Tuesday, October 31, 2017

8:43 PM

KUIH TALAM SERIMUKA PANDAN
By Mariana Zainal

BAHAGIAN BAWAH

2 1/2 cawan beras pulut(rendam 30mnt -1 jam)
Selepas rendam..toskan..
3 cawan santan sederhana cair
1/2 sudu teh garam
1 helai daun pandan(carik dan simpulkan)

CARA MEMBUATNYA

Panaskan kukusan hingga air mendidih..
Sapu marjerin@minyak pada loyang saiz 10x10inci dan lapik plastik..masukkan semua bahan dan kukus selama 25 mnt guna api besar..dah siap buang daun pandan..biarkan jap 5 mnt..pastu tekan2 bg padat..

BAHAGIAN ATAS

3 cawan santan sederhana pekat..kisar bersama 5-6 helai daun pandan dan sedikit parutan kulit kayu manis(sikit jer tau..xmo letak pun x de hal)
Pastu tapis dan sukat semula jadi 3 cawan kalo kurang sila tambah air utk cukupkan 3 cawan

3/4 cawan gula pasir
3 biji telur gred A
1/2 sdt garam
1 sdb membukit tepung kastard
1 cawan tepung gandum
Sedikit pewarna hijau epal

CARA MEMBUATNYA

Satukan semua bahan ke dalam periuk..kacau sebati guna whisk....kemudian masak sekejap sambil kacau atas api perlahan hingga naik wap(sekadar periuk tu dah rasa panas jer..jgn lama tau..)
Tuang atas pulut dan kukus selamat 30 mnt api perlahan(jgn guna api besar yer)..dah siap buka tudung kukusan dan kukus lg 5 mnt guna api besar..siap

P/S=Kalo tak nak masak bahagian atas tu pun boleh..terus jer tuang atas pulut(nak hasil yg cantik masaklah kejap..sekadar sentuh periuk dan periuk rasa panas pun dah cukup)
Biarkan betul2 sejuk baru potong guna pisau plastik.

Selamat mencuba.

0 comments:

Post a Comment

RECOMMENDED FOR YOU