Saturday, September 14, 2019

RESEPI NASI TOMATO


RESEPI NASI TOMATO


BAHAN NASI

4 cawan beras
2 biji tomato
1 biji bawang besar
1 helai daun pandan
1/2 cawan susu cair
2 sudu butter
3 sudu minyak masak
Rempah kasar
3 sudu tomato puri
Garam
Air secukupnya


BAHAN AYAM MASAK MERAH

1 ekor ayam
1 1/2 biji bawang besar (dikisar)
5 biji bawang putih (dikisar)
2 cawan cili kering (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
Rempah kasar
1 biji tomato


BAHAN ACAR

1 biji timun
1/2 biji nenas
1 biji bawang besar
1 batang cili hidup
3 sb cuka
5 sb gula


CARA - CARA MEMBUATNYA

1)Beras hendaklah dibasuh dah direndam terlebih dahulu

2)Tumis rempah kasar bersama bawang, apabila sudah layu masukkan tomato yang dipotong dadu

3)Masukkan susu cair, tomato puri dan daun pandan

4)Masukkan beras dan air mengikut sukatan. Jangan lupa masukkan garam sebagai perasa.

5)Untuk masak ayam masak merah, tumis rempah kasar dan bawang besar hingga naik bau

6)Masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.

7)Masukkan gula melaka dan sedikit air. Apabila menggelegak, masukkan ayam yg sudah di goreng. Perasakan dengan garam. Sedia dihidang

8)Potong kesemua bahan untuk membuat acar, dan gaul bersama cuka, gula dan garam. Sedia dihidang.



Kredit: 
Seminit Resepi


Wednesday, September 11, 2019

RESEPI CUCUR UDANG RANGUP


RESEPI CUCUR UDANG RANGUP

BAHAN - BAHAN

3 cawan tepung gandum
1 sudu teh instant yis
2 cawan air suam panas
1 biji telur
1 sudu teh garam halus
Sedikit serbuk dkunyit
Segenggam taugeh
10 helai daun kucai di potong memanjang
Carot di sagat
1 biji cili merah di hiris nipis.

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Ayak tepung dan campur semua bahan dan gaul sebati.perap 1/2 jam.

2.Panaskan senduk yg hendak di gunakan, 

3. letak adunan dalam senduk dan letak udang seekor.a

4. Agak dah tak melekat di senduk keluarkan..

5. Goreng hingga garing...

6.Toskan minyak.


RESEPI SOS CECAH 

5 batang lada merah
6-7 biji cili padi
2 biji bawang putih
1/2 cawan sos cili
4 cawan air
air asam jawa
Garam gula secukup rasa..


BAHAN - BAHANNYA

1. Blender semua bahan dan masak hingga mendidih.

2.Bancuh tepung jagung dgn air sikit ikut kepekatan yg anda suka..

3. Kacau sebati 

4. Tutup api.





Kredit resepi : 
Izzat Mustaffa


RESEPI MEE HAILAM MELAYU


BAHAN - BAHAN

2 bungkus mee kuning, 
*Dicelur dan kemudian basuh sampai hilang kapur dan minyak. Toskan.
500gm isi ayam atau daging
5-6 sudu besar kicap pekat manis (boleh tambah jika suka)
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar lada putih serbuk 
Sayur - sawi, kobis, jagung muda, lobak merah, tomato
Air rebusan tulang ayam atau daging - jika ada lebihan sup ayam atau sup daging, boleh bekukan untuk buat kuah mee ni
1 sudu besar tepung jagung, dibancuh dengan sedikit air.
Garam secukup rasa
Minyak untuk tumis

BAHAN KISAR

2 inci halia
1 ulas bawang besar
8 ulas bawang putih


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan isi ayam atau daging. Goreng seketika sehingga daging agak keperangan.

2. Masukkan kicap pekat, sos tiram dan kacau rata. 

3. Masukkan juga lada hitam dan lada putih serbuk. Tumis lama biar rasa kicap tu meresap dalam isi ayam.
.
4. Masuk air rebusan dan biar sehingga mendidih. Dah mendidih baru masukkan sayur jenis keras terlebih dahulu. 
5. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan sikit kuah. 

6. Akhir sekali baru masuk sawi dan tomato. Boleh pecah telur kedalam kuah jika suka.
.
Hidangkan bersama mee yang dicelur.



Dari fb
 Eny Yusnizar Abdullah 

RESEPI SEAWEED RANGUP


RESEPI SEAWEED RANGUP

Bahan-bahan:

1 paket kulit popia
1 paket seaweed
1sudu kecil garam 
1 sudu kecil lada sulah
1 biji telur
Minyak masak

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Masukkan lada sulah dan garam ke dalam telur, pukul ringan sehingga rata. Ia digunakan sebagai pelekat kulit popia.

2. Sapukan telur ke atas sehelai kulit popia, kemudian letakkan sekeping seaweed di atasnya, sapukan adunan telur sekali lagi di atasnya dan lekatkan dengan sehelai kulit popia lagi.

3. Guntingkan kecil-kecil mengikut bentuk yang disukai. Buat sehingga habis semua kulit popia dan seaweed.

4. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng sehingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.

5. Seaweed rangup sedia untuk di hidang. Simpan di dalam bekas kedap udara supaya tidak lemau.


Kredit: 
iCookAsia


RESEPI KUIH SEMPERIT SUSU


RESEPI KUIH SEMPERIT SUSU


BAHAN - BAHAN

500g Tepung Jagung
250ml Susu Pekat Manis
250g Mentega
Hiasan (optional)
Cip coklat/gula manik/ceri /pewarna (jika suka)


CARA - CARA MEMBUATNYA

1)Panaskan ketuhar pada suhu 160 darjah celcius (bergantung pada jenis ketuhar).

2. Sebatikan mentega dan susu pekat manis dalam mangkuk adunan.

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau sehingga menjadi satu adunan.

4. Tekan doh menggunakan acuan semperit .

5. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 15 minit. 
(Suhu dan masa bergantung pada jenis ketuhar)



Kredit resepi:
 Ridyantiey watiey 

Tuesday, September 10, 2019

RESEPI KACANG KRUP KRAP / ALMOND CRUNCY


RESEPI KACANG KRUP KRAP / ALMOND CRUNCY

BAHAN - BAHANNYA

Tepung florentine
Badam
Kuaci putih & hijau
Kacang almond
Bijan hitam


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Panggang semua kacang-kacang selama 10 minit pada suhu 130c

2.Bila sudah masak, gaulkan dengan tepung florentine 

3. Letakkan dalam loyang mengikut ketebalan yang disukai.

4. Bakar dalam 15 minit dengan suhu 150c 

5. .Bila sudah masak, Terus potong semasa masih panas.

6. Siapppp


Thursday, September 5, 2019

RESEPI CHOC CHIP COOKIES


RESEPI CHOC CHIP COOKIES


BAHAN A

1 cawan butter
1 cawan gula perang
1 cawan minyak masak
1/2 cawan gula halus
1 sudu besar susu cair/susu segar
(sy guna susu full cream 2sdb)
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
Secubit garam


BAHAN B

4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil cream of tartar
1 suduk baking powder
1 sudu kecil berkarbonat soda
2 cawan choc chip
(saya guna 1 cawan choc chip + 1 cawan choc rice)
1 cawan kekacang x kira jenis apa pun


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Pukul bahan A hingga sebati..jangan pukul lama..
Dalam 1 minit je.

2. Masukkan bahan B gaul sebati guna senduk sahaja..

3. Akhir sekali masukkan choc chip dan kacang..

4. Adunan agak lembik..dan jarakkan sedikit semasa susun adunan..bakar suhu 170c 20minit


Sumber resepi : 
Shahila Hanim

Wednesday, September 4, 2019

RESEPI BISKUT DAM


RESEPI BISKUT DAM


BAHAN - BAHAN

2 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan planta
1/2 cawan gula castor
1 biji telur
3 sb serbuk koko


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Pukul planta dan gula hingga kembang.

2. Masuk telur dan tepung gaul sebati .

3. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian diwarnakan 
dengan serbuk koko.

4. Masukkan kedua-dua doh dalam plastik dan disimpan di dalam fridge selama 30 minit.


CARA MELAPISKAN DAM

1. Kemudian canaikan doh kuning dan doh koko lebih kurang 
1cm tebal setiap keping. Pastikan kedua-dua doh sama saiz.

2. Sapukan campuran putih telur di atas lapisan koko. Kemudian 
dilapiskan lapisan kuning di atas lapisan koko itu. Buat 4 lapis.

3. Lepas itu lapisan yang telah siap itu dipotong-potong setebal 0.5cm ataupun 1cm setiap keping. Ketebalannya mempengaruhi besar atau kecil biskut itu.

4. Sapukan putih telur di atas sekeping lapisan itu dan diletakkan 
lagi sekeping lapisan bersilih warna (kuning+koko+kuning+koko). 4 lapis kesemuanya. Kemaskan susunan itu.

5. Di bahagian hujung lapisan yang telah menjadi seperti blok itu 
kita akan dapat lihat seperti susunan dam. Potongkan hujung 
yang tidak kemas itu dan seterusnya potonglah biskut itu setebal 1cm setiap keping.

6. Bakar pada suhu 165C selama 10 minit.


Kredit Resepi 
Athirah Mazalan