Tuesday, February 23, 2021

RESEPI DAGING MASAK HITAM

RESEPI DAGING MASAK HITAM


BAHAN - BAHAN

1 kg daging (dipotong nipis)
3 ulas bwg merah (dihiris)
2 tangkai daun kari
2 ulas bawang putih (dihiris)
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1/2 cawan kicap pekat
air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa 
Minyak masak untuk menumis
Bahan Kisar
4 biji bawang besar
3 inci halia
4 ulas bawang putih
20 biji cili kering
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih


CARA - CARA MEMASAKNYA

1. Panaskan minyak masak. 

2. Tumis bahan hiris,daun kari, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. 

3. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing & terbit minyak. 

4. Masukkan daging, air secukupnya & renih sehingga daging empuk. 

5. Masukkan kicap pekat, air asam jawa & garam secukup rasa. Biar kuah agak pekat & secukup rasa. 

6. Bila daging cukup empuk bolehlah hidangkan. 

**sekiranya daging tak cukup empuk... boleh tambahkan lagi air & masak lagi hingga kuah agak kering.

Selamat mencuba

Kredit :  Resepi Ummi

RESEPI MASAK BLACK PEPPER CENDAWAN

RESEPI MASAK BLACK PEPPER CENDAWAN


BAHAN - BAHAN

Ayam separuh – dipotong
1/2 pack cendawan segar – potong
4 batang celeri – potong serong 
Sayur pilihan (sy letak kacang panjang)
1 inci halia – dihiris nipis
2 biji bawang besar – potong empat
5 ulas bawang putih – hiris nipis
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu kecil minyak bijan
2 sudu kecil kicap manis
2 sudu kecil sos tiram
4 sudu besar minyak masak
Tepung jagung secukupnya
garam dan gula secukup rasa


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Gaulkan ayam dengan garam,sos tiram dan goreng sampai separuh masak.Kemudian angkat dan ketepikan.

2.Tumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau dengan menggunakan minyak ayam tadi, kemudian masukkan serbuk lada hitam dan kacau sehingga sebati.

3.Kemudian masukkan ayam dan kacau seketika.

4.Selepas itu,masukkan pula cendawan, celeri, sayur, minyak bijan, sos tiram dan kicap manis kemudian kacau sehingga cendawan menjadi sedikit layu.

5.Tuang sedikit air,agak-agak je,kemudian masukkan sedikit pes tepung jagung supaya kuah menjadi pekat.

6.Akhir sekali,perasakan dengan gula dan garam secukupnya.


Sumber Resepi : 
Watie Muhtar

RESEPI PHAD KRA PHAO

RESEPI PHAD KRA PHAO


BAHAN - BAHAN

Ayam *cincang halus 
5 Sudu Besar Sos ikan
2 Sudu Besar Kicap
1 Sudu Kecil Secukup rasa
2 Sudu Besar Gula
Daun selasih / basil leaves secukupnya

BAHAN TUMBUK

1 labu besar Bawang merah 
4 Ulas Bawang putih 
8 Biji Cili api merah 


CARA - CARA MEMBUATNYA

1.  Panaskan minyak .

2. Masukkan bahan tumbuk. kacau-kacau hingga agak layu sikit 

3. Masukkan ayam cincang.

4. Kemudian masukkan kicap , sos ikan , 
Secukup rasa , gula dan daun selasih . 

5. Kacaukan sampai ayam masak dan cukup balance semua rasa .

6. Siap


#sayahalalkanresepi

Sumber Resepi: 
Azwa Muhammad


Tuesday, February 2, 2021

RESEPI KUIH TART DAUN

RESEPI KUIH TART DAUN


BAHAN - BAHAN

1 ketul mentega farm cows ( sejuk dr chiller)
 20 gm gula ising
1 sdb minyak sapi
 1 sdt esen vanilla
 1 biji kuning telur ( dr peti sejuk) 
 2 sdb tepung jagung 
 Tepung gandum secukupnya ( tuang sikit2 sehingga doh tidak terlalu lekat di tgn) 
2 biji kuning telur dan sedikit pewarna kuning 


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Keluarkan farm cows dr peti dan potong-potong supaya cepat lembut tetapi bukan sampai cair ya 

2. Kacau/gaul dengan wisk atau senduk bila masukkan minyak sapi hingga sebati 

3. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Dan kacau lagi .

4. Masukkan gula ising dan tepung jagung 

5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.. Sehingga doh tidak melekat di tangan 

6. Timbang inti jem nenas 5gm..  Dan doh pastry pula 8gm.. Penyekkan doh dan letak inti ditengah - tengah dan tutup dengan doh pastry ( mcm buat kuih koci tu ya) 

8. Gunakan penyepit kuih bangkit. Dan flower lifter untuk ambil inti ( jem nenas)  supaya jari tidak melekit - melekit

9. Dah siap susun sapukan dengan kuning telur + setitis pewarna kuning dan bakar dgn suhu 120°c ( soner oven)  atau 150°c api atas bawah..

Tips
1.tidak digalakan menggunakan butter yg cair sbb ini akn menghasilkan tart yg berminyak selepas dibakar .
2. Doh pastry boleh disimpan di dlm chiller/peti sejuk sekiranya tidak habis atau nk sambung semula diwaktu yg lain . Simpan didlm bekas yg bertutup.  Biarkan di suhu bilik bila nk gunakan semula. 
3. Tidak menggunakan tepung kastard supaya tidak terlalu lembut dan shape daun tu tidak berubah atau kembang selepas dibakar.

Kredit Resepi : 
Auni Azalia 


RESEPI AYAM MASAK THAI PADU & KAW

𝗥𝗘𝗦𝗜𝗣𝗜 𝗔𝗬𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗦𝗔𝗞 𝗧𝗛𝗔𝗜 𝗣𝗔𝗗𝗨 & 𝗞𝗔𝗪!


BAHAN A ( WAJIB )

10 ketul bahagian ayam yang telah digoreng
1 biji bawang besar dipotong bulat
2 batang serai dititik
Daun limau purut
Garam secukupnya
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
Minyak
Sedikit air

BAHAN B ( KISAR )

3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 biji cili merah
3 biji cili hijau
2 biji cili api


CARA - CARA MEMASAKNYA

1. Masuk semua bahan-bahan untuk dikisar dalam blender dan kisar halus

2. Gaul ayam bersama serbuk kunyit.

3. Panaskan minyak. Goreng separuh masak. Ketepikan ayam.

4. Keluarkan minyak gorengan ayam, tinggal dalam anggaran 2 senduk.

5. Tumis serai sehingga naik baunya, dan kemudian masukkan bahan kisar halus. Kacau sehingga pecah minyak dan warna bertukar sedikit gelap. Anggaran 10 minit.

6. Masukkan separuh daun limau purut yang dibuang tulang tengah daunnya. 

7. Kacau sampai naik bau daun limau purut.

8. Masukkan ayam goreng separuh masak tadi, diikuti sos cili, sos tiram dan tambah sedikit air supaya berkuah. Tutup sekejap supaya ayam masak dan meresap kuah.

9. Tambah baki lagi separuh daun limau purut.

10. Masukkan sedikit gula melaka dan garam secukup rasa.

11. Tambah hirisan bawang Holland. Kacau sampai layu.

12. Tutup api. Perah jus limau nipis ke dalam masakan, perah sikit dulu dan rasa. Kalau kurang masam boleh tambah lagi dan kacau sebati.

13. Hias dengan taburan daun limau purut dan hirisan cili merah. Sedap dimakan dengan nasi putih panas.

Tips:
**Perahan limau haruslah ditambah setelah tutup api. Jangan masuk awal sangat nanti pahit dan sedap rasanya.
**Masukkan perahan limau sedikit, rasa dulu. kalau kurang masanya boleh perah sedikit lagi.
Kalau nak lebih berkuah, boleh lebihkan bahan-bahan kisar dan tambah lebih air supaya berkuah.


KREDIT RESEPI:
 CHENOM