Thursday, November 9, 2017

2:37 PM

RESEPI KEK COKLAT MOIST MUDAH

BAHAN BAHAN KEK

240g Tepung gandum
60g serbuk koko
230g gula
1 cawan minyak
1 cawan susu cair ( guna 2 sudu susu tepung kacau dalam air pun boleh )
5g asen vanila
5g sodium bikarbonat
2 biji telur

CARA CARA MEMBUATNYA

1.Campurkan semua bahan dan kacau guna senduk sehingga sebati (Sebelum tu panas pengukus dulu )
2.Lapik loyang menggunakan kertas minyak dan tuang semua bahan tadi.
3.Ikat kain pada penutup periuk pengukus.
4.Kukus kek selama 60 minit ( Dah boleh mula check kek dengan cucuk guna selepas 50 minit, kalau dah ok boleh tutup api )

BAHAN BAHAN TOPPING

30g serbuk koko
2 sudu minyak masak
1 cawan susu pekat manis
Coklat rice

CARA CARA MEMBUATNYA

1.Campurkan susu pekat manis, minyak dan serbuk koko dan gaul secara double boil. Agak agak likat terus angkat.

CARA HIDANG

1.Setelah kek sejuk, letakkan toping keseluruhan kek.

2.Taburkan coklat rice.

3.Siap!

Cair dalam mulut bakhanggg

TIPS:
1. Kukus kek lebih moist berbanding bakar.
2. Topping boleh adjust ikut selera masing masing, lebihkan/kurangkan susu atau serbuk koko.
3. Letak topping ketika kek sudah sejuk.
4. Resepi diatas boleh juga digunakan untuk buat cupcake. (Kukus 20 minit )
Selamat mencuba!

SHARE biar sama sama boleh cuba.

0 comments:

Post a Comment

RECOMMENDED FOR YOU