Wednesday, June 6, 2018

8:34 AM

RESEPI KUIH KUBA GULING ( VERSI BUNGA TELANG )

BAHAN - BAHAN

250gm tepung beras
200gm gula
150gm tepung jagung
1/2sudu makan kapor
3sudu tepung beras pulut
1/2cwan santan pekat
semangkuk bunga telang bland dgn 200g air
Air 1liter lbh (tgk kepekatan)
Secubit garam


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Masukkan semua bahan atas di dalam kuali.

2.Kacau sehingga sebati sebati kemudian hidupkan api. 

3. Selepas semuanya sebati, pastikan kacau dan gunakan api yang sederhana.

4. Kacau sehingga likat

5. Sediakan loyang saiz 8 sapukan minyak.

6. Tuangkan tepung yang dah siap tadi.

7. Apabila dah sejuk,potong dan gulingkan kuih dalam kelapa parut (muda) ** Masukkan sedikit garam dalam kelapa untuk menyeimbangkan rasa kuih.

8. Dah siap




Kredit Resepi: 
Da Amanda




0 comments:

Post a Comment

RECOMMENDED FOR YOU