RESEPI OREO GORENG CELUP TEPUNG
BAHAN - BAHAN
Oreo 15 biji (sejuk beku)
Tepung gandum 1 cawan
Susu cair 200 ml
Mentega 2 sudu
Telur 1 biji
Baking powder 1 Sdt
Secubit garam
Minyak goreng
CARA-CARA MEMBUATNYA
1. Campurkan tepung gandum, susu cair, dan mentega yang telah dicairkan.
2. Kemudian masukkan telur, baking powder dan secubit garam. Blender semua sekali sampai tak berketul.
3. Oreo mesti dalam keadaan sejuk, kalau beku lagi best (Kalau tak sejuk nanti lembik sikit lepas goreng).
4. Panaskan minyak macam nak goreng pisang. Celopkan oreo dalam bancuhan tadi.
5. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Siap untuk dihidangkan.
Kredit: Suhaida Zainudi
No comments:
Post a Comment