Wednesday, June 8, 2016

RESIPI BEBOLA KENTANG CHEESE


RESIPI BEBOLA KENTANG CHEESE


BAHAN - BAHAN KULIT

300g kentang kukus, lecek halus
2 sudu makan susu tepung
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/4 sudu teh serbuk pala
1 sudu makan mentega tawar
Minyak

22 ketul kiub keju
2 biji putih telur, pukul ringan
100g serbuk roti kasar



CARA - CARA MEMBUATNYA

Kacau rata bahan kulitAmbil sedikit adunan. Leperkan.

Intikan dengan kiub keju. Bentukkan bebola

Gulingkan dalam serbuk roti kasar. Celupkan ke dalam putih telur.
Gulingkan lagi ke dalam serbuk roti kasar.

Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan dengan api sederhana sehingga masak.

siap



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

 

Tuesday, June 7, 2016

RESEPI KUIH ONDE - ONDE


RESEPI KUIH ONDE-ONDE


BAHAN - BAHAN


Tepung pulut - ikut suka berapa banyak
5 helai daun pandan - jus pandan secukupnya
Gula melaka / Gula apong - potong kecil
1/2 biji kelapa muda parut - ambil bahagian putih sahaja
Sedikit garam - untuk gaul dengan kelapa parut
Sedikit kapur
 

CARA - CARA MEMBUATNYA
.

Bancuh tepung pulut dengan air daun pandan dan air kapur sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh digentel dan tak melekat di tangan.
.
Ambil adunan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan gula Melaka / gula apong yang dipotong kecil atau dihancurkan supaya ianya betul betul cair semasa direbus. Tutup adunan kemas kemas dan gentel adunan dengan kedua tapak tangan supaya berbentuk bulat cantik.
.
Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. boleh masukkan daun pandan supaya wangi.
.
Masukkan bebola tepung tadi dan tunggu sehingga ianya timbul di permukaan air menandakan ianya telah masak dan sedia diceduk keluar.
Tos dan terus masukkan ke dalam pinggan kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam. Golek golekkan di atas kelapa sehingga ianya betul betul bersalut. 

Sedia untuk dihidangkan.






AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


RESIPI LEPAT PISANG



RESIPI LEPAT PISANG 
 

BAHAN - BAHAN

2 cawan pisang, yang sudah dilecek
1/4 cawan gula putih
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung beras
1 keping gula melaka atau nisan (sejenis gula yang bulat dan nipis)
1/4 cawan kelapa parut
1 sudu kecil garam


CARA - CARA MEMBUATNYA

Panaskan periuk kukus.

Parut halus gula melaka supaya senang digaul rata bersama-sama bahan lain nanti.
.
Gaul sekata pisang yang dilecek bersama gula putih, gula melaka, tepung gandum, tepung beras, kelapa parut dan garam.
.
Ketepikan atau rehatkan adunan seketika.
.
Bersihkan daun pisang dan layurkan di atas api sehingga layu sedikit.
.
Potong daun pisang anggaran 1 1/2 lebar tapak tangan.

Sudukan adunan sebanyak 3 sudu dan lipat sisi daun pisang ke atas dan kemudian lipat pula satu bahagian tepi. Tegakkan supaya bahagian lipatan tadi berada di bawah dan lipat bahagian yang satu lagi dengan kemas.
.
Susun di dalam loyang pengukus dan kukus selama 20 hingga 25 minit.
.
 



AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


 

RESEPI BINGKA LABU


RESEPI BINGKA LABU

BAHAN - BAHAN

2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan (tak perlu terlalu pekat)
3 biji telur
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam halus
3 sudu mentega, cairkan
2 cawan puri labu
bijan secukupnya

 
CARA - CARA MEMBUATNYA

Kupas kulit labu dan potong kiub. Steam sehingga lembut dan kemudian lecek halus.

Sukat sebanyak 2 cawan.

Masukkan tepung, santan, telur, gula pasir, garam dan mentega. 

Kisar semua bahan-bahan tersebut sehingga sebati.

Tuang bahan kisar ke dalam bekas dan kacau bersama puri labu.

Tuang bancuhan ke dalam acuan yang sudah digris dengan minyak, 

tabur permukaan atas dengan bijan dan bakar selama 20-25 minit, 
atau sehingga bahagian atas kuih masak keperangan.
.
Keluarkan dari acuan dan sejukkan sebelum dipotong





AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

 

RESEPI KUIH KOCI


RESEPI KUIH KOCI


BAHAN - BAHAN INTI


250ml santan pekat *daripada satu biji kelapa
200ml air
150gm gula melaka
2 sudu besar gula pasir
1/2 biji kelapa parut *putih sahaja
1/2 sudu teh garam
daun pisang *dipotong

BAHAN - BAHAN - KUIH

300gm tepung pulut
240-250ml air
3 sudu makan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
 

CARA - CARA MEMBUATNYA

CARA MEMBUAT INTI


Satukan air,gula melaka dan gula pasir dalam periuk. 

Didihkan hingga gula larut.

3.Masukkan kelapa parut dan garam. Kacau lagi hingga kering.

 Sejukkan inti ini.

 
CARA MENYEDIAKAN KUIH

Santan pekat didihkan atas api yang sederhana hingga keluar minyak. Ketepikan.

  Bancuhkan tepung pulut,air,tepung gandum dan garam  hingga sebati. 

Ambil sedikit dan bentukkan ianya bulat. Leperkan bebola ini dan bubuhkan sedikit inti ditengahnya dan bulatkan.
.
Kemudian letakkan bebola ini di atas sekeping daun pisang dan bubuhkan sesudu besar santan yang didihkan tadi. Bungkus dengan kemas.
.
Kukus kuih koci ini dalam pengukus yang telah dipanaskan selama 15-20 minit.





AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my

 

RESEPI KUIH CARA BERLAUK


RESEPI KUIH CARA BERLAUK
 

 

BAHAN - BAHAN INTI

300g daging atau ayam kisar
2 sudu besar serbuk kari
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit lada putih atau lada sulah

 
BAHAN HIASAN DI ATAS

2 biji cili merah, hiris halus
Bawang goreng
daun bawang
daun sup

 
BAHAN - BAHAN  KUIH CARA

2 cawan tepung gandum
2 biji telur
4 cawan santan cair
½ sudu kecil garam
¼ sudu kecil pewarna kuning
 

CARA - CARA MEMBUATNYA


 
CARA MEMBUAT INTI

Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan.

Masukkan bancuhan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan masak sehingga pecah minyak.

Masukkan daging bersama lada sulah dan kiub yam kemudian kacau sehingga kering airnya.

Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
 

CARA - CARA MEMBUAT KUIH CARA


Bancuh semua bahan adunan kuih cara dan kacau sehingga sebati.
Dicadangkan menggunakan Blender

Tapis dengan penapis supaya tiada ketulan tepung. 
 
Panaskan loyang kuih cara dan sapu sedikit minyak. 

Tuang adunan ke dalam acuan dan sudukan inti ke atas kuih.

 Kemudian tabur dengan hirisan cili, daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
.
Tutup loyang dengan penutupnya atau tudung periuk.
.
Masak selama lebih kurang 3-4 minit di atas api perlahan.





AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my


RESEPI ROTI GULUNG SOSEJ BERKEJU


RESEPI ROTI GULUNG SOSEJ BERKEJU

BAHAN - BAHAN

 Sebuku roti
Sosej
dua biji telur ( dipukul kembang )
Slice cheese/cheddar cheese
Serbuk roti


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Gelekkan roti sehingga mampat.

2. letakkan lapisan/ kepingan cheese di atas roti.

3.Gulungkan sosej bersama kepingan roti dan cheese.

4. celupkan gulungan di dalam telur.Kemudian golekkan dalam serbuk roti sehingga rata.

5.Panaskan minyak dan goreng dalam api yang sesuai/ sederhana ( supaya tidak hangus )
 sehingga masak atau serbuk roti telah rangup..

6. Angkat dan siap untuk dihidangkan.





AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my