Tuesday, June 7, 2016

4:16 PM

RESEPI KUIH ONDE-ONDE


BAHAN - BAHAN


Tepung pulut - ikut suka berapa banyak
5 helai daun pandan - jus pandan secukupnya
Gula melaka / Gula apong - potong kecil
1/2 biji kelapa muda parut - ambil bahagian putih sahaja
Sedikit garam - untuk gaul dengan kelapa parut
Sedikit kapur
 

CARA - CARA MEMBUATNYA
.

Bancuh tepung pulut dengan air daun pandan dan air kapur sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh digentel dan tak melekat di tangan.
.
Ambil adunan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan gula Melaka / gula apong yang dipotong kecil atau dihancurkan supaya ianya betul betul cair semasa direbus. Tutup adunan kemas kemas dan gentel adunan dengan kedua tapak tangan supaya berbentuk bulat cantik.
.
Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. boleh masukkan daun pandan supaya wangi.
.
Masukkan bebola tepung tadi dan tunggu sehingga ianya timbul di permukaan air menandakan ianya telah masak dan sedia diceduk keluar.
Tos dan terus masukkan ke dalam pinggan kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam. Golek golekkan di atas kelapa sehingga ianya betul betul bersalut. 

Sedia untuk dihidangkan.






AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


0 comments:

Post a Comment

RECOMMENDED FOR YOU