Monday, March 12, 2018

RESEPI SUP TULANG THAI

RESEPI SUP TULANG THAI

BAHAN-BAHAN

1kg tulang dan daging lembu
(rebus)
1 btg saderi (hiris)
3 helai daun limau purut( buang urat tgh, sbb x nak kuah jdi pahit)
1 labu bawang Holland (hiris)
1 btg serai (ketuk)
1 btg lobak (potong ikut suka)
3 biji kentang (potong)
2 biji tomato (belah 4)
Cili padi (ikut nak ltk berapa)
Bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga

BAHAN TUMBUK :

Bawang Putih/merah/halia/lada hitam/ketumbar/jintan manis

** Daun ketumbar dan lime juice

CARA CARA MEMASAKNYA

1.Rebus 1kg tulang dan daging sehingga empuk.

2.Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk dan masukkan 2 sdb rempah sup, (saya guna rempah mak Siti), masak sehingga naik bau .

3.Kemudian masukkan bahan tumis tadi kedalam air rebusan tulang,masukkan 3 sekawan, masukkan lobak, kentang, serai, daun saderi, cili api, bawang Holland. Biarkan mendidih sehingga kentang n lobak empuk.

4.Kemudian masukkan tomato, dan garam secukup rasa . siap .

5.Boleh tabur dgn daun ketumbar dan perahan lime juice .

Kredit Resepi :
Fb Resepi Dari Isteri Untuk Suami Tercinta.

RESEPI PUDING TEMBIKAI

RESEPI PUDING TEMBIKAI

BAHAN A

1paket agar2 tali
200gm gula
30gm gula batu
1800ml air
Sdikit garam

BAHAN B

1 tin susu cair
1 cawan susu pekat
2 keping roti gardenia
2 biji telor
2sudu makan tepung kastad
*blend semua shingga hancur*

CARA CARA MEMBUATNYA

Masak bahan A hingga agar2 hancur..

Kemudian msuk bahan B yg telah diblend..

CARA MELAPIS

600gm puding-hijau
500gm puding-warna asal
Selebih puding-merah+sedikit bijan hitam
*pastikan lapisan bawah keras sdikit sblm letak lapisan strusnya*

Kredit Resepi :
Fb G yuzi gee via mahn

RESEPI KEK CAWAN BASIC

RESEPI KEK CAWAN BASIC

BAHAN-BAHAN

250g mentega
250g gula kastor
250g tepung naik sendiri
4biji telur
4 sudu teh susu
Sedikit garam.

CARA-CARA MEMBUATNYA

1- Panaskan oven pada 190⁰C
2- Masukkan mentega ke dalam mangkuk besar dan pukul hingga kembang. Kemudian masukkan gula, garam, tepung, telur dan susu, dan pukul hingga adunan menjadi lembut.
3- Dengan menggunakan sudu, masukkan adunan ke dalam cawan kertas yang dah disediakan.
4- Masukkan ke dalam oven, bakar untuk 15-20 minit hingga kek masak.
5- Keluarkan dan sejukkan dahulu sebelum menghias dengan topping.

Penambahan Perisa:

1- Coklat – Kurangkan 2 sudu makan tepung dari jumlah asal dan gantikan dengan 2 sudu makan serbuk koko.
2- Kopi – Gantikan susu dengan 2 sudu makan serbuk kopi segera (bancuh dengan 4 sudu makan air panas)
3- Lemon – masukkan sedikit parutan kulit lemon dan gantikan susu dengan 4 sudu makan jus lemon
4- Vanilla – masukkan sedikit esen vanilla.

Kredit Resepi:
Fb Resepi Anak Mama.

RESEPI JAGUNG CHEESE LELEH

RESEPI JAGUNG CHEESE LELEH

BAHAN-BAHAN

4 tongkol jagung
1 tin susu cair ( sy guna fresh milk Dutch lady)
2 sudu b susu pekat (klau nak manis bole + )
2 sudu b planta /buttercup
Garam
Lada sulah
4 keeping Cheddar

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.Masukkan semua bahan dalam periuk

2.biar mendidih siap nak wangi letak daun pandan.

kredit resepi:
Siti Nabilah Jamaluddin MAHN

RESEPI PULUT KUNING

RESEPI PULUT KUNING

BAHAN-BAHAN

1 kg beras pulut
2 1/2 cawan santan pekat ( saya letak 70% santan beli da siap + 30% air dlm sukatan 1 cawan )
2 keping asam gelugur
1 sdb serbuk kunyit
1/2 sdb gula
Dlm 2 sdt garam ( agak2..uolls rasa la )
1 helai daun pandan
Daun pisang utk alas pengukus

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Cuci beras pulut. Rendam dlm air bersama asam keping dan serbuk kunyit tadi. Rata2 beras agar serbuk kunyit sekata. Rendam sekurang2 tiga jam.

2. Cukup masa..panaskan alat pengukus. Saya guna loyang je kukus dlm kuali besar. Alas daun pisang pada loyang.

3. Tos air beras tadi..buang asam gelugur. Letak beras pulut dlm loyang..simpulkan daun pandan letak dlm beras. Kukus selama 20 minit.

4. Cukup 20 minit..keluarkan beras tadi..ketepikan seketika. JGN MATIKAN API DAPUR PENGUKUS KERANA PULUT AKAN DIKUKUS UTK KALI KE2.

5. Campurkan gula dan garam dlm santan..panaskan seketika atas dapur. Jgn smpi mendidih..sekadar masak sekejap. Tujuan agar pulut kuning nanti tahan lama x basi cepat.

6. Gaulkan santan tadi dgn pulut..gaul sedikit demi sedikit smpi semua santan sebati dgn pulut. Biarkan ia rehat dlm 10 minit.

7. Cukup 10 minit..kukus semula pulut selama 30 minit...SIAP.

Kredit Resepi : Roszana Ismail

Sunday, March 11, 2018

RESEPI CONGO BARS

RESEPI CONGO BARS

Bahan-bahan:

-.250g mentega
- 200g gula perang
- 3 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 2 3/4 cawan tepung serbaguna
- 1 sudu kecil baking powder
- 1/2 cawan cip coklat

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Pukul gula perang dan mentega.
2. Masukkan telur satu persatu. Gaul.
3. Masukkan esen vanilla. Gaul.
4. Masukkan tepung serbaguna dan baking powder. Gaul.
6. Masukkan cip coklat. Gaul.
7. Masukkan ke dalam loyang dan ratakan.
8. Tabur lebihan cip coklat.
9. Bakar 40 minit dengan suhu 180°C.
10. Siap untuk dihidang!

Kredit Resepi :
Fb Kuali Terbalik

Thursday, March 8, 2018

RESEPI KEK MILO VIRAL SEMUDAH ABC

RESEPI KEK MILO VIRAL SEMUDAH ABC

BAHAN-BAHAN

1. Milo dua cawan
2. Gula satu cawan
3. Tepung dua cawan
4. Susu 1/2 cawan
5. Minyak 1/2 cawan
6. Telur 3 biji

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Masukkan kesemua bahan tersebut dan kacau sehingga sebati.

2. Bakar 5 minit & kukus 15 minit

Kredit.
Fb Resepi Viral Terbaik.

RESEPI KUIH PENYARAM ATAU CUCUR JAWA

RESEPI KUIH PENYARAM ATAU CUCUR JAWA

BAHAN-BAHAN

1. Tepung gandum 1kg
2. Tepung beras 500gm
3. Gula 1kg
4. Air pandan
5. Santan 200ml
6. Air 350ml ( secukupnya )

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.Gaul tepung gandum & beras letak air biar adunan jadi pekat likat.

2. Lepas tu tambah gula,santan & air pandan perlahan-lahan sehingga adunan sebati.

3.Adunan tak nak terlalu cair @ terlalu pekat..

4.Resepi  saya guna daun pandan. Jgn lupa blend dulu daun pandan & tapis ambik air pandan je.Nak letak pewarna hijau no problem.

Nak guna gula melaka pun boleh.

P/s kalau nak tepi kuih korang nampak cantik tambah la gula segenggam dua.

Selamat mencuba!

KREDIT
Fb Mrss Ct

Tuesday, March 6, 2018

RESEPI DRAGON FRUIT CREPE

RESEPI DRAGON FRUIT CREPE

BAHAN CREPE

225 gm buah naga
187 gm tepung serbaguna
50 gm gula pasir
1/2 tsp garam
358 ml-473 ml susu
4 biji telur besar
1 tbsp esens vanila
Minyak

BAHAN WHIPPED CREAM

225 gm keju mascarpone
100 gm gula pasir
473 ml krim putar
1 biji vanila segar

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Potong buah naga, memanjang. Kisarkan buah naga sehingga menjadi jus.

2. Tapiskan jus buah naga. Buang biji. (Harusnya menghasilkan 1 gelas jus buah naga.)

3. Dalam mangkuk besar, campurkan tepung, gula dan garam.

4. Dalam mangkuk lain, campurkan jus buah naga, susu, telur dan esen vanilla.

5. Perlahan tuangkan campuran basah ke dalam campuran kering dan aduk rata. Jika terlalu kental, tambahkan susu.

6. Ratakan minyak dalam non-stick pan. Panaskan pan di atas api sedang dan masukkan 2-3tbsp adunan.

7. Dengan cepat, ratakan adunan ke seluruh pan. Masak sampai bahagian hujungnya agak kecoklatan dan bahagian tengahnya mengering.

8. Pindahkan crepe ke piring hingga sejuk sepenuhnya.

9. Terus masak crepes sampai semua adunan habis.

CARA MEMBUAT WHIPPED CREAM MASCARPONE

1. Dalam mangkuk standing mixer, masukkan mascarpone dan gula, gaul sedang sehingga rata, gosok ke bawah sisi mangkuk jika perlu.

2. Seterusnya, masukkan whipped krim dan vanilla. Dengan kelajuan rendah, gaul krim sampai mengental, lalu tingkatkan kelajuan ke sedang-tinggi sampai kaku.

CARA MENGHIAS KEK.

1.Lapiskan crepe dengan whipped cream dan ulang langkah ini sehingga habis semua lapisan crepe.

2. Salut seluruh kek coklat crepe dengan whipped cream.

3.Sedia dihidangkan

Kredit: Fb DudutTv

Monday, March 5, 2018

RESEPI ICE MILK GREEN TEA

RESEPI ICE MILK GREEN TEA

Bahan-bahan:

1. Serbuk Teh Hijau (Chatramue Brand)
2. Susu Sejat (krimer cair)
3. Susu Pekat Manis
4. Gula
5. Ais batu

Cara-cara:

1. Masukkan serbuk teh hijau (setengah sudu cukup) ke dalam gelas plastik (kalau ada).

2. Tuang air panas setengah gelas dan kacaukan.

3. Kemudian tapiskan. Ambil air yang telah ditapis tadi tambah lagi air panas sehingga 180ml.

4. Masukkan gula 2 sudu besar, kacaukan

5. Masukkan 2 sudu susu pekat dan kacau lagi..

6. Kemudian asingkan ke dalam bekas yang lebih besar dari gelas tadi haha. Tak tukar pun takpe kalau gelas tadi dah besar.

7. Masukkan ais batu. Pastikan ais batu dipecah kecik-kecik. Kalau beli ais cube tu pecah-pecahkan. Masukkan ais batu sampai penuh.

8. Last sekali tuang susu sejat (krimer) kat atas sekali. Yang ni aku takde sukatan. Ikut suka. Jangan banyak sangat kang hilang green tea nanti.

9.Maka dengan itu SIAP lah....

Kredit
Feedy Via Resepi Menantu.

Thursday, March 1, 2018

RESEPI LEMPENG KELAPA

RESEPI LEMPENG KELAPA

BAHAN-BAHAN

2 cawan tepung gandum
1/2 biji kelapa muda parut putih
2 cawan air biasa
(agak2 kurang boleh tambah air)
Sedikit garam

CARA-CARA MEMBUATNYA.

1.Campurkan semua bahan. Adun Rata mengikut kepekatan masing masing.

2.Siap untuk dimasak di atas pan tau kuali.

Nota.
lempeng ni kami tak letak telur..ikut cara Mak kami..nak letak telur pon boleh.

Kredit:
rosehayatie via Fb Resepi Viral Terkini.

RESEPI SAMBAL HITAM PAHANG

RESEPI SAMBAL HITAM PAHANG

BAHAN-BAHAN

½ cawan belimbing buluh rebus
½  cawan cili padi
2 cawan ikan bilis yang telah dikopek
6 ulas bawang merah [3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis]
5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa
garam & gula secukup rasa
1 cawan minyak masak

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Masukkan Belimbing ke dalam periuk TANPA AIR dan renih dengan menggunakan api yang kecil.

2.Biar sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri & kecut.  Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit. 

3.Biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul2 kering dengan api yang kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap. 

PESANAN: jika nak guna untuk buat sekali je sambal ni.. memadai hanya rebus anggaran 10 biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja.  Tujuan merebus belimbing sehingga betul2 kering & gelap adalah untuk tujuan simpanan.

4.  Tumbuk cili padi sehingga halus.  Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat. (3 ulas lagi dihiris nipis)  Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat.  Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.

5.  Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi.  Masukkan bahan2 tumbuk sekaligus & tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga nampak agak kering & garing (agak lama juga). 

6.Tambahkan kicap manis, garam & gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding gitu).  Bila dah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang.  Atau boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan dengan nasi putih atau ketupat pulut. 

7. Sambal ini boleh disimpan lama & boleh buat banyak2 untuk simpan stok.   Boleh dihidang dengan apa saja juadah yang rasa sesuai dihati anda.

Kredit
FB Memasak dalam 30Minit.

RESEPI KUIH CAKOI LEMBUT GEBU

RESEPI KUIH CAKOI LEMBUT GEBU

BAHAN-BAHAN

1 cawan air
2 cawan tepung roti
1/4 camca teh yis segera
1 camca teh gula
1 camca teh garam
1/2 camca teh soda bikarbonat
1 camca besar minyak mazola
Minyak untuk menggoreng

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.dalam satu bekas , masukkan gula, garam, air dan minyak. Kacau rata.

2. Dalam satu bekas yang lain, masukkan tepung bersama soda bikarbonat dan yis segera , kacau kering hingga sebati sedikit dan selepas itu, buat lubang di tengah-tengah adunan .

3.Masukkan bahan campuran gula, garam , minyak dan air tadi.

4.Adun sehinggan sebati terlebih dahulu.

5. Pindahkan aduanan ke atas papan pencanai yang telah ditabur dengan tepung gandum sebagai alas, adun sehingga menjadi doh.

6. Apabila menjadi doh, bahagikan kepada dua bahagian berbentuk panjang 40cm.

7.Selepas itu doh ditutup dengan plastik wrap dan biarkan selama 1 jam.

Tips – Letak doh di tepi peti ais untuk suhu yang lebih tinggi bagi doh mengembang elok.

8. Selepas 1 jam, ratakan doh dan bahagikan kepada bahagian kecil berzaiz 1cm tebal dan panjang 2 cm.

9.Biarkan lagi 10-15 minit. Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan.

10.Apabila minyak panas, ambil dua potongan tadi dan tindihkan bersama. Tekan doh yang cantum di tengah-tengah dan tarik hujung dengan chopstik untuk bagi panjang.

11.Goreng menggunakan api sederhana sehingga kekuningan.

12.Siap utk di hidang

Kredit Resepi : Hamidah

RESEPI KEPAK AYAM TELUR MASIN

RESEPI KEPAK AYAM TELUR MASIN

BAHAN - BAHAN AYAM

10 ketul kepak ayam
4 cawan air
1 sudu besar garam
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil garam

BAHAN-BAHAN SOS

4 biji kuning telur masin
2 sudu besar mentega
4 ulas bawang putih
Daun kari
4 biji cili padi
1/2 sudu kecil serbuk kari
4 sudu besar susu cair
1/2 sudu kecil garam

CARA-CARA MEMASAKNYA

1. Rendam kepak ayam dengan air dan garam selama 4 jam.

2. Di dalam mangkuk lain, masukkan tepung gandum, tepung jagung dan garam.

3. Toskan kepak ayam dan salut dengan adunan tepung.

4. Goreng hingga keemasan.

5. Panaskan telur masin selama 2 minit di dalam microwave.

6. Cairkan mentega dan masukkan bawang putih, daun kari, cili padi dan serbuk kari.

7. Masukkan telur masin, susu cair dan garam. Kacau hingga sebati.

8. Masukkan kepak ayam yang sudah digoreng. Gaul.

9. Siap untuk dihidang!

Kredit
fb Seismik Makan

RESEPI DAGING MASAK MERAH THAI


RESEPI DAGING MASAK MERAH THAI

BAHAN DAGING

500gram daging.Potong ketul besar-besar dan rebus dengan sedikit pewarna merah. Simpan sikit air rebusan daging untuk kuah. Bila daging empuk, hiris nipis dan goreng sekejap. Toskan.

BAHAN TUMIS

1 biji bawang holland (hiris kasar @ potong bulat)
2 btg daun bawang potong 1 inci
5 biji cili padi (ketuk)
3 ulas bawang putih (ketuk)
1 senduk cili kering blender (kalau nak kuah banyak lebihkan sikit cili kering)
2 sb sos tomato
2 sb sos cili
2 sb sos tiram
1/2 sb gula
Sos ikan sikit

CARA-CARA MEMASAKNYA

1.Masukkan bawang putih yang diketuk tadi dalam minyak goreng daging.

2.Kemudian masukkan cili kering blender.

3. Tumis sampai cili kering garing.

4. Masukkan cili padi ketuk, sos tiram, sos cili, sos tomato, gula dan sos ikan.

5.Kacau-kacau sebentars 

6.Masukkan daging yangg dah digoreng tadi dan kacau lagi.

7.Masukkan air rebusan daging kalau nak kuah lebih ya. Kacau lagi.

8.Masukkan bawang holland dan daun bawang. Boleh tutup api.

9. SIAP.

Kredit Resepi :
fb Dea Nadya