Tuesday, June 7, 2016

3:51 PM

RESEPI KUIH KOCI


BAHAN - BAHAN INTI


250ml santan pekat *daripada satu biji kelapa
200ml air
150gm gula melaka
2 sudu besar gula pasir
1/2 biji kelapa parut *putih sahaja
1/2 sudu teh garam
daun pisang *dipotong

BAHAN - BAHAN - KUIH

300gm tepung pulut
240-250ml air
3 sudu makan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
 

CARA - CARA MEMBUATNYA

CARA MEMBUAT INTI


Satukan air,gula melaka dan gula pasir dalam periuk. 

Didihkan hingga gula larut.

3.Masukkan kelapa parut dan garam. Kacau lagi hingga kering.

 Sejukkan inti ini.

 
CARA MENYEDIAKAN KUIH

Santan pekat didihkan atas api yang sederhana hingga keluar minyak. Ketepikan.

  Bancuhkan tepung pulut,air,tepung gandum dan garam  hingga sebati. 

Ambil sedikit dan bentukkan ianya bulat. Leperkan bebola ini dan bubuhkan sedikit inti ditengahnya dan bulatkan.
.
Kemudian letakkan bebola ini di atas sekeping daun pisang dan bubuhkan sesudu besar santan yang didihkan tadi. Bungkus dengan kemas.
.
Kukus kuih koci ini dalam pengukus yang telah dipanaskan selama 15-20 minit.





AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

 

0 comments:

Post a Comment

RECOMMENDED FOR YOU