Monday, May 4, 2020

11:46 PM

RESEPI APAM PILKADOT SUKATAN CAWAN


BAHAN A

3 biji telur ayam gred A dari peti ais
1 cawan gula halus
1 cawan susu cair
1 sudu makan membukit ovelate
1/2 sudu makan esen vanila


BAHAN B

2 cawan tepung gandum
3 sudu teh baking powder
Untuk sukatan cawan, boleh gunakan apa-apa cawan yang sama atau cawan metrik 250ml.



CARA - CARA MEMBUATNYA

#1: Campurkan Bahan B dan ayak 2-3 kali supaya rata. Ketepikan.

Bahan A dimasukkan dalam bekas pengisar. Guna kelajuan paling tinggi dan kacau hingga adunan mula bertanduk.

Barulah masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau dengan senduk tangan sahaja. Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk adan letak warna. Terpulang.


#2: Sementara tu tadi, panaskan pengukus dengan api sederhana besar untuk didihkan air.

Tepung yang siap diwarnakan dikacau sebelum masuk ke dalam piping bag. Piping masuk ke dalam acuan separuh, boleh letak inti pilihan atau tak nak pun takpe. Lepas tu piping lagi sampai 3/4 acuan.

Barulah cantik resepi apam polkadot yang ni. Penuh dengan tips untuk elak berlubang, elak bantat. Cantik elok hasilnya. buat makan pagi atau minum petang best.
Barulah piping tepung bewarna untuk dot dot atau anda nak lukis apa-apa yang menarik di atasnya.

Bila air dah mendidih, boleh kukus apam selama 9-10 minit. Setiap 5 minit buka penutup.

Siap.



Kredit Resepi
Resepi Mama


0 comments:

Post a Comment

RECOMMENDED FOR YOU