kacau hingga larut masukkan yis kacau lagi biarkan dalam 10 minit.

3. Selepas 10 minit yis akan naik berbuih- buih. masukkan marjerin yang dah bercampur dengan telur kacau.

4. Selepas tu boleh masuk kan bahan-bahan semua ke tepung gandum uli sampai jadi doh.

5. Dah jadi doh, rehatkan doh dalam 30 minit.

6. Dah rehatkan doh, uli tumbuk-tumbuk bagi buang angin selepas tu boleh buat bentuk bulat macam bola susun dalam dulang secara  jarang- jarang. ( taburkan tepung sikit ).

7. Dah siap bentukkan bulat-bulat. biarkan dalam 10-15 minit bagi kembang elok baru goreng.

8. Goreng dalam api yang serdahana.

9. Dah siap goreng gaulkan dengan gula halus @ gula aising, 

10. siap.


Kredit resepi
: Nur Aien

RESEPI PAU KUKUS GEBUS


RESEPI PAU KUKUS GEBUS


BAHAN-BAHAN:

250 gram tepung pau baker choice
3 sudu besar gula castor
1 sudu susu pekat
1 sudu teh rata baking powder royal
1/2 cawan air klu doh keras tmbah sikit lgi air
5 gram instant yis
1 sudu besar penuh shortening
1/4 sudu garam halus
1/2 sudu teh krim super(JJ guna Rfb)


CARA - CARANYA : 

1. Ayak tepung gandum dengan baking powder.

2. Campurkan yis dan shortening masukkan dalam mixer. 

3. Larutkan air dengan susu gula dan garam halus masukkan air dalam mixer.

4. Uli dalam 10 minit biar doh licin dan masukkan krim super. Uli dalam 5 minit dan boleh timbang doh 25 atau 30 gram .

5. Leperkan dan letak inti coklat dan kemaskan. Biar doh naik dalam 15 minit baru di kukus.

6. Kukusan yang sudah mendidih kecilkan api dan biarkan 5 minit baru letak kukusan dan penutup kukusan hendaklah di balut dengan kain.. Kukus selama 7 minit. Turunkan periuk kukusan kebawah baru di buka penutupnya untuk elak pau berkedut...

Tips:  Dalam air kukusan masukkan daun pandan untuk aroma pau okay.



Kredit Resepi : 
Rofiesyah jaafar