Friday, May 17, 2019

RESEPI KEK LAPIS COKLETBERI


RESEPI KEK LAPIS COKLETBERI 


BAHAN - BAHAN

450gram butter
10 biji telur
1 sudu ovelet
1 sudu esen vanila
1 tin kecik nestle cream
3/4 gelas gula
3/4 gelas horlick
3/4 tin susu pekat
1/2 tin seri kaya
2 gelas tepung hong kong(tambah jika adunan lembut)
1 papan coklet masakan(dicairkan)
Perisa blueberi secukupnya
2 sudu serbuk koko

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Putar gula , butter & ovelet sampai kembang

2. Masukkan susu , serikaya , horlick & tepung satu per satu

3.Bahagi kpd 2 adunan

Adunan pertama - tambah perisa blueberi + pewarna biru

Adunan kedua - Tambah coklet masakan yg telah dicairkan +  serbuk koko

4. Bakar guna api atas suhu 150°> 160° ikut oven memasing. Setiap lapisan bakar dalam 9 ke 10 minit

5. mulakan lapisan dgn adunan coklet


RESEPI KEK LAPIS COKLETBERI 

Kredit Resepi :
Puan Ida Arip



Thursday, May 16, 2019

RESEPI RENDANG AYAM SEDAP DAN TAHAN LAMA


RESEPI RENDANG AYAM SEDAP DAN TAHAN LAMA

BAHAN - BAHAN

2 ekor ayam
1 kg bawang merah - hiris
3 labu bawang putih - hiris
4 inci halia - hiris
4 inci lengkuas - tumbuk
2 inci kunyit hidup - tumbuk
4 batang serai - titik
4 senduk cili kisar - ikut suka pedas
Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
4 kg santan 
2 keping asam keping - ikut rasa
Garam 
Gula
Daun kunyit - opsyenal
Sedikit kerisik - opsyenal utk warna gelap

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hiris serta serai sehingga wangi. 

2. Kemudian masukkan cili kisar dan kunyit serta lengkuas yang ditumbuk. 

3.Tumis sehingga cili benar benar garing.

4.Masukkan ayam dan gaul rata sehingga ayam kecut. 

5.Masukkan sedikit santan cair bagi membolehkan ayam masak. 

6. Setelah itu, baru dimasukkan semua santan dan masak dengan api perlahan sahaja. 

7. Akhir sekali, masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping secukup rasa. 

8. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak. 

9. Jika suka, boleh taburkan daun kunyit yang dihiris halus sebelum ditutup api.

Nota:
Setelah ayam masak, boleh keluarkan ayam terlebih dahulu dan masak bahan perencah sambil dikacau dengan api perlahan untuk menjadikan kuahnya berwarna agak gelap.


Kredit Resepi : 
Azie Kitchen



RESEPI DAGING SAMBAL TEMPOYAK GORENG

 

RESEPI DAGING SAMBAL TEMPOYAK GORENG


BAHAN - BAHAN

Daging setengah kilo
2 Ulas Bawang putih 2
5 ulas Bawang merah
cili api ditumbuk kasar * Ikut kepedasan
1 senduk 
minyak masak secukup nya utk menumis.

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Tumis bahan2 tumbuk sehingga wangi..

2. masukkan Tempoyak tumis sampai naik minyak..

3. masukkan daging..

4. masukkan air utk lembut kan daging..

5. goreng sampai empuk dan pecah minyak..

6. masukkan Kacang botol..

7. garam gula secukup rasa tekak sendiri..

8. Done


Kredit resepi: 
Sue Rosayu Ahmad




RESEPI DAGING SAMBAL TEMPOYAK GORENG

Wednesday, May 15, 2019

RESEPI KEK CHOCOLATE MOIST WITH CHOCOLATE GANACHE


RESEPI KEK CHOCOLATE MOIST WITH CHOCOLATE GANACHE

BAHAN BLEND

1 tin susu cair
1 tin susu pekat
1 tin gula pasir
1 tin minyak masak@minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur

* Blend semua bahan di atas


BAHAN AYAK

1 1/2 tin tepung gandum
1 tin serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

* Ayak semua bahan


CARA - CARA MEMBUATNYA

1.  Masukkan bahan yang di blender  ke dalam bahan ayak.kacau sampai sebati, 

 2. Masukkan dalam loyang 8x8

3. Letak bawah je baking paper

4. Tutup adunan loyang guna plastik supaya air tidak menitis kat atas kek ye

5. Panaskan air dahulu ye

6. Kukus 1 jam sehingga masak

7. Cucuk pakai lidi, kalau dah tak lekat menandakan kek telah masak.


TOPPING COKLAT GANACHE

1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu cair

*Satukan semua bahan masak secara double boil
dan siram di atas kek


RESEPI KEK CHOCOLATE MOIST WITH CHOCOLATE GANACHE

Sumber : 
Lavienda Mahfuz Azman


RESEPI KEK PILIH KASIH


RESEPI KEK PILIH KASIH


BAHAN A

450gm Butter
1 gelas gula halus
1 tin kecil seri kaya
3 sudu makan browning

BAHAN  B
10 biji telur terus campur vanilla essence

BAHAN C(gaul sebati)

1/2 gelas Tepung Gandum
2 1/2 gelas tepung rotie marie * Blendkan
200gm horlick
2 gelas kacang tanah * bakar sekejap dan kisar halus
300gm/400gm/500gm/600gm bijan putih dibakar sekejap.  
(Ikut banyak suka mana, lagi bnyk lagi padat.)
6 sudu makan milo


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Pukul semua bahan A sehingga kembang.

2. Masukkan bahan B diselangseli dengan bahan C

4. Kukus almost 4 ke 5 jam

Acuan 8 inc utk tinggi mcm dlm gambar.
Acuan 9 inch utk rendah sikit


RESEPI KEK PILIH KASIH


Sumber / Kredit : 
Fb Ahmad Abrar

Friday, May 10, 2019

RESEPI KUIH KUBA GULING VIRAL

 

 BAHAN - BAHAN

250gm tepung beras
150gm tepung jagung
50gm tepung pulut
Gula 250gm
2.5 liter air yang dicampur dengan pati pandan
1 kotak kecil santan kara
Sedikit garam
1/2 sudu kapur makan 


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. bancuh sebati kesemua bahan. 

2. Masak diatas api sederhana hingga nampak adunan jadi jernih berkilat.

3. Biar sejuk. 

4. Potong dan gulingkan diatas kelapa parut yang dah digaul sedikit garam.


Kredit Resepi :
amy aziz mohamed via mahn



Monday, April 29, 2019

RESEPI KEK LAPIS QUE PUTEH

 

RESEPI KEK LAPIS QUE PUTEH

 (Loyang 7x7 ), 
8x8(gandakan adunan)

BAHAN - BAHANNYA

250gm mentega
1/2cwn gula halus
5biji telur gred A
1/2 cwn Horlick
1cwn tepung gandum
1sudu teh esen vanila 
1/2cwn susu pekat
50gm tepung ice cream atau 
Ice cream vanila yg di cairkan ( jgn cair sangat)
Pewarna merah Dan pink
Strawberry jem atau paste


CARA - CARA MEMBUATNYA

Pukul mentega Dan gula hingga kembang.
Masukan telur satu persatu
Masukan susu, esen vanila
Akhir Sekali Masukan tepung gandum Dan Horlick


BAHAGI KEPADA 2 BAHAGIAN

BAHAGIAN 1
1 warna pink di campur serbuk ice cream @ ice cream Perisa vanila

BAHAGIAN 2
1 warna merah di campur strawberry jem atau Strawberi paste


BAHAN CHEESE CREAM

250gm cream cheese
60gm gula halus
1biji telur 
2sudu makan air masak
2sudu makan tepung gandum

CARA MEMBUAT CHEESE CREAM

Pukul cream cheese, Dan Bahan lain kecuali telur.
 Pukul sampai sebati baru Letak telur. Pukul sebati.


CARA - CARA MELAPIS

Bakar cream cheese dulu sampai abis. 
Pastu kaler pink Dan merah..
Atau ikut mana suka..


SUMBER

Resepi Asal #NurLokman
Bake by fb Elizabeth Bilong