Tuesday, February 23, 2016

9:27 AM


RESEPI PENANG CHAR KUEY TIOW BY KERJADARIRUMAH

 
  PASTE *


200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sudu kecil kicap pekat
3 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil petis
2 sudu besar pati ikan bilis / pati udang
2 sudu kecil garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sudu kecil gula

 
* MEE *

300 gm kuey teow
1 sudu besar cili boh kerang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur

 
CARA - CARA MEMASAKNYA

 
PASTE

1. Rebus udang dgn air. 

Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya.

 Air rebusan jgn buang....

2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, 

reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. 

Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.

  MEE

1. Tumis lada boh hingga garing.

 Masukkan dlm 4sb paste td.

Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. 

Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.

2. Air didih masukkan kuey teow,

 kucai, taugeh n kacau rata. 

Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. 

Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj,

 pastikan api kuat semasa memasak.



SELAMAT MENCUBA

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com


0 comments:

Post a Comment

RECOMMENDED FOR YOU