Wednesday, June 17, 2020

RESEPI DAGING DENG DENG MEK DA


RESEPI DAGING DENG DENG MEK DA


BAHAN - BAHAN

3 biji bawang putih 
4 biji bawang merah (lebih pun tak apa lebih sedap) 
1 inci halia 
1/2 inci lengkuas 
3 tangkai Serai (lebih pun tak apa lebih sedap) 
3 senduk besar lada kisar 
1/2 mangkuk kicap (untuk di perap bersama daging) 
2 senduk kicap Saya cadangkan "kicap kipas udang - MANIS  (warna merah)"
 1 mangkuk daging(siap dihiris) 
 minyak masak secukupnya 


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Daging diperap dengan 1/2 mangkak kicap tutup mangkuk dan ketepikan. 

2. Tumbuk @ kisar bahan 1-5. 

3. Panaskan minyak, tumiskan bahan yang telah dikisar, setelah bahan tumisan naik bau masukkan lada kisar. 

4. Apabila lada sedikit garing, masukkan pula daging yang diperap beserta kicap. Biarkankan daging dengan api kecil @ sederhana dan sentiasa di kacau agar sekata dan tidak hangus di bahagian bawah, 

5. Setelah kuah menjadi kering, daging deng deng siap untuk di hidang.



Kredit Resepi  : 
Putri Bungsu


RESEPI COLEK BUAH @ ROJAK YANG SIMPLE TANPA TEPUNG


RESEPI COLEK BUAH @ ROJAK YANG SIMPLE TANPA TEPUNG


BAHAN - BAHAN

1 paket gula kabung / 4 keping gula melaka / 3 cawan gula 
(boleh tambah quantity jika suka)
10 biji bawang merah hiris nipis
1 gengam udang kering ditumbuk
15 biji cili padi / cili kering (tumbuk kasar)
1 inci belacan
1 cawan sos ikan Thai (sos nampla)
2 cawan air
1/2 cawan kacang tanah (sangai & tumbuk kasar)
1/2 cawan kicap manis
2 sudu besar sos tiram


CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Masukkan gula kabung @ gula melaka @ gula, sos ikan, belacan, cili dan air ke dalam periuk.  Masak dengan api slow ye. Masak sehingga pekat. 

2. Kemudian masukkan bawang kecil, udang kering, kicap manis dan sos tiram dan didihkan lagi sehingga pekat. Jangan lupa kacau.

3. Sejukkan colek, barulah masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk. Simpan dalam bekas yang tertutup dan masukkan dalam peti ais. 

**Hidangkan bersama buah-buahan 

RESEPI MI HONG KONG

RESEPI MI HONGKONG


BAHAN-BAHAN:

200gm mi kuning
2 biji telur
80gm udang | dibuang kulit
80gm sotong | dihiris
2 ulas bawang putih | dicincang halus
3 sudu makan cili boh
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
2 helai daun sup | dihiris
50gm sawi | dihiris
40gm kobis | dihiris
30gm kobis bunga | dihiris
40gm lobak merah | dihiris
50ml air
Garam secukup rasa


CARA MEMASAK:

1. Campurkan mi kuning bersama telur, gaul rata. Panaskan minyak dan goreng mi hingga garing. Angkat dan ketepikan.

2. Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili boh dan kacau hingga pecah minyak.

3. Kemudian, masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau sebentar.

4. Masukkan sotong dan udang, kacau sebentar. Masukkan pula daun sup, sawi, kobis, kobis bunga dan lobak merah.

5. Selepas itu, masukkan air dan biar didih sebentar.
6. Perasakan dengan garam secukup rasa. Tuang kuah pada mi yang telah digoreng dan sedia dinikmati.

Sebelum mi digoreng, pastikan minyak betul-betul panas



Kredit Resepi :
News Feed



RESEPI AYAM PANGGANG ALA DOMINOS

RESEPI AYAM PANGGANG ALA DOMINOS


BAHAN - BAHAN

Ayam telah dipotong

120 gram sos cili
120 gram sos tomato
120 gram sos tiram 
2 sudu besar madu 
2 sudu besar gula
1 sudu besar garam
1 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar lada hitam
2 ulas bawang putih di tumbuk lumat
60 gram butter


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Masak kesemua bahan sampai butter cair

2.sejukkan

3. Lumur pada ayam dan letak sedikit minyak 

3. Perap ( lagi lama lagi sedap)

4. Bakar suhu 180°-200° ikut oven masing - masing qpi atas bawah.
selama 30-40 min 

SeLamAt mEnCUba


Kredit Resepi : 
Fiza Sezali


Tuesday, June 16, 2020

RESEPI ROTI BUN

RESEPI ROTI BUN


BAHAN - BAHAN

1 cawan air suam
1 peket yis mauripan(11gm )
#dikacau hingga larut
# biarkan naik berbuih dulu

1 biji telor (dipukul)
2 sudu makan majerin / mentega
2 sudu makan susu pekat 
3 sudu makan gula 
3 1/2 cawan tepung gandum


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Satukan semua bahan

2.  Tuangkan bancuhan YIS tadi

3. Gaul dan uli hingga mnjadi doh yang tak melekat - lekat ditangan

4.  Rehatkan & tutupkan ( biarkan doh naik )

5.  Apabila doh telah naik,Tumbuk - tumbukan dan uli semula doh dengan perlahan.

6.  Bentukkan ikut suka, susun dalam loyang

7. Sapukan mentega @ majerin

8. Rehatkan dan biarkan ia naik sekali lagi

9. Masuk oven dan bakar 150/160c hingga keperangan.
dengan menggunakan api diatas juga dibawah.

10. keluarkan dari oven dan sapukan dengan majerin/ mentega untuk nampak berkilat - (kalau suka )

nota:
[ Tambahkan tepung jika terlembik dan basah-basahkan tapak tangan 
dengan air jika adunan agak terkeras...tau..ULI hingga elastik ]

SELAMAT MENCUBA


Kredit Resepi : 
Maizurah Shariff




RESEPI KEK COKLAT PALING SENANG NAK BUAT


RESEPI KEK COKLAT PALING SENANG NAK BUAT


BAHAN - BAHAN

1 paket biskut Oreo (pek 137g)
100ml susu Dutch Lady coklat.


CARA - CARA MEMBUATNYA 

1. Hancurkan Biskut Oreo sekali dengan krim di dalamnya. Ikutlah nak bubuh dalam plastik dan tumbuk dengan lesung atau guna blender. Saya guna blender saja.

2. Tuang Susu ke dalam biskut yang dihancurkan tadi. Kacau sampai rata.

3. Bila dah siap, masukkan dalam loyang.

4.  Akhir sekali, kukus selama 20 minit dengan api kecil.

Siap!



Kredit Resepi 
Hunny Na



RESEPI KEK LUMUT CHEESE

RESEPI KEK LUMUT CHEESE


BAHAN - BAHAN

16oz mentega Anchor Salted
10bj telur ayam Gred A
2 gelas nestum madu diblend
1/2 gelas gula halus
200gm holick
1 tin kecil susu pekat
1 tin kecil srikaya yoes
1 gelas tepung hongkong
pandan paste 60ml
sedikit pewarna hijau tua


CARA - CARA MENGADUN

1. Putar mentega dan gula sehingga kembang, 

2. Masukkan telur satu persatu. pukul sehingga kembang dan sebati. 

3. Masukkan susu dan sri kaya gaul sebati. 

4. Masukkan lagi nestum,holick dan tepung, gaul rata. 

5. Last sekali masukkan pandan pes. gaul rata. 
Masukkan sedikit pewarna jika nak.


BAHAN CHEESE

750gm cream cheese
3 biji telur
1 gelas gula halus
4 sudu makan tepung hong kong

***Mixer bersama sehingga sebati


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Adunan hijau bahagi 2. kukus lebih kurang 1 1/2jam sehingga masak, 

2. Masukkan adunan cheese dan kukus lagi sehingga masak. 

3. Akhir sekali masukkan adunan hijau terakhir dan kukus sehingga 2 1/2jam keseluruhan atau sehingga cukup masak. guna acuan 9"x 9 ".

selamat mencuba. 


Kredit Resepi
Adinda Dona