Sunday, September 12, 2021

7:22 AM

RESEPI ROTI DONUT BOLA

BAHAN - BAHAN

1 peket yis mauripan
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
3sb gula ( nak manis boleh tmbah gula ikut suka manis tahap mana)
3sb susu pekat
2sb marjerin
1biji telur
Gula halus @ gula aising ( untuk gaul donut nanti)


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Cairkan marjerin. bila dah sejuk tambah telur pukul sikit ketepikan.

2. Gula dan susu pekat disatukan dalam air suam kacau hingga larut masukkan yis kacau lagi biarkan dalam 10 minit.

3. Selepas 10 minit yis akan naik berbuih- buih. masukkan marjerin yang dah bercampur dengan telur kacau.

4. Selepas tu boleh masuk kan bahan-bahan semua ke tepung gandum uli sampai jadi doh.

5. Dah jadi doh, rehatkan doh dalam 30 minit.

6. Dah rehatkan doh, uli tumbuk-tumbuk bagi buang angin selepas tu boleh buat bentuk bulat macam bola susun dalam dulang secara  jarang- jarang. ( taburkan tepung sikit ).

7. Dah siap bentukkan bulat-bulat. biarkan dalam 10-15 minit bagi kembang elok baru goreng.

8. Goreng dalam api yang serdahana.

9. Dah siap goreng gaulkan dengan gula halus @ gula aising, 

10. siap.


Kredit resepi
: Nur Aien

0 comments:

Post a Comment

RECOMMENDED FOR YOU