Sunday, June 27, 2021

12:14 PM


 RESEPI CHEE CHEONG FAN UDANG

BAHAN - BAHAN

1 Cawan Tepung Beras
1/2 Cawan Tepung Jagung
1/2 Sudu Kecil Garam
3 Cawan Air


BAHAN - BAHAN KUAHNYA

1 Cawan Air
3 Sudu Besar Kicap Cair
1 1/2 Sudu Besar Gula


BAHAN PERHIASAN

Bijan,
Daun Bawang,
Bawang Goreng,
Sambal Udang


CARA CARA MEMBUATNYA

1. Campur semua bahan utama dan kacau sehingga sebati dan sediakan untuk dikukus.

2. Sediakan tray dan sapukan sedikit minyak  untuk mengelakkan melekat ketika mengukus.

3. Letakkan Tray dalam pengukus dan pastikan kedudukan tray seimbang supaya adunan tepung akan merata semasa proses mengukus nanti.

3. Panaskan pengukus.

4. Bila pengukus telah panas. Letakkan sedikit adunan tepung ke dalam tray dan ratakan. **buat senipis mungkin.

5. Boleh letakkan udang - udang kecil ke atas adunan yang telah diratakan. dan tutup pengukus.

6. Kukus selama kira - kira 1 Minit 30 saat dan pastikan udang telah masak.

6. Angkat tray dan buang air lebihan jika ada.

7. Cedok dan gulungkann secara perlahan termasuk udang tadi dan potong mengikut saiz yang anda suka.

8. Masukkan kuah yang secukupnya.

9. Hiaskan dengan sedikit bijan, potongan daun bawang, sedikit bawang goreng,
 dan untuk menambah rasa boleh letakkan sambal udang.

10. Sedia untuk dinikmati.


Kredit Resepi
Li Yow & Siti.


0 comments:

Post a Comment

RECOMMENDED FOR YOU