Thursday, June 18, 2020

RESEPI KEK LAPIS BENCI TAPI RINDU

 RESEPI KEK LAPIS BENCI TAPI RINDU


BAHAN - BAHAN

12 biji telur ayam..
500 gm mentega..
1/2 gelas gula..
1 gelas tepung gandum
1 gelas tepung roti marie..
1 tin kecil serikaya..
1 tin rendah susu manis..
1 sudu teh baking powder..
sedikit esen vanilla..
pewarna ikut suka..
10 bungkus manisan masam manis atau secukupnya..


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Asing putih telur dengan kuning telur.

2. Pukul putih telur dengan gula sampai kembang. Kemudian masukkan kuning telur satu persatu sampai habis.

3. Mentega, esen vanilla, serikaya, susu dipukul dibekas lain sampai sebati.

4. Kemudian masukkan kedalam adunan telur tadi. Masukkan baking powder. Gaul rata.

5. Adunan tadi dibahagi lagi kepada 2 bahagian.

6. Satu bahagian dimasukkan tepung gandum.

7. Satu bahagian dimasukkan tepung roti.

8. Warna ikut suka.

9. Bakar berlapis-lapis, selang seli ikut suka.

Nota..
jika ditimbang mguna gelas saya..
1 gelas tepung bersamaan dgn 170 gm.
1 gelas gula bersamaan dgn 270 gm.



Sumber Resepi 
Marlyssa Pariss

No comments:

Post a Comment