Tuesday, April 24, 2018

RESEPI NASIB ARAB PEMIKAT SUAMI & MERTUA


RESEPI NASI ARAB PEMIKAT HATI SUAMI & MERTUA

BAHAN AYAM & NASI

1 kg beras basmati (basuh dan toskan)
1.5 liter air (untuk air rebusan ayam)
2 ekor ayam (potong kepada 2 atau 4 sahaja)
1 tin kecil kacang peas
1 cawan kismis
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
3 sudu besar minyak
5 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih (bancuh dengan sedikit air)
Pewarna merah
Bawang goreng
Garam dan gula secukup rasa
2 biji labu bawang besar saiz kecil (potong bulat)
1 biji tomato saiz kecil yang masak (potong dadu)
1 biji lada hijau (potong besar, tambahkan lagi kalau nak pedas)

BAHAN - BAHAN TUMIS

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih (dimayang)
3 cm halia
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 pokok daun sadri (daun sup) hiris
1 pokok daun ketumbar
.
BAHAN SOS SALATOH

Buah tomato masak
Cili hijau (ikut kepedasan masing-masing)
Bawah putih
Bahan-Bahan untuk Sos Zabadi
Yogurt
Timun
Lobak merah
Timun
Bawang besar
Tomato
Limau nipis


CARA - CARA MENYEDIAKAN AIR REBUSAN AYAM

1) Air disukat dalam periuk dan direbus terlebih dahulu. Sukatan air bergantung kepada jenis beras yang digunakan.
2) Masukkan ayam dengan segera sementara mendidih. Ayam yang banyak direbus boleh dijadikan air rebusan yang lain.
3) Masukkan labu bawang besar dan buah tomato ke dalam periuk ayam.
4) Masukkan bahan-bahan tumisan ke dalam periuk ayam juga.
5) Kacau sedikit rempah yang telah dicampurkan dalam air rebusan. Tutup periuk dengan tudung. Rebuskan ayam tersebut dalam ½ jam dengan api yg sederhana kuat.
6) Selepas ½ jam, keluarkan ayam tesebut dari periuk dan susun ayam dalam bekas. Ketepikan dahulu.

CARA - CARA MENYEDIAKAN NASI

1) Masukkan bahan-bahan yang ditumis ke dalam kuali atau periuk yang lain.
2) Kemudian barulah diisikan minyak masak dalam kuali dan goreng bahan-bahan tumis sehingga naik bau dan garing.
3) Masukkan bahan-bahan yang ditumis dalam periuk air rebusan ayam yang disediakan terlebih dahulu dan masukkan garam secukupnya.
4) Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau dengan rata.
5) Masukkan cili merah, cili hijau, air, gula dan garam. Biarkan mendidih.
6) Cucikan beras sampai bersih (beras ini adalah warna kekuningan).
7) Masukkan beras dalam periuk air rebusan ayam tersebut dan masak seperti nasi biasa.
8) Taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis semasa nasi telah masak.
9) Masukkan sedikit pewarna merah dan kacau dengan rata sekejap. Biarkan mendidih.
10) Tutupkan periuk dengan tudung dan perlahankan api. Nasi dimasak dengan api yang sederhana sahaja sampai hampir masak.
11) Kacau sekali lagi nasi semasa nasi hampir kering.
12) Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh dihidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori.

CARA - CARA MEMASAK AYAM

1) Ayam disusun dalam dulang untuk dibakar. Percikkan atas ayam dengan sedikit air sejuk, panaskan oven/ grill kepada suhu 200°C.
2) Lumurkan ayam dengan sedikit garam yang telah bercampur dengan pewarna merah. Lumurkan keseluruhanya dan juga bahagian bawah ayam.
3) Ayam yang sudah siap diletakkan dengan garam secukup rasa.
4) Masukkan ayam ke dalam oven/ grill dengan sekejap lagi kerana hendak membalikkan ayam tersebut supaya bahagian bawah juga dapat dipanaskan.

CARA - CARA MEYEDIAKAN SOS SALATOH

1) Campurkan semua bahan untuk salatoh.
2) Tambahkan air dan garam secukupnya.
3) Semua bahan dikisar sekali dan akhirnya disediakan untuk campurkan dalam nasi dan ayam.


CARA - CARA MEYEDIAKAN SOS ZABADI

1) Campurkan yogurt dengan timun yang dicincang halus.
2) Campurkan dengan potongan lobak merah.
3) Akhirnya, sos ini dihidangkan bersama dengan potongan timun, bawang besar, tomato dan limau nipis.


Kredit Resepi :
Ketuk-ketuk Ramadhan.via bella amira rosli

Friday, April 20, 2018

RESEPI KUIH PERIA


RESEPI KUIH PERIA

BAHAN-BAHAN

1 paket tepung pulut(500g)
1 cawan gandum
Santan cair secukupnya(sy letak garam skit)
Inti kacang merah(saya beli yg dah siap)

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Campurkan tepung pulut dan tepung gandum.(gaul sebati)

2.masukkan santan sikit2 dan uli sehingga menjadi doh.

3. Dan bentukkan,masukkan inti,sapukan sedikit minyk supaya tak melekat.(saya lorekkan guna sudu garfu je)

4. Kukuskan dgn api yg sederhana(10-15 minit).

5. Siap


Kredit Resepi: 
Aida Syuhada mahn

RESEPI TART CADBURY


RESEPI TART CADBURY

BAHAN - BAHAN

180gm Salted Butter
90gm Gula Icing 
1 biji kuning telor A
80gm Lemak Sayuran
70gm Minyak Sapi
400gm Tepung Rose Merah (bukan tepung gandum cap ros merah ya)
80gm Tepung Jagung

CARA - CARA MEMBUATNYA.

1) Uli semua bahan sehingga jadi doh yang cantik dan tak melekat.

2) Cetak ikut saiz coklat Cadbury dan susun dalam loyang

3) Bakar dalam 20-25 minit suhu 160c. Ikut oven masing2 ya. 

Kredit Resepi :
Rosnani Suheman



RESEPI POPIA CARBONARA TERSEDAP

 

RESEPI POPIA CARBONARA TERSEDAP

BAHAN UNTUK INTI

Isi ayam (dipotong kecil / cincang )
Crab Stick (hiris bulat)
Cendawan butang (dicincang) 
Capsicum(dipotong dadu kecil) 
Sayuran (Carrot/Baby Corn/Sengkuang) 
Black pepper
Tepung gandum
Susu ( Full Cream/ Cair )
Cheese slice 3 keping
Chicken Stock
Bawang merah*
Bawang putih*
Halia* 
(* bahan ni dicincang halus) 

Sedikit Minyak
Butter
Garam n perasa jika perlu

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. panaskan minyak n butter. letak minyak sikit sbb takut butter hangus

2. kemudian tumis halia, bawang putih n merah

3. bila bwg dh layu sikit, masukkn isi aym dan cendawan. msk sekejap. msukkan juga chicken stock

4.kemudian letak tepung dlm 3 sudu. (tujuan pakai tepung utk pekatkan kuah.

5. kemudian masukkan susu. tambah air sikit dlm setengah cawan.

6. bila kuah dah agak pekat sikit,  masukkan sayur sayuran termasuk capsicum.

7.masak sekejap. letak black pepper,  garam n perasa.

8.sebelum tutup api baru sy masukkan crab stick.tujuan masukkn lambat sbb xnk die hancur sbb lama masak. 

akhir sekali gulung mcm biasa.. 

tips masa goreng: 
api jgn kecil sgt sbb kalau lama die akn kluar inti n bocor. minyak pun kotor. 

Kredit: noor liyana

Sumber Resepi
Page FB Malaysia Viral Recipe

RESEPI KUIH BAHULU TRADIRI ( RESEPI MAK LANG )


RESEPI KUIH BAHULU TRADIRI ( RESEPI MAK LANG )

BAHAN - BAHAN 
(untuk 100 biji bahulu)

Tepung gandum (dalam 250g)
Telur (10 biji)
Gula (400g)
Perasa vanilla atau perasa pisang (secukup rasa)

CARA - CARA MEMBUATNYA

1.Pecahkan 10 biji telur dan masukkan kedalam bekas mixer atau bekas batter

2. Masukkan 400g gula kedalam bekas mixer atau bekas tadi

3. Masukkan perasa vanilla atau perasa pisang secukup rasa

4.Mulakan mixer atau gaul sebatian tadi sehingga menjadi kembang dan bertukar menjadi putih (agak-agak dalam 5 minit dengan menggunakan mixer)

5.Masukkan 250g tepung gandum ke dalam mixer secara perlahan lahan setelah sebatian kembang. 
Biarkan mixer untuk seminit dua lagi atau gaul sehingga sebatian menjadi rata.

6.Sementara membuat adunan tadi, panaskan bekas acuan untuk membuat bahulu di dalam oven. Setelah adunan siap, keluarkan bekas acuan tadi dan sapukan minyak pada bekas acuan tersebut. 

7.Berhati-hati semasa ingin mengeluarkan acuan tersebut. Gunakan kain alas untuk mengeluarkan acuan tersebut kerana acuan tersebut sangat panas.

8.Masukkan adunan ke dalam bekas acuan tersebut. Jangan letak sehingga penuh kerana nanti kuih akan kembang dan akan terkeluar daripada landasannya. Orang biasa panggil 'bentat'.

9.Bakar di dalam oven pada suhu 200C selama 10 minit ataupun sehingga nampak kekuningan.
Keluarkan dengan berhati-hati dan letakkan dalam bekas. 

10.Selesai membuat kuih bahulu. 



Kredit Resepi :
FB Resepi Terbaik Malaya

Tuesday, April 17, 2018

RESEPI MEE SIZZLING

 

RESEPI MEE SIZZLING

BAHAN - BAHAN 

4-5 ulas bawang putih
Halia 2inci (Hiris nipis) 
Ayam potong kecil
Cendawan (shitake) potong 4 je
Sos tiram 
Kicap pekat
Kicap manis
4 tangkai cili kering(rendam jap) 
5 sudu besar tepung jagung(bancuh air) 
Garam
Gula cikit je

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Masukkan Bawang putih ( ketukkan ) dan halia.

2. Tumis bahan sampai naik bau.

3. Masukkan ayam.Masukkan sedikit air.

4. Masukkan sos tiram ( banyak sikit ),Masukkan Kicap Pekat dan kicap manis.

5. Masukkan cili kering yang telah dipotong.

6.Bila dah mendidih masukkan pula bancuhan air tepung jagung dan Gula ( mengikut citarasa masing - masing ).

7. Siap.


Credit :Khai Reza
#mahn
#MeeSizzling
#DapurKhaiReza
#MAHI

RESEPI KUIH GEGETAS


RESEPI KUIH GEGETAS

BAHAN - BAHAN

2 cwn tepung pulut
1 cwn tepung gandum
1/2 bj kelapa parut putih
1/2 sudu teh garam
Sedikit air
Minyak utk menggoreng

BAHAN SIRA

1 cwn gula
1/2 cwn air
2 helai daun pandan disimpul


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Campurkan kesemua bhn kedlm bekas, tuang air sikit2 dan uli sampai tepung agak2 tak melekat kat jari

2. Cubit adunan sebsr bola ping pong bulatkan dan kemudian dileperkan
Panaskan minyak dan goreng dgn api sederhana

UNTUK SIRA

1. Masukkan gula,air dan daun pandan masak dgn api sederhana sehingga berbuih

2. Masukkan kuih getas yg digoreng td dan kacau sampai gula bersakar


Monday, April 16, 2018

RESEPI KEK LAPIS DUA RASA SUSU

 
                                                      
                                                       RESEPI KEK LAPIS DUA RASA SUSU

BAHAN - BAHAN

500gram mentega(boleh guna 450g)
3/4gelas gula halus
12biji telur
1tin rendah sri kaya
1tin rendah susu pekat manis
200gram milo
200gram horlicks
1 1/2 gelas susu tepung
1 1/2 gelas tepung gandum
Sedikit esen vanilla

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Putar gula,esen vanilla dan mentega sampai kembang atau putih.

2. Masukan telur satu persatu dan putar sampai sebati.Masukkan susu pekat manis. Putar lagi.

3.Masukkan pula sri kaya dan putar sampai sebati. Kemudian masukkan susu tepung, putar lagi sampai sebati. Baru masukkan tepung. Gaul sampai sebati menggunakan senduk sahaja.

4.Bahagikan adunan kepada dua bahagian sama banyak. 

5. Bahagian 1 masukan Milo dan gaul rata menggunakan senduk.
    Bahagian 2 pula masukkan horlicks dan gaul rata menggunakan senduk.

6. Untuk menghasilkan 4 lapisan. Bahagikan setiap adunan kepada 2 bahagian sama banyak.

7. Sediakan loyang 9x9.

8. Lapik loyang menggunakan kertas minyak. Kukus bahagian milo dulu,diikuti bahagian horlick,milo dan horlick.

9. Lapisan pertama kukus selama lebih kurang 1/2 jam. 
Lapisan kedua kukus selama lebih kurang 40minit 
Lapisan ketiga lebih kurang 1jam
Lapisan terakhir lebih kurang 2jam sampai masak..


Sumber Resepi : #eiyjarnazieanangah

RESEPI MI KUAH DAGING

 

RESEPI MI KUAH DAGING

BAHAN KUAH

1 biji bawang holland
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1/2 inch halia
2 biji tomato
Potong semua bahan diatas, dan tumis sehingga naik bau. Lepas tu blend semua bahan
Cili kering kisar 
1 biji kentang russet
2 biji keledek merah
Daging 
Asam keping
1 tin tomato soup 
Susu pekat
Garam 
Gula
Ajinamoto
Sos cili

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Didihkan air di dalam periuk,

2. Masuk daging/tulang serta rebuskan sekali kentang dan keledek

3. Setelah kentang keledek dah empuk, angkat pastu blend.

4. Masuk bahan kisar, 3 senduk cili kisar, kalau nak pedas letak lebih, 1 tin tomato soup, 2 asam keping,kentang yg dah blend tdi, garam, pak aji. 5 sudu besar susu pekat, 1 senduk sos cili. 

5. Setelah mendidih perasakan gula mengikut citrasa masing masing.Tambahkan sekiranya ingin kuah mi yang lebih manis

6. Siap.


Sumber Resepi :
Kredit: Ika Shahar via Masak Apa Hari NI


Saturday, April 7, 2018

RESEPI PATI AIR FANTA HIJAU/AIR JIMI ASMARA

 

RESEPI PATI AIR FANTA HIJAU/AIR JIMI ASMARA

Bahan-bahan:

3 kilogram gula pasir
2 liter air
1 botol kecil Sunquick Oren 330ml
1/2 botol pewarna hijau
1/2 botol perisa pisang

CARA - CARA MEMBUATNYA:

Masak air dan gula pasir sehingga mendidih dan gula larut
Masukkan Sunquick Oren danpewarnahijau.Biarkan mendidih
Tutup api,baru masukkan perisa pisang
Kacau sebati dan sejukkan
Simpan dalam botol 
Bancuh dengan air dan tambah ais batu bila mahu dihidangkan

*Petua-Masukkan sudu besi ke dalam periuk supaya air tidak melimpah bila mendidih
Sumber resepi-Google

Kredit Resepi: 
Noraslinda Bugal

Monday, April 2, 2018

RESEPI SATAY DAGING GORENG ALA BUGIS

RESEPI SATAY DAGING GORENG ALA BUGIS

BAHAN-BAHAN

Daging
Serai lebih
Ketumbar
Jintan putih
Halia
Bawang putih
Lengkus
Kunyit hidup / serbuk
Garam secukup rasa

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.Semua bahan diperap semalaman dgn daging

2.Panas minyak

3.Masukkan daging

3.Api slow jangan letak air

4.Tutup masak sampai kering

5.Siap

Saturday, March 24, 2018

RESEPI LALA KAM HEONG SEDAP DAN MUDAH

RESEPI LALA KAM HEONG SEDAP DAN MUDAH

BAHAN-BAHAN

- 1/2 kg Lala
- 1 sudu besar udang kering ( cincang )
- 1 sudu kecil bawang putih ( cincang )
- 1 sudu kecil bawang merah ( cincang )
- 6 tangkai cili kering ( potong halus )
- Beberapa tangkai daun kari
- 1 sudu besar rempah kari ikan - jadikan pes
- 1 biji bawang besar ( potong besar )
- 1 sudu besar kicap

CARA-CARA MEMASAKNYA

1. Panaskan minyak

2. Masukkan udang kering, bawang kecil dan bawang putih. Goreng sampai naik wangi.

3. Kemudian masukkan daun kari dan cili kering.

4. Masukkan pes kari ikan tadi. Goreng sampai wangi.

5. Letakkan garam, gula dan serbuk perasa mengikut kehendak anda.

6. Masukkan lala dan bawang besar tadi.

7. Goreng sehingga anda rasa lala masak.

8. Masukkan kicap dan gaulkan sekali lagi.

kredit Resepi :
Fb Resepi Viral Terbaik

Thursday, March 22, 2018

RESEPI RENDANG DAGING POWER

RESEPI RENDANG DAGING POWER

BAHAN-BAHAN

1 sudu besar biji ketumbar *
1 sudu besar jintan manis*
1 sudu besar jintan putih *
1/2  sudu besar lada hitam*
5 tangkai cili kering*
-sangai bahan2 bertanda* smp cili kering jd rapuh.. api slow je
-kisar kering smp halus(ketepikan)
1kg daging(potong nipis) @seekor ayam
5 ulas bwg merah kecik*
4 ulas bwg putih*
2 inci halia*
2 inci kunyit hidup *
4 btg serai*
10 tangkai cili kering*(rebus dulu) nak pedas lg lebihkan
3 sudu besar kerisik
minyak masak secukupnya
sekilo santan
garam
daun kunyit(hiris halus)

CARA - CARA MEMBUATNYA

1.kisar bahan2 bertanda *

2.tumis bahan2 kisar smp garing@pecah minyak

3.masukkan rempah yg dikisar halus td..kacau sebati

4.masukkan daging.. air daging akan keluar sendiri

5.bila air daging dah agak kering sikit.. masukkan santan msk smp pekat

6.masukkan kerisik.. tabur daun kunyit

7.Rasakan dgn garam.. sy x suka rendang yg manis, kalau suka manis nak letak gula pun blh

8.say buat byk rendang ni.. blh frozen kan.. in case ada tetamu dtg mengejut blh p cari lemang, panaskan je rendang ni, senang kan☺️

*rendang sy x ada lengkuas.. kalau nak tambah blh jer, selera masing2

Kredit Resepi :
Zaimah Zakaria
FB Resepi Memikat Suami

RESEPI UDANG PETAI

RESEPI UDANG PETAI

BAHAN-BAHAN

Udang
Petai
Cili kering+bawang merah+bawang putih diblend
Sos cili
Bawang besar potong bulat
Garam
Gula
Perencah hilal
Air
** air asam jawa kalau nk letak

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.Tumis cili kering sampai garing

2.Masukkan sos cili

3.Masukkan udang,petai,sikit garam,perencah hilal.

4.siap

Kredit Resepi :
Fb HasnorFadila Kadir
Fb Saya Suka Masak

Wednesday, March 21, 2018

RESEPI SAMBAL TUMBUK BILIS

RESEPI SAMBAL TUMBUK BILIS

BAHAN-BAHAN

Bawang merah 2 luas
Bawang putih 2 ulas
Cili padi (ikut suka)
Cili merah 2-3 tangkai
Sedikit belacan
Tomato sebiji
Limau nipis
Ikan bilis(goreng)
Garam

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.Potong kasar bahan2 dan goreng sampai layu.

2.Tumbuk kesemuanya.

3.Masukkan perahan limau nipis.

4.SIAP!

Kredit Resepi :
Diba dibb via mahn