Tuesday, June 12, 2018

RESEPI CRUNCHY FRIED CHICKEN @ AYAM GORENG RANGUP ALA KOREA


RESEPI CRUNCHY FRIED CHICKEN @ AYAM GORENG RANGUP ALA KOREA

BAHAN PERAP
** Perap selama 5 minit

Plain Yogurt
Lada hitam secubit
Bawang putih cincang


**Goreng ayam menggunakan tepung gandum/tepung ubi kentang(best rangup!)
**Pastikan salut dengan rata ayam tu.
**Goreng ayam 2 kali untuk texture yang lebih rangup.


BAHAN SOS

2 sdu kicap cair
Setengah sudu cuka(jangan lebih nanti masam)
2 setengah sudu gula perang
1 Sudu madu
1 Sudu teh serbuk cili

**Untuk sos agak agak sedap masam manis ok.
**Lepastu gaul kan dengan ayam!

Last paling best! 
Cairkan mozarella cheese dengan susu sikit lepas tu letak atas ayam.



Pemilik Resepi: 
Wardah Humairah

RESEPI KEK LAPIS MASAM MANIS


RESEPI KEK LAPIS MASAM MANIS

BAHAN - BAHAN

5 biji telur gred A
2 1/2 cwn tepung biskut marie(biskit marie tu kisar halus(
Stgh tin kecil susu pekat manis
1 1/4 cwn gula halus
250gm butter atau margarine
1 sudu besar ovalett
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil baking powder
Buah hawflakes(masam manis)
Pewarna hijau dan kuning(apa2 kaler pun boleh)


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Pukul butter dan gula smpai kembang dan ringan.
masuk telur satu persatu.masuk ovalett,susu dan esen vanilla.

2. Ayak tepung biskut marie bsama baking powder.lps tu masuk skali dlm adunan butter tdi.gaul sebati.

3. Bahagi kpd 2 bahagian.bubuh pewarna utk setiap bhgn.sediakan pengukus.panaskan air kukusan tlebih dahulu.

4. Ambil dlm 7 sudu mkn adunan bubuh dlm loyang.susun buah hawflakes.lepas tu kukus. Ambik masa dalam 10 minit lepas tu keluarkan lapis pula kaler lain. Ulang proses lapisan sampai habis.

**10 minit setiap lapisan 20 minit utk lapisan terakhir.
**Potong kek bila ke dah betul-betul sejuk. 



Pemilik resepi: 
Ross Ariffin

RESEPI BISKUT SUSU UNIK


RESEPI BISKUT SUSU UNIK

BAHAN - BAHAN

3 Cawan Tepung Jagung
250 gm Susu Pekat (1/2 tin)
1/2 sk Serbuk Penaik
130 gm Mentega
Pewarna Makanan
Cip Coklat (hiasan)
Gula Urai (hiasan)


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Gaulkan tepung bersama serbuk penaik dan susu pekat sehingga rata.

2. Masukkan mentega. Uli sehingga menjadi doh.

3. Bahagikan doh kepada dua bahagian. Letakkan perwarna pada satu bahagian.

4. Ambil sedikit doh (kedua-dua warna) dan bentukkan mengikut kreativiti masing-masing.

5. Hiasankan dengan cip coklat dan gula urai atau hiasan lain jika suka.

6. Bakar pada suhu 160°c selama 15-20 minit.


Nota:
Boleh tambah atau kurangkan sedikit mentega sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan boleh dibentuk.



Kredit Resepi: 
BuatOrangLapo

RESEPI BISKUT SEMPERIT COKLAT MAK MIDAH LEGEND


RESEPI BISKUT SEMPERIT COKLAT MAK MIDAH LEGEND

BAHAN - BAHAN

1 1/2 cawan mentega
1 cawan gula castor
1 biji telur (ambil kuning je)
1/4 cawan serbuk koko
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastard
1 sudu kecik essen vanila

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Pukul mentega dan gula castor hingga kembang.

2. Masukkan kuning telur dan essen vanila dan kacau sebati.

3. Masukkan campuran tepung gandum, tepung kastard dan serbuk koko yang telah di ayak sedikit demi sedikit dalam adunan hingga habis.

4. Bentukkan dan bakar.

Nota : 
Kalau masa nak masuk kat acuan semperit rasa lembik sangat, masukkan 2 sudu besar tepung gandum dan uli sebati.




Kredit Resepi :
Maslina meor radzi

Kredit Page :
 Resepi Ibu


RESEPI KUIH KARAS


RESEPI KUIH KARAS

BAHAN-BAHAN:

1 kg tepung beras
720 gm gula putih
750 ml air
1 1/2 liter minyak masak

CARA MEMASAKNYA:

1. Masukkan air ke dalam periuk.

2. Kemudian masukkan gula dan kacau sehingga mendidih. Biarkan sejuk.

3. Bila sudah sejuk, masukkan air gula ke dalam tepung dan kacau sebati (seperti bancuhan goreng pisang).

4. Panaskan minyak, masukkan bancuhan ke dalam acuan karas dan bentukkan di dalam kuali.

5. Goreng sehingga warnanya kekuningkuningan. Balik-balikkan dan angkat.




Kredit Resepi : 
Page FB Aneka Resepi Masakan  

RESEPI KEK LUMUT


RESEPI KEK LUMUT

BAHAN - BAHAN

10 Telur (Gred A)
450 Butter 
3/4 Cawan Gula Castor
2 Cawan Nestum 
1 Cawan Serbuk Almond 
1 Cawan Serbuk Horlicks
1 Cawang Tepung Hong Kong / Gandum (diayak)
2 Sudu Teh Esen Vanila 
60ml Pewarna & Perasa Pandan
1 Cawan Susu Manis

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Pukul butter dan gula castor sehingga kembang. Kemudian masukkan telur satu per satu.

2. Masukkan susu manis dan esen vanila kemudian pukul rata 

3. Masukkan nestum, serbuk almond, serbuk horlicks, dan tepung hong kong kemudian kacau rata.

4. Apabila adunan sudah rata, masukkan pewarna dan perasa pandan dan kacau rata 

5. Masukkan adunan ke dalam loyang (9 - 10 inci) yang beralas baking paper. Kemudian balut loyang dengan aluminium foil.

6. Kukus adunan selama 4 jam

7. Siap!

Nota Edit
1. Kalau masukkan bahan kering dlm cake, make sure, campurkan bahan tu semua dulu. Campurkan tepung, almond, nestum tu dulu. Dah gaul rata, baru masukkan.
2. Always masukkan bahan kering/tepung 3 kali, maksudnya, bahagi 1/3 setiap kali masukkan bahan kering
3. Kukus api jgn besar, nanti cake tak licin. 
4. Dah masukkan cake batter tu, hentak kan tin. Ni proses buang angin.




Kredit Resepi :
Mama G food industri


RESEPI KUIH BUAH ROTAN


RESEPI KUIH BUAH ROTAN

BAHAN - BAHAN

500 gram tepung pulut
1/2 biji kelapa
4 sudu besar gula pasir
1 biji telur
Biji bijan halus
1 sudu besar esen ros (x letak)


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. 1/2 biji kelapa dicampur dengan 1 gelas air dan diambil santannya. 

2. Kemudian 1 biji telur,4 sudu gula dan esen ros dimasukkan kedalam perahan santan dan dipukul hingga sebati.

3. Masukkan tepung pulut kedalam satu bekas yang besar kemudian masukkan cecair santan sedikit demi sedikit.

4. Kemudian ,uli sehingga menjadi satu doh yang lembut (tambah air jika santan tidak mencukupi) supaya senang untuk dibulat-bulatkan. 

5. Adunan yang telah dibentuk hendaklah digaulkan dengan bijan halus dan digoreng dengan minyak yang sederhana panasnya sehingga kuning keemasan

Monday, June 11, 2018

RESEPI DAGING BAKAR " HARIMAU MENANGIS " @ SUA RONG HAI


RESEPI DAGING BAKAR " HARIMAU MENANGIS " @ SUA RONG HAI

BAHAN PERAPAN DAGING

** Perap selama 1 jam

Daging ambil bahagian yg ada lemak baru sedap 
**cucuk2 daging dgn garfu bagi bahan perapan mudah serap ke dlm daging
Gula
Sos ikan (nampla)
Sos tiram
Minyak masak
Lada hitam


BAHAN - BAHAN SOS CICAH

Sos ikan (nampla)
Air asam jawa
Jus limau nipis
Thai Palm sugar (namtan peep)
Serbuk cili thai
Bawang merah
Beras sangai 
**Goreng tanpa minyak & tumbuk halus
Daun saderi (hiasan)




Kredit Resepi : sagacious sally
Sumber : Page FB Thailand punya


RESEPI DONUT CHEESE


RESIPI DONAT CHEESE

BAHAN - BAHAN 

4 cwn tpung gandum
3 sudu besar merjerin
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar gula 
1/2 cwn air suam 
1/2 cwn air
1 peket mauripan
Sedikit garam
Cheese slice


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Ambil setengah cawan air suam larutkan gula , yis segera dan kacau sehingga sebati . Biarkan sampai yis mengembang dalam 20 minit .

2. Tepung gandum tadi ramas dgn marjerin , susu dan garam sampai sebati .

3. Bila yis dah mengembang . Masukkan yis tersebut ke dalam tepung tadi diselang seli dgn setengah cawan air sehingga menjadi doh yg tidak melekat di tgn.

4. Rehatkan doh dalam 30 minit , tutup doh tersebut dgn kain basah .

5. Selepas 30 minit, doh tersebut dah naik. Tumbuk doh tersebut untuk mengeluarkan angin.

6. Boleh canaikan doh tersebut, jgn tebal sangat & terlalu nipis sangat(untuk cheese saya buat dgn menekapkan menggunakan cawan minuman plastik). Kalau donut biasa saya gunakan acuan donut.

7. Sebelum menggoreng donut tersebut . Rehatkan donut itu selama 30 minit supaya ia mengembang dgn cantik .


RESEPI BROWNIES COOKIES


RESEPI BROWNIES COOKIES

BAHAN - BAHAN

185gm dark choc - Berlys
40gm buttercup 
95gm gula icing boleh kurang kalau tak suka manis
50gm tepung gandum
Telur 2 biji 'B - pastikan baru *penting 


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Cairkan coklat tadi kaedah double boil

2. Bila telah larut masukkan butter dan kacau keduanya hingga larut * Angkat dan biarkan suam seketika

3.Sementara coklat sejuk dengan pantas putar telur guna hand mixer sehingga nampak buih buih sedikit dan masukkan gula icing dan putar sebentar 

4. Campurkan adunan telur kedalam adunan coklat tadi (pastikan adunan coklat ianya berkeadaan suam yang nak hampir ke-sejuk)

5. Masukkan tepung dan kaup balik adunan coklat + telur itu.

6. Kaup balik dengan kasih sayang yea bukan di putar di godek ikut syok ..just lemah lembut sahaja..

7. Siap dan masuk kedalam piping bag.

8. Panaskan oven 

9. Atas parchment paper atau silicon mat pipe kan adunan coklat tadi sebesar duit 20sen lama 😊 hingga habis dan boleh la nak di hias dengan badam atau kekacang lain atau plain sahaja.

10. Bakar api atas bawah dengan suhu 190-200' ikut oven masing masing selama 15min/20min

11.  Untuk dapatkan cookies berkeadaan chewy just bakar dalam 10-15min kalau nak garing dalam  
       15-20 min.



Kredit Resepi :
Syida Hana


RESEPI BISKUT SEMPERIT


RESEPI BISKUT SEMPERIT

BAHAN - BAHAN

250 gm butter
150 gm gula icing
1 biji kuning telur
250 gm tepung red rose
150 gm tepung kastard
30 gm tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
manik gula sebagai hiasan


CARA - CARA MEMBUATNTA

1. Ayakkan tepung red rose, tepung kastard dan tepung jagung. Ketepikan

2. Pukul butter dan gula hingga sebati.

3. Masukkan telur dan esen vanila dan terus pukul hingga bergaul sempurna

4. Kemudian masukkan tepung yang telah di ayak sedikit-sedikit dan terus menguli sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari

5. Panaskan oven pada suhu 170C

6. Sedialan loyang pembakar dan oleskan sedikit butter

7. Masukkan doh ke dalam acuan semprit dan tekan di atas loyang

8. Buat dalam 2.5 cm panjang

9. Hiaskan dengan manik gula

10.Bakar dalam oven dengan suhu 170C selama 15 minit

11. Sejukkan sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.




Kredit Resepi: 
Falcon Kitchenware


RESEPI KEK LAPIS HORLICKS PELANGI CHEESE


RESEPI KEK LAPIS HORLICKS PELANGI CHEESE

Loyang 7x7

BAHAN - BAHAN

250gm pure butter
1 cwn Tepung Gandum
1 cwn Horlicks
1/2 cwn creamer coffeemate 
1/2cwn gula halus
5 biji Telur Grade A ( telur B - 6biji )
1/3cwn Susu pekat
1sudu besar ovelate
1 sudu teh esen vanila
200-250gm cream cheese
Pewarna 
Susu segar secukup nya


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Pukul butter gula & ovelate & cream cheese sehingga putih & kembang. kelajuan maksima. 

2. Masukkan telur satu persatu sambil di pukul perlahan. Letak esen vanila

3. Masukkan susu pekat. Pukul sebati

4. Masukkan tepung gandum, horlicks, creamer. Kacau sebati

5. Bahagi kepada 2bahagian.
1 bahagian di biar plain
1 bahagian dibagi lagi dan letak pewarna

6. Bakar selapis selapis sehingga habis

7. Suhu oven 170c ikut oven masing2x.


P/s: gandakan kalau nak buat banyak. Gunakan sukatan cawan matrik

Friday, June 8, 2018

RESEPI LONTONG DAN KUAH LODEH SEDAP


RESEPI LONTONG DAN KUAH LODEH SEDAP

BAHAN - BAHAN

1/4 biji kubis
1/4 biji sengkuang - potong panjang
1 batang karot - potong panjang
6 batang kacang panjang
2 biji terung panjang 
1 biji kentang - potong 8 
2 keping fucuk - rendam dan potong kecil
1 ikat soo hoon - rendam dan potong kecil
1 keping tempe - potong dadu besar dan goreng
2 keping tauhu - potong kecil dan goreng
2 batang cili merah - hiris
2 batang serai - ketuk
1 cawan udang hidup - buang kulit
2 santan kotak 
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR

8 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
2 sudu besar udang kering - rendam dan tos


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Masak bahan kisar bersama santan cair dan serai sehingga hampir mendidih. 

2. Masukkan udang diikuti dengan sayur yang jenis keras sehingga sayur yang lembut. 

3. Masukkan santan pekat dan tauhu kering, cili merah serta garam. Sesuaikan rasa dan kepekatan.

4. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama dengan nasi impit, telur rebus dan kuah kacang atau sambal tumis.



Kredit Resepi : 
Seminit Resepi


RESEPI KEK BUAH KUKUS


RESEPI KEK BUAH KUKUS

BAHAN - BAHAN

500g mix fruit
3 biji telur 
1sk esen vanilla 
1sk pes oren/sunquick

BAHAN CARAMEL

300gm gula pasir
50ml air panas
250g butter

BAHAN TEPUNG

350g tepung gandum
1sk baking powder 
1sk soda bikarbonat
1sk krim of tatar
(ayak semua bahan di atas) 


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Cairkan gula dan masukkan air panas utk jadikan caramel atau gula hangus. 

2. Kemudian masukkan butter. Terus kacau sampai cair dgn api kecil sahaja. 

3. Bila bahan-bahan caramel dah cair dan gula larut, dengan api kecil masukkan buah-buahan campuran tadi. 

4. Kacau sebati & masukkan tepung  sedikit demi sediki & kacau lagi hingga sebati kemudian matikan api. 

5. Telur,Vanilla dan oren/ Sunquick diblend atau pukul semua bahan hingga telur kembang berbuih kemudian masukkan dalam adunan caramel dan bahan tepung tadi. 

6. Tak perlu tunggu adunan tu sejuk. Kacau sebati. 

7. Panaskan kukus dan kukus 2 jam pertama dgn api sederhana dan 2 jam akhir dgn api kecil. 




Kredit Resepi :
Ammar Affendy #mahn


RESEPI TAUFU FA CINA PALING SEDAP


RESEPI TAUFU FA CINA PALING SEDAP

BAHAN - BAHAN

300 gm kacang soya
2.5 liter air
2 helai daun pandan
2 sudu tepung jagung
1 sudu teh serbuk GDL (glucono delta lactone) @ tepung seiko


BAHAN UNTUK AIR GULA

Secawan gula
2 cawan air
Sehelai daun pandan

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Rendam kacang soya selama 5 - 6 jam.

2. Kisar kacang soya tersebut menggunakan pengisar makanan.

3. Kemudian, tapis hasil kisaran menggunakan penapis.

4. Ambil satu bekas atau periuk, dan masukkan 2 cawan air soya yang dikisar tadi.

5. Kemudian, masukkan 2 sudu tepung jagung dan 1 sudu teh serbuk GDL - (Bancuhan A)

6. Seterusnya, lebihan air soya yang dikisar tadi dimasak bersama 2 helai pandan dalam periuk dengan api yang besar, dan digaul sentiasa. MESTI digaul sentiasa supaya air kacang soya tak berkerak.

7. Kacau sehingga ia membuih ke atas dan tutup api. (Bancuhan B)

8. Setelah itu, kembali kepada bancuhan A dan kacau supaya sebati.

9. Kemudian, tuangkan bancuhan B ke dalam bancuhan A. JANGAN DIKACAU!

10. Buang buih yang terdapat di atas air soya yang bakal menjadi tau fu fah itu. Tunggu selama sejam untuk tau fu fah mengeras.

11. Sambil menunggu tau fu fah mengeras, masak air gula.


CARA MENYEDIAKAN AIR GULA :

1. Didihkan secawan gula pasir bersama 2 cawan air.

2. Masukkan sehelai daun pandan yang disimpul. Boleh juga gunakan gula merah atau gula melaka.

3. Hidangkan Tau fu fah bersama air gula.

PERINGATAN : 
Sediakan 2 periuk yang berasingan :
*1 untuk masak air soya, satu lagi tempat untuk mengeraskan tau fu fah

Siap!