Friday, June 18, 2021

8:55 PM

RESEPI MAGGI KARI TELOR GOYANG

BAHAN - BAHAN

Maggi kari
Telor 
 Bawang besar
 Bawang putiih 
Cili padi
Daun kari 
 Rempah kari Ayam/ Daging 
Sawi


CARA - CARA MEMASAKNYA

1. Tumis bawang besar, bawang putih dan daun kari

2. Bila dah naik bau, masukkan serbuk rempah kari ayam/ daging. Tumis sampai garing

3. Kemudian letak sedikit air dan masukkan rempah maggi pula

4. Tambah air, tak perlu banyak-banyak sangat. Masukkan telor . Tidak perlu di kacau, biarkan sahaja dan tutup dengan penutup periuk sekejap menggunakan api yang perlahan. Bila dah dapat tekstur telor yang korang suka, boleh angkat telor tu dan ketepikan

5. Kemudian tambah air lagi. Bila dah mendidih, masukkan maggi, sawi, dan cili padi.

6. Kacau sedikit dan siap. 

7. Hidangkan dengan telor goyang tadi.


Kredit Resepi : 
Norliana Manap 


0 comments:

Post a Comment

RECOMMENDED FOR YOU