Sunday, October 29, 2017

10:39 PM

RESEPI ROTI CHEESE BUTTER HOMEMADE

BAHAN-BAHAN

380gm tepung high protein (tepung roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A
100ml air
100gm water roux
60gm butter/marjerin
1sk bread softner
Mozarella/Parmesan Cheese, Italian Herbs (kalau takde, Parsley Flakes pun ok) dan gula secukupnya untuk ditabur atas roti

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.Masukkan semua bahan dalam BM uli dan biarkan BM uli doh selama 1 jam 30 minit.

2.Keluarkan doh dari BM. Uli-uli seketika guna tangan. Kemudiannya saya bahagikan doh kepada 2 bahagian

3.Griskan 2 loyang empat segi 9 X9 inci. Setiap doh tu dan bahagi pula kepada 4 bahagian yang panjang. Susun dalam loyang. Jarak-jarakkan sedikit kerana doh akan mengembang.

Nota: Sebenarnya ikut suka anda nak buat doh tu bentuk apa. Doh ni memang soft pun tak kiralah kalau anda buat bentuk apapun.

4.Biarkan doh naik lagi, lebih kurang 40 minit. Doh akan mengembang dan jadi rapat-rapat.

5.Tabur keju, sedikit gula dan Italian Herbs.

6.Panaskan oven. Bakar 160 - 170 degree selama 15 -20 minit. Api atas bawah sehingga roti masak.

7.Roti sudah masak. Sapukan dengan mentega sebaik sahaja roti dikeluarkan dari oven.

Sangat lazat dan lembut dan panas-panas.

0 comments:

Post a Comment

RECOMMENDED FOR YOU