Tuesday, May 12, 2020

2:33 PM


RESEPI KEK LAPIS BELACAN LUMUT CHEESE


BAHAN - BAHAN


LAPISAN KEK BELACAN
 ( BAHAGIAN BAWAH )

170 g mentega asli
50 g gula halus
3 biji telur grad A
95 g tepung pau
100g sri kaya Yeos
100 g susu pekat manis
100g milo
100 g Horlick
1 sb browning sugar
250 g coklat masakan ( dicairkan )
Sedikit asen vanilla

CARA - CARA MEMBUATNYA 
( LAPISAN KEK BELACAN )

1. Mentega dan gula dipukul sehingga kembang

2 .Masukkan telur satu persatu.

3. Masukkan tepung gandum, milo, horlick dan susu pekat. Sebatikan.

4. Masukkan esen vanilla, browning sugar dan coklat masakan.

5 .Kukus satu jam atau sehingga masak.


 LAPISAN KEK LUMUT 
(BAHAGIAN TENGAH)

BAHAN - BAHAN

170 g mentega asli
3 biji telur A
50 g gula halus
90 g roti marie ( dikisar)
1 sudu penuh tepung pau
100 g sri kaya Yeos
100 g susu pekat manis
100 g Horlick
½ botol pandan paste
Sedikit pewarna hijau


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Mentega dan gula dipukul sehingga kembang.

2. Masukkan telur satu persatu.

3. Masukkan susu pekat, sri kaya, Horlick, tepung roti marie, tepung, pandan paste dan pewarna hijau. Sebatikan.

4. Lapiskan ke atas kek belacan yang telah dimasak tadi.

5. Kukuskan 1 jam atau sehingga masak


 LAPISAN KEK CHEESE 
( BAHAGIAN ATAS)

BAHAN - BAHAN

750 g cream cheese
150 g gula halus
3 biji telur A
Sedikit esen vanilla
2 sudu penuh tepung pau
Sedikit pewarna putih


CARA - CARA MEMBUATNYA

 ( Lapisan Kek Cheese )
1. Cream Cheese, esen vanilla dan gula dipukul rata.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan tepung gandum. Sebatikan.
4. Lapiskan di atas kek lumut yang telah masak tadi.
5.Kukus 2 jam atau sehingga masak.

TIPS :
 Sapu acuan dengan marjerin. Lapikkan Loyang dengan kertas minyak bahagian bawah dan bahagian sekeliling acuan supaya senang untuk dikeluarkan dari Loyang apabila kek sudah masak.
Apabila mengukus, tutup loyang menggunakan 'Plastic Wrap'. Untuk mengelakkan wap air masuk kedalam loyang. 
Jika sudah masak, simpan kek ke dalam peti sejuk semalaman. Sila simpan dengan acuan sekali. Ini adalah supaya kek senang untuk dikeluarkan dan kek juga tidak akan jadi kemek dan senang untuk dipotong.


Sumber Resepi :
 Fb page Gigit rangup


0 comments:

Post a Comment

RECOMMENDED FOR YOU