2 btg daun bawang potong 1 inci
5 biji cili padi (ketuk)
3 ulas bawang putih (ketuk)
1 senduk cili kering blender (kalau nak kuah banyak lebihkan sikit cili kering)
2 sb sos tomato
2 sb sos cili
2 sb sos tiram
1/2 sb gula
Sos ikan sikit
fb Dea Nadya
RESEPI SAMBAL SOTONG
BAHAN-BAHAN
Sotong dibersihkan
Bawang besar dipotong bulat
BAHAN TUMIS
Bawang merah di blend
Bawang putih diblend
Cili kisar
Asam jawa
Garam
Gula
Secukup rasa
Sedikit kicap manis utk mencantikkan sambal
CARA-CARA MEMBUATNYA
1.Tumis bahan kisar,
2. Masukkan cili kisar,tumis hingga garing,masukkan pes asam jawa,garam gula secukup rasa,
3. Masukkan bawang yg dipotong bulat,masukkan sedikit kicap manis ,
4. Last masukkan sotong..
Kredit Resepi : ig Rosehayatie
RESEPI AGAR-AGAR SANTAN PANDAN
BAHAN-BAHAN
10-12 gram agar-agar (saya gunakan agar-agar bertali)
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 biji telur
3 1/2 cawan air
1 1/4 cawan gula (kurangkan sedikit jika tak suka manis)
1/2 sudu kecil garam
2-3 helai daun pandan
beberapa titik pewarna hijau
beberapa titik perasa pandan (pandan essence)
CARA-CARA MEMBUATNYA
1.Basuh agar-agar dan masukkan ke dalam periuk bersama air.
2.Jika gunakan agar-agar serbuk, terus tuangkan sahaja.
3.Masak sehingga mendidih dan agar-agar larut.
4.Masukkan gula, daun pandan, perasa pandan, pewarna hijau, garam dan santan cair.
5.Masak sehingga sebati.
Pukul sedikit telur bersama santan.
6.Tapiskan supaya tiada ketulan apabila masak nanti.
7.Tuang bancuhan santan dan telur ke dalam agar-agar dan kacau sehingga mendidih selama beberapa minit.
8.Tuang ke dalam loyang dan sejukkan.
Kredit
Page FB Aneka Resepi Masakan.
RESEPI SAMBAL BALACAN IKAN BILIS LIMAU KASTURI
BAHAN-BAHAN
Cili padi
Bawang Merah
Bawang Putih
ikan Bilis Kering
Belacan
CARA-CARA MEMBUATNYA
1.Cili Padi, Bawang Merah, Bawang Putih, Ikan Bilis, Belacan TUMBUK sekali
2. Lepas tu PERAH Limau Kasturi.
3. Tambahkan Kicap Lemak Manis 'Cap Kipas Udang'
4.Gaulkan smua
#SelamatMencuba #Mudah
kredit : #NerinaElliStyle
RESEPI CHICKEN PIE
Untuk 4 hidangan
BAHAN-BAHAN
• 2 cawan dada ayam, di potong cube
• 1 cawan kentang di dadu
• 1 cawan lobak merah di dadu
• 1 cawan bawang di dadu
• 1 cawan kacang pis **admin tambah cendawan juga
• 2 keping instant puff/ pastry
• 2 sudu kecil. bawang putih yang dicincang
• 1 cawan keju
• 1 sudu kecil. garam
• 1 sudu kecil. lada hitam
• ½ tsp. Lada cayenne
• 4 sudu besar. mentega
• 4 sudu besar. tepung serba guna
• 2 cawan stok ayam
• 3 sudu besar. Krim
• 1 biji telur
CARA-CARA MEMBUATNYA
1. Dalam periuk sederhana, cairkan mentega, masukkan tepung dan stok ayam selama 8 minit, pada api sederhana.
2. Masukkan garam, lada hitam, dan lada cayenne, krim dan kacau.
3. Seterusnya, masukkan ayam, kentang, lobak, bawang, bawang putih, dan masak selama 3 minit.
4. Pindahkan ke dalam mangkuk sejukkan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
5. Gunakan tepung untuk elak kan pastry melekat..
6. Gunakan piring, potong empat pekeliling yang lebih besar daripada hidangan dari pastri puff.
7. Sendukkan inti ke dalam bekas membakar dan taburkan keju di atas.
8. Letakkan kepingan pastri di atas bekas pembakar dan tutup dengan pastry..
9. Sapu bahagian atas dengan telur
10. Bakar dalam ketuhar selama 30 minit pada 400F sehingga pastri berwarna coklat keemasan.
Angkat dan nikmati.. perghhhh
Thankyou#ntd.tv
RESEPI SIPUT SEDUT MASAK LEMAK
BAHAN-BAHAN
Bawang merah**
Bawang putih**
Lengkuas**
Kunyit hidup**
Cili padi**
Cili hijau besar**
Bahan yg bertanda** dikisar
Siput sedut
Daun kesum
Serai dititik
Asam keping 1
CARA-CARA MEMASAKNYA
1.Masakkan santan bersama bahan kisar kedlm periuk,kacau hingga mendidih,
2.masuk serai yg dititik bersama 1 asam keping.
3.Bila dah mendidih masuk siput sedut sedikit garam dan gula,
4.last masukkan daun kesum.
Kredit Resepi :ig masakwithpassion
RESEPI SUP IKAN MERAH SEDAP
BAHAN-BAHAN
1 kg ikan merah
4 cawan air
minyak utk menumis
Daun sup/daun bawang dan bawang goreng-utk taburan
Bahan tumbuk
1 sudu besar lada sulah/putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
Bahan Tumis
1 btng kayu manis, 1 kntm bnga lawang, 2 biji buah pelaga
1 ulas bwng putih-hiris
2 biji bwng merah-hiris
CARA-CARA MEMASAKNYA
1.Ikan di siang,ptng 2, cuci dan toskan.
2.Tumbuk lada putih hingga lumat dan tumbuk bhn2 yg lain sehingga lumat.
3.Panaskan minyak dan tumiskan bhn2 tumis.
4.Masukkan bahan2 tumbuk tadi dan tumis sehingga naik bau.
5.Masukkan air, biarkan mendidih.
6.masukkan ikan dan kacau rata.
7.Tambah air lagi jika perlu. Masukkan garam dan perasakan.
8.Sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan angkat.
9.Letak dlm mangkuk dan taburkan bwng goreng dan daun sup/bawang. Sedia utk di hidangkan.
10.Siap!
RESEPI AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS
BAHAN-BAHAN
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3-4 cm halia
1 kiub pati ayam
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar sos lada hitam
3/4 sudu besar garam
1 sudu besar gula
1 sudu besar madu
4 sudu minyak zaitun
2 sudu air
CARA - CARA MEMBUATNYA
1.Blend kesemua bahan di atas.
2.Kemudian tambah 1 sudu mixed herbs ke atas ayam (1/2 ekor).
3.Lumur perap tadi bersama ubi kentang.
4.Bakar pada suhu 180c selama 1 jam.
Selamat mencuba!
kredit rasapop
RESEPI TOMYAM SANTAN THAI
BAHAN-BAHAN
600 gm Makanan laut
6 batang serai
15-20 tangkai cili padi
1/2 biji kelapa
(diambil 2 mangkuk santan)
6 helai daun limau purut
3 biji tomato
1 labu bawang besar
2 peket cendawan tiram
2 tangkai daun bawang
secekak daun ketumbar
1 inci lengkuas
1 inci halia
2 ibu tomyam thai
4bijik cili padi
3 sudu mae phranom
2 tbsp sos nampla
1 biji limau nipis besar
(perah airnya)
CARA MEMASAK:-
1. Potong isi ayam nipis-nipis. Serai di potong menyerong kasar. Hiris kasar halia , lengkuas dan bawang besar.Potong wedges tomato.
2. Siat-siat kasar cendawan tiram dan daun limau purut. Ketuk sedikit cili padi.(saya letak banyak cili padi kerana santan membuatkan ianya kurang pedas)))
3. Masukkan santan kedalam periuk besar bersama serai, lengkuas dan halia. Didihkan sambil si kacau. Masukkan pula cili paste, sos nampla/ikan dan ibu tomyam thai
4.Masukkan pula makanan laut, masak lagi sehingga separuh masak. Masukkan cendawan, daun bawang, daun ketumbar(perlu ada) dan daun limau purut serta cili padi.
5. Masukkan sedikit gula, air limau nipis, bawang besar dan tomato. Didih kan sebentar saja dan boleh di angkat..
Kredit : Page Fb Resepi Viral Terbaik.
RESEPI JAPANESE MOCHI - FRUIT AND CREAM FILLING
BAHAN-BAHAN
125 gram Tepung Pulut
40 gram Tepung jagung
65 gram gula
50 gram air panas
150 gram Susu Segar
50 gram mentega
INTI
125 gram whipping Cream
10 gram Gula Icing
strawberi,
Mango
Kiwi
CARA - CARA MEMBUATNYA
Dalam kuali, sangai tepung pulut 150g pada suhu rendah, kacau terus sehingga tepung dimasak sepenuhnya.
Dalam mangkuk campuran yang besar, bancuh air panas dan gula, kacau sehingga gula larut, tambah susu, pewarna makanan, tepung jagung, tepung beras pulut 125g, kacau hingga rata.
Tuang campuran melalui jaring penapis ke dalam mangkuk. stim selama 30 minit.
Angkat.. kemudian masukkan 50g mentega, uli menjadi doh dan bungkus dengan plastik.
Dalam mangkuk besar, pukul whipping dan gula sehingga tekstur kanan.
Sediakan buah-buahan.
Gulung adunan menjadi silinder diameter 2 inci, potong kira-kira 1 inci panjang kepingan silinder kecil.
Gulungkan setiap kepingan kecil ke dalam pembungkus bulat nipis.
Letakkan krim dan buah di tengah dan balut sepenuh nya.
Letak kan mochi di atas kertas untuk mengelakkan nya melekat atau bergolek..
Siap untuk di hidangkan!!
Kredit NTDtv
RESEPI CUCUR MILO
BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung gandum
1/2 cwn serbuk milo
1 sudu teh sodium bikarbonat
3 sudu bsr gula
1 biji telur
Air ( anggrn 1 1/2 cwn)
CARA-CARA MEMBUATNYA
Ayak tepung n soda bikarbonat.
Masukkan milo n gula.
Telur
Masukkan air sikit-sikit
Pastikan mInyak betul-betul panas baru masukkan.
Kredit Resepi : hasmiza othman
RESEPI KEK SARANG SEMUT PALING SEDAP
Bahan untuk karamel / gula hangus :
1 cawan gula pasir
3 sudu mentega
1 cawan air mendidih
Cara-cara :
1. Cairkan mentega di dalam periuk, kemudian masukkan gula.
2. Dengan api sederhana kecil, hanguskan gula hingga keperang-perangan.
3. Kalau aku, aku sukakan rasa karamel yang agak pahit-pahit sikit, so akau akan
hanguskan "lebih" sikit dari biasa.
4. Bila dah perang, terus tuang air panas mendidih ke dalam gula hangus tadi.
5. Kacau supaya semua gula yang berkerak tadi tu menjadi rata dan larut.
6. Padamkan api. Biarkan gula hangus atau karamel korang sejuk.
Bahan-bahan untuk membuat kek :
4 biji telur ayam gred B
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
2 sudu teh soda bikarbonat
Cara-cara:
1. Pukul telur dengan hand wisk
2. Masukkan susu pekat dan kacau sebati
3. Ayakkan tepung berserta soda bikarbonat ke dalam adunan, masukkan secara sedikit demi sedikit
4. Tepung dan gula hangus dimasukkan berselang-seli semasa mengadun.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang bila adunan dah nampak sebati.
6. Jangan risau kalau adunan nampak cair. Sememang nya begitulah kejadiannya.
7. Rehatkan adunan di dalam loyang tadi selama 1 hingga 2 jam.
Tips:
Tujuan adunan direhatkan sebegitu lama adalah untuk membenarkan soda bikarbonat untuk bertindak menghasilkan gelembung-gelembung udara.
Dalam menghasilkan kek gula hangus, paling penting, jangan terlebih pukul. Korang tak mungkin nak kek gula hangus korang jadi kek dua lapisan kan? Dimana lapisan atasnya tekstur macam kek span, dan kek sarang semut di lapisan bawahnya.. Taknak kan? So, pukul sekadar nak sebatikan semua bahan jer okey?
8. Akhir sekali, panaskan oven pada suhu 170°C selama 10 minit.
9. Lpeas 10 minit, masukkan adunan ke dalam oven, selama 1 jam menggunakan api bawah.
10. Tinggal 10 minit terakhir, ubah mode kepada api atas bawah.
11. Sejukkan kek dahulu sebelum dipotong.
Siap!
Kredit :
Page FB Aneka Resepi Masakan
RESEPI KEK LELEH BERHANTU
BAHAN A
1 3/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
BAHAN B
1 cawan minyak @ minyak jagung
1/2 tin susu cair sejat
1 cawan air panas+ 1/2 sudu teh garam+ 1 sudu teh nescafe
BAHAN C
3 telur A
CREAM
3 cawan fresh cream diputar kental
GANACHE
1 cawan coklat masakan dimasak cara double boiler.
Padam api
Masukan fresh cream mengikut kecairan masing2.
CARA - CARA MEMBUATNYA
1.Satukan A
2.Masukan B ikut turutan
3. Masukan C
4.Masukan dlm acuan pilihan,kukus hingga masak.
5.Sejukkan.
6.Sapu fresh cream,tuang
ganache,paipkan fresh cream & lorek.
Credit : astini cake