Monday, January 27, 2025

RESEPI KEK LUMUT LEGEND


 RESEPI KEK LUMUT LEGEND-


Bahan2nya-

.

*10 biji telur ayam (Gred A)


*500 gm mentega (saya guna buttercup)


*1 tin kecil susu pekat manis


*1 1/2 gelas gula halus/gula kastor


*200 gm Horlick


*1 tin kecil seri Kaya


*2 gelas tepung roti marie (saya guna roti marie bungkus lepastu kisar halus,kemudian ayak )kisar dulu baru sukat 


*1/2 nestum keluarga original (kisar halus kemudian ayak) 


*Esen vanilla


*2 sudu makan tepung hong Kong (*ayak terlebih dahulu)


*1 botol pewarna hijau 60ml (guna jenama Koepoe-koepoe)


*2 sudu makan serbuk koko yg telah diayak -untuk gelapkan warna hijau jadi warna lumut

.

Cara-cara :

.

Pukul gula dan mentega hingga kembang,kemudian masukkan telur satu persatu,masukkan seri kaya dan susu pekat putar hingga adunan sebati.

.

 Kemudian masukkan Horlick dan esen vanilla ,roti marie + nestum,tepung hong kong sehingga sebati. Akhir sekali masukkan serbuk koko dan pewarna hijau.

.

*Kukus selama 3-4 jam (Panaskan pengukus terlebih dahulu sehingga air pengukus mendidih barulah masukkan kek,guna api perlahan selama 2 jam,selepas 2 jam gunakan api besar )

.

-credit to owner recipe

KEK LAPIS RONARIA (BAKAR) Resepi Ann Cdi


KEK LAPIS RONARIA (BAKAR)
Resepi Ann Cdi

Bahan-bahannya :
16 ozs mentega
10 biji telur ayam gred A
1 tin kaya sederhana (300gm)
1 gelas gula halus (boleh krgkn jika xnk manis)
1 gelas tepung hongkong
1 gelas horlicks
1 gelas tepung susu (saya gna coffee mate)
1 sudu vanilla
1 sudu mkn ovellete
4 sudu mkn susu pekat
sedikit jem utk melapis (saya gna jem nnas)
Pewarna ( ikut suka)
Saya guna pewarna;
i) kuning telur
ii) hijau turquoise
iii) pink
iv) putih
v) hitam + sdikit browning sugar
vi) hijau epal
vii) merah + sedikit red velvet emulco
viii) kuning lemon

Cara-caranya :
~ Satukan mentega & gula, pukul smpai kembang. Masukkan telur satu persatu. Pukul lagi smpai sebati.
~ Masukkn susu pekat, ovellete, serikaya & vanila. Pukul sampai berkrim.
~ Masukkan tepung hongkong & tepung susu. Gaul perlahan-lahan. Masukkan pula horlicks. Gaulkan sebati.
~ Bahagikan kepada 8 bahagian/ warna. Daripada 6 bahagian pula dibahagi 2 utk 6 lapisan tebal & 6 lapisan nipisnya..
~ Akhir sekali bakarlah selapis demi selapis.
Pada setiap 2 lapisan saya sapukan sedikit jem.
Saya guna loyang 8" x 8"

Sunday, January 26, 2025

RESEPI BBQ KAMBING


 Resepi BBQ Kambing.


Bahan:

12 slice daging kambing (lamb),katanya jangan beli mutton, mutton ni daging kambing yang agak tua.


Bahan Perapan:

5 - 6 sudu besar Lada hitam

1/2 cawan Madu (lebih pun sedap juga, tapi gula perlu kurangkan)

1/2 cawan Sos Cili

1/2 cawan Sos tomato

1/2 cawan sos BBQ Lea Perrins

Gula dan sedikit garam.


Cara:


Lada hitam ditumbuk agak kasar (tapi jangan kasar sangat), abang saya tak tumbuk.., dia pusing-pusingkan jer lesung batu tu.


Dalam mangkuk, satukan sos cili, sos tomato, madu, lea perrins, lada hitam, gula dan garam. Ia akan ada rasa-rasa asam boi sikit. Kalau tak sampai rasa macam asam boi tu.. tambahlah mana2 yang kurang.


Gaul rata dan masukkan daging kambing. Perap sekurang-kurangnya 4 jam, lagi lama lagi elok.

Panggang menggunakan arang.


Nota:

Selain kambing, boeh juga diperap dengan daging lembu atau ayam. Cuma untuk ayam.., abang saya masukkan sedikit kicap pekat.


~ Selamat mencuba ~



kredit resepi: Delihayat Kitchen

Saturday, January 25, 2025

RESEPI PANDAN BURN CHEESECAKE



Pandan Burnt Cheesecake 

Bahan 

250g cream cheese (tatura) 
3 biji telur gred B
5 sb gula halus
2 sb tepung gandum
125ml santan kotak
1/2 sk esen pandan
 Pewarna hijau epal (star brand)

Cara2 :

- blend terus semua sampai sebati
- loyang 6 inci alas dgn baking paper
- tuang adunan.. Hentak perlahan2 loyang tu 3 kali
- akak bakar guna air fryer
- suhu 180'C.. Bakar 25 minit

Cara2 bakar oven

- panaskan oven pada suhu  selama 10 minit
- bakar pada suhu 250'C selama 25 minit 
- sejukkan.. Boleh masuk dlm fridge sejam
- baru keluarkan & potong.. Sedia dihidang

Kredit: dapurkakzura

RESEPI GULAI TENGGIRI


 Resipi gulai tenggiri

=================


==Bahan-bahan==


1/2 biji bawang besar

5 ulas bawang putih

1 inci halia

3 tbsp cili kisar

3 tangkai daun kari

1 tbsp biji sawi

Rempah kasar

5 tbsp rempah kari ikan

5 keping ikan tenggiri

Bendi

Terung

Tomato

2 asam keping

Air secukup nya

Santan rm2

Gula

Garam


== Cara-cara ==


Panaskan kuali bersama sedikit minyak, kemudian masukkan daun kari dan biji sawi. Tumis seketika


Kemudian masukkan rempah kasar, bawang besar, bawang putih dan halia yang dihiris. Tumis hingga layu.


Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.

Setelah itu, masukkan pula rempah kari ikan dan sedikit air. Tumis hingga pecah minyak.


Kemudian masukkan sedikit air, dan terung. Biar seketika. Masukkan pula bendi dan juga ikan tenggiri


Masukkan santan dan tomato. Perasakan. Gulai ikan tenggiri sedia dihidang bersama nasi panas dan ikan masin. Selamat mencuba


Kredit : seminit resepi

Friday, January 24, 2025

RESEPI APAM PISANG GEBUS" by "MARIANA ZAINAL"


RESEPI APAM PISANG GEBUS" by "MARIANA ZAINAL"

Resipinya

Bahan A
6-7 biji pisang berangan(kalo saiz besar mcm yg jual kt pasar raya guna 5-6 biji pun ok)
1 cawan gula perang
1 sdt double action baking powder
2 sdt baking soda
Secubit garam
1 sdt perahan limau nipis@kasturi
(lecek semua ini hingga sebati..pastikan pisang hancur yer..sy lecek guna gelas plastik)

Bahan B
3 biji telur gred A(blender 2-3mnt)
1 cawan minyak masak
2 cawan tepung gandum diayak
Sedikit hirisan pisang utk hiasan(potong nipis jgn tebal kalo xmo pisang tenggelam)

Cara membuatnya.

Satukan bahan A dan bahan B..

Peram selama 1 jam dalam bekas bertutup..

Panaskan kukusan hingga air mendidih..

Sapu minyak pada acuan..

masukkan adunan 3/4 acuan..

letak hirisan pisang..

kukus selama 20 minit.

Siap

RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA



RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA


Bahan2nya:

==========


Ikan Siakap

Bawang putih

Bawang besar

Halia

Nenas

Lobak merah

Cili besar ➡️Kalau nak pedas tambah ciliapi😁

Sos Ikan


Tumis bahan-bahan tersebut sehingga naik bau dan masukkan garam secukup rasa serta sos ikan.


Letak asam keping dan gula secukupnya.


Angkat dan tuangkan ke atas ikan yang telah di goreng.


Psst~~ ini cara Kak Has ada orang lain cara masaknya 😁✌


➡️#menuKakHas


Kredit:tq kpd empunye resepi