Sunday, February 25, 2018

RESEPI SAMBAL SOTONG

RESEPI SAMBAL SOTONG

BAHAN-BAHAN

Sotong dibersihkan
Bawang besar dipotong bulat

BAHAN TUMIS

Bawang merah di blend
Bawang putih diblend
Cili kisar
Asam jawa
Garam
Gula
Secukup rasa

Sedikit kicap manis utk mencantikkan sambal

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.Tumis bahan kisar,

2. Masukkan cili kisar,tumis hingga garing,masukkan pes asam jawa,garam gula secukup rasa,

3. Masukkan bawang yg dipotong bulat,masukkan sedikit kicap manis ,

4. Last masukkan sotong..

Kredit Resepi : ig Rosehayatie

Tuesday, February 20, 2018

RESEPI AGAR-AGAR SANTAN PANDAN

RESEPI AGAR-AGAR SANTAN PANDAN

BAHAN-BAHAN

10-12 gram agar-agar (saya gunakan agar-agar bertali)
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 biji telur
3 1/2 cawan air
1 1/4 cawan gula (kurangkan sedikit jika tak suka manis)
1/2 sudu kecil garam
2-3 helai daun pandan
beberapa titik pewarna hijau
beberapa titik perasa pandan (pandan essence)

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.Basuh agar-agar dan masukkan ke dalam periuk bersama air.

2.Jika gunakan agar-agar serbuk, terus tuangkan sahaja.

3.Masak sehingga mendidih dan agar-agar larut.

4.Masukkan gula, daun pandan, perasa pandan, pewarna hijau, garam dan santan cair.

5.Masak sehingga sebati.
Pukul sedikit telur bersama santan.

6.Tapiskan supaya tiada ketulan apabila masak nanti.

7.Tuang bancuhan santan dan telur ke dalam agar-agar dan kacau sehingga mendidih selama beberapa minit.

8.Tuang ke dalam loyang dan sejukkan.

Kredit
Page FB Aneka Resepi Masakan.

RESEPI SAMBAL BALACAN IKAN BILIS LIMAU KASTURI

RESEPI SAMBAL BALACAN IKAN BILIS LIMAU KASTURI

BAHAN-BAHAN

Cili padi
Bawang Merah
Bawang Putih
ikan Bilis Kering
Belacan

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.Cili Padi, Bawang Merah, Bawang Putih, Ikan Bilis, Belacan TUMBUK sekali

2. Lepas tu PERAH Limau Kasturi.

3. Tambahkan Kicap Lemak Manis 'Cap Kipas Udang'

4.Gaulkan smua

#SelamatMencuba #Mudah

kredit : #NerinaElliStyle

RESEPI CHICKEN PIE

RESEPI CHICKEN PIE
Untuk 4 hidangan

BAHAN-BAHAN

• 2 cawan dada ayam, di potong cube
• 1 cawan kentang di dadu
• 1 cawan lobak merah di dadu
• 1 cawan bawang di dadu
• 1 cawan kacang pis **admin tambah cendawan juga
• 2 keping instant puff/ pastry
• 2 sudu kecil. bawang putih yang dicincang
• 1 cawan keju
• 1 sudu kecil. garam
• 1 sudu kecil. lada hitam
• ½ tsp. Lada cayenne
• 4 sudu besar. mentega
• 4 sudu besar. tepung serba guna
• 2 cawan stok ayam
• 3 sudu besar. Krim
• 1 biji telur

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Dalam periuk sederhana, cairkan mentega, masukkan tepung dan stok ayam selama 8 minit, pada api sederhana.

2. Masukkan garam, lada hitam, dan lada cayenne, krim dan kacau.

3. Seterusnya, masukkan ayam, kentang, lobak, bawang, bawang putih, dan masak selama 3 minit.

4. Pindahkan ke dalam mangkuk sejukkan di dalam peti sejuk selama 30 minit.

5. Gunakan tepung untuk elak kan pastry melekat..

6. Gunakan piring, potong empat pekeliling yang lebih besar daripada hidangan dari pastri puff.

7. Sendukkan inti ke dalam bekas membakar dan taburkan keju di atas.

8. Letakkan kepingan pastri di atas bekas pembakar dan tutup dengan pastry..

9. Sapu bahagian atas dengan telur

10. Bakar dalam ketuhar selama 30 minit pada 400F sehingga pastri berwarna coklat keemasan.

Angkat dan nikmati.. perghhhh

Thankyou#ntd.tv

RESEPI SIPUT SEDUT MASAK LEMAK

RESEPI SIPUT SEDUT MASAK LEMAK

BAHAN-BAHAN

Bawang merah**
Bawang putih**
Lengkuas**
Kunyit hidup**
Cili padi**
Cili hijau besar**

Bahan yg bertanda** dikisar

Siput sedut
Daun kesum
Serai dititik
Asam keping 1

CARA-CARA MEMASAKNYA

1.Masakkan santan  bersama bahan kisar kedlm periuk,kacau hingga mendidih,

2.masuk serai yg dititik bersama 1 asam keping.

3.Bila dah mendidih masuk siput sedut sedikit garam dan gula,

4.last masukkan daun kesum.

Kredit Resepi :ig masakwithpassion

Wednesday, February 14, 2018

RESEPI SUP IKAN MERAH SEDAP

RESEPI SUP IKAN MERAH SEDAP

BAHAN-BAHAN

1 kg ikan merah
4 cawan air
minyak utk menumis
Daun sup/daun bawang dan bawang goreng-utk taburan
Bahan tumbuk
1 sudu besar lada sulah/putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
Bahan Tumis
1 btng kayu manis, 1 kntm bnga lawang, 2 biji buah pelaga
1 ulas bwng putih-hiris
2 biji bwng merah-hiris

CARA-CARA MEMASAKNYA

1.Ikan di siang,ptng 2, cuci dan toskan.

2.Tumbuk lada putih hingga lumat dan tumbuk bhn2 yg lain sehingga lumat.

3.Panaskan minyak dan tumiskan bhn2 tumis.

4.Masukkan bahan2 tumbuk tadi dan tumis sehingga naik bau.

5.Masukkan air, biarkan mendidih.

6.masukkan ikan dan kacau rata.

7.Tambah air lagi jika perlu. Masukkan garam dan perasakan.

8.Sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan angkat.

9.Letak dlm mangkuk dan taburkan bwng goreng dan daun sup/bawang. Sedia utk di hidangkan.

10.Siap!