Tuesday, February 23, 2016

11:25 AM
 

RESEPI CHICKEN CHOP AND MUSHROOM SAUCE


BAHAN - BAHAN (AYAM )
1 peha/ Dada ayam
100g tepung gandum
100g serbuk roti
1 biji telur
1 cubit garam
1 cubit lada sulah

 

BAHAN - BAHAN (MUSHROOM SAUCE)

1 sudu demi glaze (segera)
1 cawan air
5 biji cendawan butang
1 ulas bawang putih
1 sudu minyak masak


BAHAN - BAHAN SAMPINGAN
 Kentang goreng
Salad
Brocoli
Sayur campur
Timun
Tomato


CARA - CARA MEMASAK
 
 1. Ambil peha ayam dan lakukan proses membuang tulang. Jika gunakan bahagian dada ayam, boleh periksa jikalau terdapat serpihan tulang yang masih tertinggal.

 2. Perapkan ayam dengan garam dan lada sulah. Kemudian lakukan standard breading procedure iaitu mulakan dengan salut ayam dengan tepung gandum, kemudian telur dan akhir sekali dengan sebuk roti. Sedia untuk digoreng sehingga masak (atau kekuningan).

  3.  Campurkan demi glaze dengan sedikit air, kacau sehingga sebati. Didihkan air selebihnya dan masak sehingga pekat. (sekirnya terlalu pekat boleh tambah air)

  4.  Tumis bawang putih (cincang halus) sehingga naik wangi.

5.  Masukkan cendawan butang yang telah dipotong nipis.
Apabila sudah garing, masukkan demi glaze tadi dan masak sehingga mendidih.

6.  Goreng kentang dan toskan.

7   Hiasankan dipinggan bersama-sama bahan hiasan dan sedia untuk dimakan.




SELAMAT MENCUBA

AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.com



0 comments:

Post a Comment

RECOMMENDED FOR YOU