Monday, December 25, 2017

RESEPI AYAM HALIA VERSI CINA

RESEPI AYAM HALIA VERSI CINA

BAHAN-BAHAN

500 gram ayam, potong kecil
4 ulas bawang putih, hiris nipis
2 cm halia, dihiris halus memanjang
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
1 biji cili merah, hiris nipis
1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
minyak masak, untuk goreng ayam
sedikit lada sulah atau lada hitam
sedikit garam dan kunyit
garam dan gula, secukup rasa

CARA - CARA MEMBUATNYA

1.Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.

2.Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.

3.Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).

4.Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.

5.Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

6.Angkat dan tabur dengan daun bawangdan.

7.Hidangkan bersama nasi panas.

Thursday, December 21, 2017

RESEPI KEK TIRAMISU CREPE

RESEPI KEK TIRAMISU CREPE

BAHAN-BAHAN NYA

5 biji telur
2 cawan susu segar
1/2 cawan air
1/3 cawan butter dicairkan
50 gram gula kastor
1 1/2 cawan tepung gandum
1 tsp nescafe
Sedikit asen vanila
Bahan-bahan krim
200 gram cream cheese
200 gram whipped cream
1 1/2 cwn gula aising
Asen vanila

CARA - CARA MEMBUATNYA

Langkah 1
* Pukul telur, air dan susu. Masukkan esen vanila dan butter. Kacau sehingga sebati.

Langkah 2
* Masukkan gula, tepung dan nescafe. Kacau rata.

Langkah 3
* Griskan sedikit minyak pada kuali panas dan masukkan 1 senduk adunan. (Buat seperti lempeng) Ulang langkah ini sehingga adunan habis.

Langkah 4
* Pukul cream cheese dan 1 cawan gula hingga sebati. Dalam bekas lain, pukul whipped cream dan 1/2 cawan gula hingga kembang.

Langkah 5
* Satukan cream cheese dan whipped cream secara kaup balik.

Langkah 6
* Lapiskan creap dengan whipped cream dan ulang langkah ini sehingga habis semua lapisan crepe.

Langkah 7
* Salut seluruh kek coklat crepe dengan whipped cream. Sedia

Kredit to Seminit Resepi

RESEPI KEK DANGDUT CHEESE

RESEPI KEK DANGDUT CHEESE

BAHAN - BAHAN

10biji telur Gred A
500gram Butter
480gram sekaya
100gram tepung gula/gula halus.
200gram susu pekat
400gram horlick
500gram susu tepung full cream
1 penutup botol esen vanilla
Pewarna Coklat

BAHAN - BAHAN CHEESE

600gram Cream cheese
3biji telur gred A
100gram tepung gula/gula halus
30gram tepung pau
1sudu mkn jus lemon

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.Butter+gula pukul hingga kembang.

2. Masukkn telur 1 per 1+esen vanilla+susu pekat+sekaya gaul rata+ horlick gaul rata+susu tepung gaul hingga sebati+pewarna dan dibahagia 2.

CARA MEMBUAT LAPISAN CHEESE

Cheese+gula pukul kembang+telur 1per 1 rata+jus lemon+tepung gaul sebati.

CARA MELAPIS

1.Lapisan pertama dangdut kukus selama 1 jam lebih hingga masak.

2.kemudian lapisan cheese 1 jam.

3.lapisan terakhir dangdut 1jam lebih hingga masak..

Guna cuan 10x10.

Selamat mencuba

RESEPI SERI MUKA DURIAN

RESEPI SERI MUKA DURIAN

LAPISAN BAWAH

BAHAN- BAHAN

2 cawan beras pulut di rendam 1 jam..toskan
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1 sudu kecil garam.

CARA MEMBUATNYA

1. Campurkn santan,air dan garam kemudian kacau

2. Kukus pulut brsama santan..santan bg paras2 pulut ye.

3 Setelah masak tekan dn mampatkn pulut.ketepikn

BAHAGIAN BAWAH

BAHAN-BAHAN

2 cawan santan pekat
2 cawan air
1 cawan gula(x mau manis blh krgkn)
1 cawan isi durian
1/2. cawan tepung gandum
1/2. cawan tepung jagung

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Satukan santan,air,gula,garam dn isi durian..

2. Blend sebati..

3. Masukkan dalam bekas lain kemudian masukkn tepung sikit demi sedikit.

4. Kacau sebati jangan bagi ada ketulan tepung.

5. Pastu tuang ke atas pulut dn kukus sampai masak.

Kredit Resepi : Roslina Omar & Page Fb Resepi Ringkas & Mudah.

Monday, December 18, 2017

RESEPI KUIH LOYANG SANTAN

RESEPI KUIH LOYANG SANTAN

BAHAN -BAHAN

500 gram tepung beras
5 sudu besar gula pasir
Santan secukupnya
2 biji telur
Sedikit kapur makan
Sedikit garam
Minyak masak

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Ayak tepung beras di dalam bekas dan masukkan gula, telur dan garam. Masukkan sedikit air kapur dan santan sedikit demi sedikit.

2. Kacau hingga semuanya sebati dan adunan tidak berketul. Adunannya hendaklah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.

3. Panaskan minyak dalam kuali dan biarkan acuan dalam minyak tersebut sehingga betul-betul panas.

5. Celupkan acuan yang panas tadi ke dalam adunan tepung dan seterusnya dicelup ke dalam minyak pula.

5. Jangan celup kesemua acuan tenggelam ke dalam adunan kerana takut kuih melekat terus pada acuan tersebut.

like & share

Friday, December 15, 2017

RESEPI CHAR KUE TEOW MUDAH DAN SEDAP

RESEPI CHAR KUE TEOW MUDAH DAN SEDAP

BAHAN2:

200 g kue teow - satu mangkuk kecik
2 sudu makan cili kisar - suka pedas blh tambah
Kerang
Udang
Sotong
taugeh dan kucai
2 biji telur (admin suka telor lebih)
4 sudu besar paste char kuey teow

CARA-CARA MEMASAKNYA

1. Tumis cili kisar hingga garing. Masukkan 5 sudu besar paste

2. Masukkan kerang, udang dan sotong.

3. Kemudian masukkkan 1/2 cawan air. Bila kuah mendidih barulah masukkan kuey teow, kucai dan taugeh.

4. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah di angkat. Jgn sampai kering

Selamat mencuba

Credit : Marr Tanti #mahn

Wednesday, December 13, 2017

RESEPI NASI TOMATO

RESEPI NASI TOMATO

BAHAN NASI

4 cawan beras
2 biji tomato
1 biji bawang besar
1 helai daun pandan
1/2 cawan susu cair
2 sudu butter
3 sudu minyak masak
Rempah kasar
3 sudu tomato puri
Garam
Air secukupnya

BAHAN AYAM MASAK MERAH

1 ekor ayam
1 1/2 biji bawang besar (dikisar)
5 biji bawang putih (dikisar)
2 cawan cili kering (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
Rempah kasar
1 biji tomato
Bahan acar
1 biji timun
1/2 biji nenas
1 biji bawang besar
1 batang cili hidup
3 sb cuka
5 sb gula

CARA-CARA MEMBUATNYA

1)Beras hendaklah dibasuh dah direndam terlebih dahulu

2)Tumis rempah kasar bersama bawang, apabila sudah layu masukkan tomato yang dipotong dadu

3)Masukkan susu cair, tomato puri dan daun pandan

4)Masukkan beras dan air mengikut sukatan. Jangan lupa masukkan garam sebagai perasa.

5)Untuk masak ayam masak merah, tumis rempah kasar dan bawang besar hingga naik bau

6)Masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.

7)Masukkan gula melaka dan sedikit air. Apabila menggelegak, masukkan ayam yg sudah di goreng. Perasakan dengan garam. Sedia dihidang

8)Potong kesemua bahan untuk membuat acar, dan gaul bersama cuka, gula dan garam. Sedia dihidang

Kredit : page fb Video Store