Sunday, July 4, 2021

RESEPI KEK COKLAT KUKUS SUKATAN CAWAN

RESEPI KEK COKLAT KUKUS SUKATAN CAWAN

BAHAN - BAHAN

1 cawan tepung gandum
1 cawan minyak
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
2 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
1 sudu essence vanila


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Campur minyak, serbuk koko dan tepung gandum dan kacau sampai sebati menggunakan guna whisk atau senduk. 

2. Kemudian masuk kan Baking soda dan juga baking powder. Kacau lagi.

3. Seterusnya masuk kan susu cair dan juga essence vanila dan teruskan kacau supaya sebati.

4. Selepas sebati dan adunan tidak berketul, masuk kan pula telur, susu pekat dan juga gula dan kacau lagi sehingga betul-betul sebati. 

4. Dengan menggunakan bekas plastik dadih yang bersaiz kecil dan untuk satu adunan kek kukus ni boleh dapat dalam 17 bekas.

5. Tuang adunan hanya separuh atau suku sahaja kalau nak letak topping. Kek ni akan kembang dengan jayanya.

6. Tutup bekas plastik dengan penutup dia masa kukus dalam pengukus.

7. Kukus kek dalam anggaran 20 minit. 

Siap.

Kredit Resepi :
 Rodiah amir


Sunday, June 27, 2021

RESEPI CHEE CHEONG FAN UDANG


 RESEPI CHEE CHEONG FAN UDANG

BAHAN - BAHAN

1 Cawan Tepung Beras
1/2 Cawan Tepung Jagung
1/2 Sudu Kecil Garam
3 Cawan Air


BAHAN - BAHAN KUAHNYA

1 Cawan Air
3 Sudu Besar Kicap Cair
1 1/2 Sudu Besar Gula


BAHAN PERHIASAN

Bijan,
Daun Bawang,
Bawang Goreng,
Sambal Udang


CARA CARA MEMBUATNYA

1. Campur semua bahan utama dan kacau sehingga sebati dan sediakan untuk dikukus.

2. Sediakan tray dan sapukan sedikit minyak  untuk mengelakkan melekat ketika mengukus.

3. Letakkan Tray dalam pengukus dan pastikan kedudukan tray seimbang supaya adunan tepung akan merata semasa proses mengukus nanti.

3. Panaskan pengukus.

4. Bila pengukus telah panas. Letakkan sedikit adunan tepung ke dalam tray dan ratakan. **buat senipis mungkin.

5. Boleh letakkan udang - udang kecil ke atas adunan yang telah diratakan. dan tutup pengukus.

6. Kukus selama kira - kira 1 Minit 30 saat dan pastikan udang telah masak.

6. Angkat tray dan buang air lebihan jika ada.

7. Cedok dan gulungkann secara perlahan termasuk udang tadi dan potong mengikut saiz yang anda suka.

8. Masukkan kuah yang secukupnya.

9. Hiaskan dengan sedikit bijan, potongan daun bawang, sedikit bawang goreng,
 dan untuk menambah rasa boleh letakkan sambal udang.

10. Sedia untuk dinikmati.


Kredit Resepi
Li Yow & Siti.


Friday, June 18, 2021

RESEPI KEK CHEESE PURE

RESEPI KEK CHEESE PURE

BAHAN - BAHAN

1 kg cream cheese (suhu bilik)
1 cwn gula halus
5 biji telur Gred A
1 sk esen vanilla
2 sb yogurt asli
1 cwn tepung gandum

** Panaskan oven selama beberapa minit sebelum membakar kek.


CARA - CARA MEMBUATNYA:

1. Satukan cream cheese,gula halus,yogurt asli,esen vanilla dan pukul hingga gebu dan ringan.

2. Masukan telur (satu persatu),pukul dgn kelajuan max,hingga kembang.

3. Akhir sekali masukan tepung dan sebatikan.

4. Tuang adunan ke dlm loyang 8 (alas baking paper) hentak beberapa kali supaya adunan mampat dan sekata.

5. Guna kaedah water-bath/bain marie . bakar kek selama 50-60 minit,suhu 130c (api atas sahaja)

6. Setelah kek masak,sejukan dan simpan dlm peti sejuk semalaman sebelum dipotong (rasa kek akan lebih sedap dan padat)


Kredit Resepi : kuali mama 


RESEPI MAGGI KARI TELOR GOYANG

RESEPI MAGGI KARI TELOR GOYANG

BAHAN - BAHAN

Maggi kari
Telor 
 Bawang besar
 Bawang putiih 
Cili padi
Daun kari 
 Rempah kari Ayam/ Daging 
Sawi


CARA - CARA MEMASAKNYA

1. Tumis bawang besar, bawang putih dan daun kari

2. Bila dah naik bau, masukkan serbuk rempah kari ayam/ daging. Tumis sampai garing

3. Kemudian letak sedikit air dan masukkan rempah maggi pula

4. Tambah air, tak perlu banyak-banyak sangat. Masukkan telor . Tidak perlu di kacau, biarkan sahaja dan tutup dengan penutup periuk sekejap menggunakan api yang perlahan. Bila dah dapat tekstur telor yang korang suka, boleh angkat telor tu dan ketepikan

5. Kemudian tambah air lagi. Bila dah mendidih, masukkan maggi, sawi, dan cili padi.

6. Kacau sedikit dan siap. 

7. Hidangkan dengan telor goyang tadi.


Kredit Resepi : 
Norliana Manap 


Wednesday, June 2, 2021

RESEPI MEE KARI CHINESE STYLE

RESEPI MEE KARI CHINESE STYLE

BAHAN - BAHAN

1 bungkus mee - celur
2 biji bwg besar - kisar
3 ulas bwg putih - kisar
2 biji bawang merah - kisar
2 batang serai - diketuk
2 bungkus kecil serbuk kari daging sya guna rempah cap O sedap.
1 mangkuk kecil cili kisar
l/2 ekor ayam (potong kecil)
1 mangkuk besar santan fresh
Tauhu kering
Fish cake / Fish Ball

HIASAN

Telur rebus
Taugeh - celur
Sawi - celur
Sambal 
Limau Nipis.
Kacang Panjang celur


CARA - CARA MEMBUATNYA


CARA MEMBUAT SAMBAL

1. Segengam cili kering kemudian Rebus sekejap, 

2. bila dah masak @ kembang, blend bersama 1 biji bwg besar 

3. kemudian tumis sampai pecah minyak, 

4. taruh garam dan secubit gula.


CARA MENYEDIAKAN KUAH

1. Panaskan periuk taruh minyak dan goreng serai sebentar...

2. kemudian Masukkan bahan kisar Masak hingga wangi, 

3. bila dah wangi agak keperangan, Masukkan rempah kari yang telah di campur 1 mangkuk kecil cili kisar, 

4. Masak sampai terbit minyak.

5. Kemudian masukkan ayam dan kacau sebati sehingga ayam separuh masak 

6. Pastu masukkan santan. (sukatan santan agak² jer, ikut selera nak kuah pekat atau cair),
 taruh santan pekat fresh lebih kurang 1 mangkuk besar dan asam keping..

7. Biar kuah mendidih.. Perasakan garam dan gula utk seimbangkan rasa., kalau nak, boleh tambah ajinomoto masukan sekali... 

8. Tambahkan tauhu kering, fish cake dan fish ball. 

9. Biar hingga mendidih dan kuah menyerap ke dalam tauhu kering .

10. Okey dah siap...bismillah! 



Kredit Resepi : 
#Cikpuanjulieta
#Masakkankasihbonda


RESEPI PISANG GORENG RANGUP

 RESEPI PISANG GORENG RANGUP

BAHAN - BAHAN

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung jangung
1 biji telor
1 sudu  kecil garam halus
1 sudu kecil yis 
Sedikit pewarna kuning
2 cawan air

**
Biar 5 atau 10 minit baru celop Dan goring
Selamat  mencuba..


Kredit Resepi : 
Siti Asiah Ssmail

Wednesday, April 21, 2021

RESEPI KEK LAPIS COFFEE MOCHA

RESEPI KEK LAPIS COFFEE MOCHA


BAHAN - BAHAN

454 gram Butter golden churn
130 gram gula kastor
10 biji telur gred A
1/2 tin susu cap junjung (kecil)
1tin serikaya yeo's (kecil)
100 gramm horliks
130 gram tepung hongkong
1 sudu teh ovalette
1 stick nescafe blend & brew 3 in 1 (mild)
**jika mahu rasa kopi lebih boleh tambah 2 sticks
Sedikit mocha paste.

*Option boleh juga tukar dgn perasa coklat.
 Campur dgn sedikit browning sugar untuk memberi warna hitam.


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Pukul butter dan gula hingga kembang

2. Masukkan telur satu persatu.

3. Masukkan semua bahan lain kecuali nescafe dan mocha paste.

4. Mixer sebati.

5. Bahagi kepada 3 bahagian.

i. Warna asli
ii. Campur nescafe
iii. Campur mocha paste.

4. Bakar api atas selapis selapis guna loyang 7x7".

5. Suhu190°C. Masa terpulang Kepada oven masing-masing.

Note:
*kek agak basah dan lembab. 
Kalau guna 8x8 kek tidak berapa tinggi... lapisan jd tidak berapa cantik.
Selamat mencuba.