Wednesday, July 4, 2018

8:25 AM

RESEPI KEK KARAMEL TEMBIKAI KARAMEL @ GULA HANGUS


PERSEDIAAN

3 sudu besar gula kastor

* Masukkan dalam loyang saiz 8 x 3,
Masak di atas api sehingga menjadi gula hangus.
masukkan loyang 8 inci tadi ke dalam loyang 10 inci,
Ketepikan.


PUDING

1 cawan susu cair
3/4 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla
3 biji kuning telur
2 biji telur( putih & kuning)

*Kacau semua sebati ( guna whisk).
Kemudian tapis, masukkan dlm loyang berisi gula hangus tadi


KEK

Meringue
6 biji putih telur
1/2 cawan gula kastor
1sudu kecil cream of tartar

* Pukul guna mixer bahan-bahan meringue sehingga bertanduk
Ketepikan dulu.


KUNING TELUR

1 + 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

* Ayak tepung gandum & baking powder

3 biji kuning telur
1/4 cawan gula kastor
\1/2 cawan air
1/4 cawan minyak masak
2 sudu besar susu pekat manis

* satukan gula,telur,minyak, air & susu pekat..pukul sehingga gula hancur
*masukkan tepung yg di ayak tadi. Kacau sebati..
* Kaup balik adunan meringue ke dalam adunan kuning telur ( 3 Kali masukkan meringue)

* Kemudian bahagi kepada :
1 Sudu besar diwarnakan hitam
2 Sudu besar diwarnakan hijau gelap (dark green)
2 Senduk diwarnakan hijau epal
1 Senduk diwarnakan putih ( nk warnakan hijau semua pun boleh )
Adunan selebihnya diwarnakan merah ( bright red)


CARA MEMBUAT CORAK TEMBIKAI

1. Tuang adunan hijau gelap di atas adunan puding tadi. Tuang di tepi-tepi loyang,
2. Tuang adunan hijau epal ditengah-tengah loyang,
3. Tuang adunan putih ditengah2 loyang, di atas adunan hijau epal td
4. Tuang sedikit adunan merah
5. Buat bentuk lingkaran di atas adunan merah ( guna adunan hitam tadi )
6. Paipkan adunan merah di atas corak lingkaran tadi. Paip sehingga menutupi lingkaran itu..
7. Ulang lagi membuat lingkaran sehingga adunan habis..


CARA MEMBAKAR

1. Panaskan oven suhu 180 Selama 15 minit
2. Masukkan kek ke dlm oven, tuang air panas ke dlm loyang,
3. Bakar api bawah dahulu selama 1 jam
4. Selepas itu, tukar pula api atas bawah, bakar lagi 25-30 minit
5. Apabila kek dah masak, tutup suis oven, biarkan kek dalam oven ( renggangkan pintu oven)
6. Apabila nampak kek dah lekang dari loyang. Keluarkan.sejukkan sehingga loyang rasa dah suam.. 7. Boleh sisip tepi kek dengan spatula.kemudian terbalikkan
8. Kalau nak tepi-tepi puding nampak kemas, lap dgn tisu dapur perlahan-lahan.


0 comments:

Post a Comment

RECOMMENDED FOR YOU