Friday, December 27, 2019

10:58 AM

RESEPI KEK LAPIS BOSSKU BUKAN BIASHE - BIASHE


BAHAN - BAHAN

10 biji telur (gred A)
1 cup gula castor
1 sudu mkn ovelet
454gram butter (golden churn / anchor)
250gram cream cheese philadelphia (kluarkan dr peti sejuk sejam sebelum adun)
1 sudu mkn esen vanilla
1 tin rendah susu pekat manis 
1 tin kecil sri kaya
1 paket serbuk santan Cocolin
200 gram horlick
1 sudu mkn baking powder
400gram tepung pau
50gram serbuk koko hitam
400gram nuttela
100gram oreo crumb
Coklat cadburry secukupnya (dipotong2)
Pewarna pink, putih


CARA MENGADUN

1. Pukul butter, gula, ovelet dan esen vanilla hingga putih dan gebu.

2.Kemudian masukkan cream cheese dan pukul lagi.

3. Masukkan telur satu persatu. Pukul lagi sebati.

4. Masukkan susu pekat manis, sri kaya, horlick, serbuk santan dan baking powder. Pukul rata.

5. Masukkan tepung pau sedikit demi sedikit dengan kelajuan yg sederhana.


CARA BAHAGI ADUNAN

1. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Pastikan timbang sama rata.

2. Satu bahagian campurkan dengan nuttela dan serbuk koko hitam.

3. Satu bahagian lagi campurkan dengan pewarna pink dan sedikit pewarna putih ( untuk nampak lebih soft pink)

4. Untuk bahagian nuttela, bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
pastikan timbang sama rata. So, ada bahagian 1 & bahagian 2


CARA MELAPIS / BAKAR

1. Ambil satu cawan adunan nuttela bahagian 1. Bakar dengan suhu 160°c, api atas bawah.
Kemudian lepas 5 minit, tukar kepada api atas sahaja.

2. Taburkan coklat cadburry yang telah dipotong kecil ke atas lapisan nuttela.
Tabur utk setiap 2 lapisan. Bakar bahagian 1 hingga habis. Anggaran ada 5 lapisan.

2. Kemudian bakar lapisan pink hingga habis. Taburkan oreo crumb di setiap lapisan pink. 

3. Ambil bahagian 2 adunan nuttela tadi, Bakar seperti bahagian 1.
Bakar dalam anggaran 5 lapisan juga. Taburkan coklat cadburry utk setiap 2 lapisan.

Setelah siap, tunggu hingga kek sejuk barulah dikeluarkan dari loyang


Kredit Resepi : 
Nurul Rafida Yunus

0 comments:

Post a Comment

RECOMMENDED FOR YOU