Tuesday, March 28, 2023

RESEPI KEK BATIK EMPIRE


RESEPI KEK BATIK EMPIRE


BAHAN - BAHAN

200 gm mentega
1/4 cawan gula halus
4 biji telur gred B
1/4 cawan serikaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan horlick
150 gm biskut marie - dipatah 4
1 sudu besar serbuk koko + 1 sudu besar coklat emulco
pewarna hijau
.
CARA MEMBUATNYA : 

1.Pukul mentega dan gula dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan gebu.

2.Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil pukul hingga kembang.
Masukkan serikaya, susu pekat manis dan esen vanilla, pukul lagi hingga sebati.

3.Kemudian,masukkan pula tepung gandum, horlick dan gaul hingga rata.

4.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dimasukkan <(serbuk koko+coklat emulco) + 1/2 biskut marie>yg telah dipatahkan dan satu bahagian lagi masukkan <pewarna hijau + 1/2 biskut marie>.

5.Sapukan mentega pada dasar loyang/bekas acuan dan alaskan bekas acuan dengan kertas kek.

6.Masukkan adunan berwarna hijau,ratakan keseluruh permukaan loyang. Goyang2 dan hentakkan loyang supaya adunan menjadi mampat.

7.Panaskan air kukusan dan kukuskan menggunakan api sederhana hingga separuh masak.

8.Kemudian,keluarkan adunan tersebut dan tuangkan adunan berwarna coklat tadi,ratakan dan goyang2,hentakkan sehingga mampat.

9.Masukkan semula dalam periuk pengukus dan kukus lagi sehingga 1 jam atau sehingga masak.

10.Sejukkan dan boleh dipotong untuk dihidangkan.


Facebook Page :
 Resepi Kek & Puding

Sunday, September 12, 2021

RESEPI KERUTUK AYAM

RESEPI KERUTUK AYAM.

1/2 ekor ayam (potong ikut suka, bersihkan n tos)
1 cawan santan
2 sudu kerisek
7 tangkai cili kering.
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
1 batang serai
Rempah 4 sekawan (cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
1/2 bungkus rempah kerutuk adabi
1/2 bungkus rempah kari adabi
Air
Minyak
Garam
Gula melaka/gula gerek (ikut citarasa, nak manis lebihkan sikit)


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili kering di blender...
(rebus dahulu cili kering.)

 2.Panaskan kuali, masukkan minyak, tumis bahan yang dikisar...

3. Masukkan sekali rempah 4 sekawan, kemudian masukkan gula melaka/gula gerek (supaya bahan tumisan cepat garing)...

4. Bila bahan dah garing, masukkan rempah kari dan rempah kerutuk....

5. Masukkan sedikit air, kacau, kemudian masukkan ayam.

6. Gaulkan. Masukkan kerisik dan santan.

7. Kacau sampai pekat dan agak kering.

8. masukkan garam secukupnya...rasakan dan ikut kepekatan kuah masing - masing.

9. Siap.

Kredit Resepi : 
Nim Nazihah


RESEPI ROTI DONUT BOLA

RESEPI ROTI DONUT BOLA

BAHAN - BAHAN

1 peket yis mauripan
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
3sb gula ( nak manis boleh tmbah gula ikut suka manis tahap mana)
3sb susu pekat
2sb marjerin
1biji telur
Gula halus @ gula aising ( untuk gaul donut nanti)


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Cairkan marjerin. bila dah sejuk tambah telur pukul sikit ketepikan.

2. Gula dan susu pekat disatukan dalam air suam kacau hingga larut masukkan yis kacau lagi biarkan dalam 10 minit.

3. Selepas 10 minit yis akan naik berbuih- buih. masukkan marjerin yang dah bercampur dengan telur kacau.

4. Selepas tu boleh masuk kan bahan-bahan semua ke tepung gandum uli sampai jadi doh.

5. Dah jadi doh, rehatkan doh dalam 30 minit.

6. Dah rehatkan doh, uli tumbuk-tumbuk bagi buang angin selepas tu boleh buat bentuk bulat macam bola susun dalam dulang secara  jarang- jarang. ( taburkan tepung sikit ).

7. Dah siap bentukkan bulat-bulat. biarkan dalam 10-15 minit bagi kembang elok baru goreng.

8. Goreng dalam api yang serdahana.

9. Dah siap goreng gaulkan dengan gula halus @ gula aising, 

10. siap.


Kredit resepi
: Nur Aien

RESEPI PAU KUKUS GEBUS


RESEPI PAU KUKUS GEBUS


BAHAN-BAHAN:

250 gram tepung pau baker choice
3 sudu besar gula castor
1 sudu susu pekat
1 sudu teh rata baking powder royal
1/2 cawan air klu doh keras tmbah sikit lgi air
5 gram instant yis
1 sudu besar penuh shortening
1/4 sudu garam halus
1/2 sudu teh krim super(JJ guna Rfb)


CARA - CARANYA : 

1. Ayak tepung gandum dengan baking powder.

2. Campurkan yis dan shortening masukkan dalam mixer. 

3. Larutkan air dengan susu gula dan garam halus masukkan air dalam mixer.

4. Uli dalam 10 minit biar doh licin dan masukkan krim super. Uli dalam 5 minit dan boleh timbang doh 25 atau 30 gram .

5. Leperkan dan letak inti coklat dan kemaskan. Biar doh naik dalam 15 minit baru di kukus.

6. Kukusan yang sudah mendidih kecilkan api dan biarkan 5 minit baru letak kukusan dan penutup kukusan hendaklah di balut dengan kain.. Kukus selama 7 minit. Turunkan periuk kukusan kebawah baru di buka penutupnya untuk elak pau berkedut...

Tips:  Dalam air kukusan masukkan daun pandan untuk aroma pau okay.



Kredit Resepi : 
Rofiesyah jaafar

Wednesday, August 25, 2021

RESEPI TELUR BISTIK SEMPOI

RESEPI TELUR BISTIK SEMPOI


BAHAN - BAHAN

5-6 bj telur(goreng mata kerbau jer)
1 biji bawang besar hiris 
5 ulas bawang putih hiris
Sedikit halia hiris(jgn byk tau)
10-15 bj cili padi potong tengah tp jgn putus
1/2 cawan mix vegetable
1  1/2 senduk sos cili
Sedikit kicap(2 kali renjis) 
1 cawan air(suka kuah lebih bleh tambah lg 1/2 cawan)
1/2 sdb gula(bleh tambah jika suka)
2 sdt garam
Perasa jika perlu
2 senduk minyak masak


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Panaskan minyak.tumis bahan hiris dan cili hingga naik bau..

2. Masukkan sos cili dan renjiskan kicap. Tumis hingga naik minyak..

3. Masukkan sayur campur ( mix vegetable).kacau sebati..

4. Masukkan air. Dah menggelegak masukkan telur, garam, perasa, sesuaikan rasa.

5. Apabila agak pekat, tutup api, sedia dihidang.

6. Tabur daun sup atau daun bawang .



kredit Resepi: 
MARIANA ZAINAL

RESEPI SOS PENCICAH THAI

RESEPI SOS PENCICAH THAI


BAHAN - BAHAN

3 ulas bawang putih dikopek kulit.
2 cili merah. (kalau ingin lebih pedas tambah dua atau tiga cili padi merah).
1/2 cawan gula pasir.
3/4 cawan air.
1/4 cawan cuka.
1/2 sudu besar (tbsp) garam.
1 sudu besar tepung jagung dicairkan dengan 2 sudu besar air.


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali tepung jagung.

2. Masak kisaran tersebut dengan api yang sederhana.

3. Bila mula mendidih masukan cairan tepung jagung dan kacau sehingga tepungnya masak dan kelikatan sos . Sos perlu sentiasa di kacau selama 1 minit.

4. Biarkan sos sejuk dan masukkan dalam botol kedap udara dan simpan di peti sejuk.



Kredit Resepi : 
Masakan pelbagai citarasa

RESEPI CHUROS GEMOK

RESEPI CHUROS GEMOK


BAHAN-BAHAN

1 cawan tepung gandum
1sudu besar marjerin
1 sudu besar gula
1 cawan air
1 biji telur
1sudu kecil esen vanilla
Secubit garam


CARA - MEMBUATNYA

1. Masak air, marjerin ,gula & garam hingga mendidih 

2.  Masukkan tepung gandum kacau sampai sebati.

3. Tutup api

4. Bagi suam masukkan telur kacau sebati

5. Tekan guna acuan semperit..

6. Goreng sampai perang

7. Taburkan gula/serbuk kayu manis kalau suka atau pun cicah coklat



kredit Resepi: 
Cikpuan ala