Wednesday, September 11, 2019

RESEPI KUIH SEMPERIT SUSU


RESEPI KUIH SEMPERIT SUSU


BAHAN - BAHAN

500g Tepung Jagung
250ml Susu Pekat Manis
250g Mentega
Hiasan (optional)
Cip coklat/gula manik/ceri /pewarna (jika suka)


CARA - CARA MEMBUATNYA

1)Panaskan ketuhar pada suhu 160 darjah celcius (bergantung pada jenis ketuhar).

2. Sebatikan mentega dan susu pekat manis dalam mangkuk adunan.

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau sehingga menjadi satu adunan.

4. Tekan doh menggunakan acuan semperit .

5. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 15 minit. 
(Suhu dan masa bergantung pada jenis ketuhar)



Kredit resepi:
 Ridyantiey watiey 

Tuesday, September 10, 2019

RESEPI KACANG KRUP KRAP / ALMOND CRUNCY


RESEPI KACANG KRUP KRAP / ALMOND CRUNCY

BAHAN - BAHANNYA

Tepung florentine
Badam
Kuaci putih & hijau
Kacang almond
Bijan hitam


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Panggang semua kacang-kacang selama 10 minit pada suhu 130c

2.Bila sudah masak, gaulkan dengan tepung florentine 

3. Letakkan dalam loyang mengikut ketebalan yang disukai.

4. Bakar dalam 15 minit dengan suhu 150c 

5. .Bila sudah masak, Terus potong semasa masih panas.

6. Siapppp


Thursday, September 5, 2019

RESEPI CHOC CHIP COOKIES


RESEPI CHOC CHIP COOKIES


BAHAN A

1 cawan butter
1 cawan gula perang
1 cawan minyak masak
1/2 cawan gula halus
1 sudu besar susu cair/susu segar
(sy guna susu full cream 2sdb)
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
Secubit garam


BAHAN B

4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil cream of tartar
1 suduk baking powder
1 sudu kecil berkarbonat soda
2 cawan choc chip
(saya guna 1 cawan choc chip + 1 cawan choc rice)
1 cawan kekacang x kira jenis apa pun


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Pukul bahan A hingga sebati..jangan pukul lama..
Dalam 1 minit je.

2. Masukkan bahan B gaul sebati guna senduk sahaja..

3. Akhir sekali masukkan choc chip dan kacang..

4. Adunan agak lembik..dan jarakkan sedikit semasa susun adunan..bakar suhu 170c 20minit


Sumber resepi : 
Shahila Hanim

Wednesday, September 4, 2019

RESEPI BISKUT DAM


RESEPI BISKUT DAM


BAHAN - BAHAN

2 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan planta
1/2 cawan gula castor
1 biji telur
3 sb serbuk koko


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Pukul planta dan gula hingga kembang.

2. Masuk telur dan tepung gaul sebati .

3. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian diwarnakan 
dengan serbuk koko.

4. Masukkan kedua-dua doh dalam plastik dan disimpan di dalam fridge selama 30 minit.


CARA MELAPISKAN DAM

1. Kemudian canaikan doh kuning dan doh koko lebih kurang 
1cm tebal setiap keping. Pastikan kedua-dua doh sama saiz.

2. Sapukan campuran putih telur di atas lapisan koko. Kemudian 
dilapiskan lapisan kuning di atas lapisan koko itu. Buat 4 lapis.

3. Lepas itu lapisan yang telah siap itu dipotong-potong setebal 0.5cm ataupun 1cm setiap keping. Ketebalannya mempengaruhi besar atau kecil biskut itu.

4. Sapukan putih telur di atas sekeping lapisan itu dan diletakkan 
lagi sekeping lapisan bersilih warna (kuning+koko+kuning+koko). 4 lapis kesemuanya. Kemaskan susunan itu.

5. Di bahagian hujung lapisan yang telah menjadi seperti blok itu 
kita akan dapat lihat seperti susunan dam. Potongkan hujung 
yang tidak kemas itu dan seterusnya potonglah biskut itu setebal 1cm setiap keping.

6. Bakar pada suhu 165C selama 10 minit.


Kredit Resepi 
Athirah Mazalan


Wednesday, August 28, 2019

RESEPI KUZI AYAM SEDAP


RESEPI KUZI AYAM SEDAP

BAHAN - BAHAN

Ayam potong 12

BAHAN PERAP AYAM

Saffron
Halia 
Bawang putih
Garam

Potong kiub dan goreng:
Hempedal ayam
Hati ayam - (rebus dulu), kalau suka
2 biji bawang besar

BAHAN GORENG

15 biji bawang merah (setelah goreng, ditumbuk halus)
1/2 cawan kismis
1/2 cawan badam potong memanjang

BAHAN TUMIS

6 bawang merah - blend
4 bawang putih - blend
4 sudu besar rempah kuzi
1 cawan minyak (campur minyak sapi)
1 tin susu cair
1 botol sos tomato del monte

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Panaskan minyak. goreng bawang merah hiris, tos. goreng bawang besar hingga kuning, tos. goreng badam hingga kuning, tos. goreng kismis, tos. goreng hempedal ayam, tos. Akhir sekali goreng ayam separuh masak.

2. Dengan guna minyak yang sama, tumis bawang merah dan putih yang diblend hingga naik bau. Masukkan rempah kuzi yang telah dicampur dengan air. Goreng hingga wangi. Masukkan air, susu cair, sos tomato, kacau rata.

3. Masukkan bahan goreng yang lain seperti ayam, bawang goreng tumbuk, badam, kismis, hempedal, bawang besar goreng dsb. masukkan gula dan garam. Masak hingga agak pekat.

Sedap dimakan dengan roti jala, nasi minyak dan sebagainya


Kredit resepi
Page FB Resepi Masakan

RESEPI KUIH KETAYAP SEDAP


RESEPI KUIH KETAYAP SEDAP

BAHAN UNTUK INTI 

1/2 biji kelapa parut
1/4 cawan gula melaka
1/4 cawan gula pasir
2-3 helai daun pandan
1/2 sudu kecil garam

BAHAN UNTUK KULIT

2 cawan tepung gandum
2 cawan santan sederhana cair, anggaran dari 1/3 biji kelapa
1 biji telur
4-5 helai daun pandan
1 sudu kecil garam
2-3 titik pewarna hijau (optional)


CARA - CARA MEMBUATNYA


CARA UNTUK INTI

1. Masukkan kelapa parut, air, gula merah, gula pasir, garam dan daun pandan di dalam kuali.

2. Masak di atas api yang perlahan, kacau sehingga sebati dan sedikit kering. Sejukkan.


CARA UNTUK KULIT

1. Kisar 1/3 biji kelapa parut bersama daun pandan, dengan anggaran air supaya menghasilkan 2 cawan santan. Perah dan tapis.

2.Bancuh santan bersama tepung gandum, garam, telur dan beberapa titik perwarna jika mahu, supaya kulit menjadi lebih hijau. 

3. Kacau sebati menggunakan whisk dan kemudian tapis supaya tiada ketulan. Bancuhan tepung sepatutnya menjadi sedikit cair.

4. Panaskan kuali yg di griskan dengan sedikit minyak. 

5. Tuang satu senduk bancuhan tepung dan ratakan dengan memusingkan kuali ke kiri dan ke kanan supaya mendapat bentuk bulat. Ratakan bahagian atas menggunakan sudip jika perlu. 

6. Anggran 3-4 minit di atas kuali.

Angkat dan gulung bersama inti yang sudah disejukkan.



RESEPI RENDANG DAGING POWER

 

RESEPI RENDANG DAGING POWER 

BAHAN - BAHAN

1 sudu besar biji ketumbar *
1 sudu besar jintan manis*
1 sudu besar jintan putih *
1/2  sudu besar lada hitam*
5 tangkai cili kering*
-Sangai dengan api perlahan bahan-bahan bertanda* sampai cili kering jadi rapuh.
Kisar kering sampai halus ( ketepikan ) 
1 kg daging(potong nipis) @seekor ayam
5 ulas bawang merah kecik*
4 ulas bawang putih*
2 inci halia*
2 inci kunyit hidup *
4 batang serai*
10 tangkai cili kering*(rebus dulu) nak pedas lagi lebihkan
3 sudu besar kerisik
minyak masak secukupnya 
sekilo santan
garam
daun kunyit(hiris halus) 

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Kisar bahan2 bertanda * 

2. Tumis bahan-bahan kisar sampai garing @ pecah minyak

3. Masukkan rempah yang dikisar halus tadi. Kacau sebati 

4. Masukkan daging.. air daging akan keluar sendiri

5. Bila air daging dah agak kering sikit. Masukkan santan masak sampai pekat 

6. Masukkan kerisik. Tabur daun kunyit 

7. Rasakan dengan garam. kalau suka rendang yang manis boleh tambahkan gula




Sumber: 
fb zaimah zakaria