Friday, December 27, 2019

10:38 AM

RESEPI SEMPERIT DAHLIA CUKATAN CAWAN SEDAP


BAHAN - BAHAN

1 cawan mentega /butter
1 cawan gula kisar
2 biji kuning telur
2 cawan tepung jagung @ tepung kastad
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
2 sudu teh pewarna kuning ( kalau dah guna tepung kastad tak payah letak)
1 sudu teh esen vanila
hirisan buah ceri merah /hijau untuk hiasan


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Putar gula dan mentega.

2. Kemudian campurkan telur dan esen vanilla.

3. Ayak ketiga-tiga tepung.

4. Campurkan sedikit demi sedikit bahan yang diputar.

5. Uli sampai sebati.

6. Tambah tepung jagung jika masih lembik

7. Sapu dulang dengan butter

8. Masukkan doh dalam acuan semperit dan tekan doh ikut bentuk Bunga Dahlia.

9. Panaskan oven dengan suhu 150  darjah celcius dalam 30 minit atau lebih hingga masak.


Petua Supaya Bunga Biskut Semperit Tak Rebah

Rehatkan dulu biskut yang sudah diterap dalam setengah jam sebelum masuk ke dalam oven atau
Masukkan doh ke dalam peti ais dalam setengah jam sebelum di terap menggunakan acuan semperit.
Hanya masukkan kuning telur sahaja dan jangan campurkan putih telur.
Kalau mix atau putar doh jangan sampai overbeat.
InsyaAllah berhasil dapat biskut semperit Dahlia yang cantik.



KREDIT RESEPI:
Seminit Resepi
Page FB : Resepi Masakan Melayu



0 comments:

Post a Comment

RECOMMENDED FOR YOU