Thursday, June 7, 2018

RESEPI BISKUT NUTELLA


 RESEPI BISKUT NUTELLA 

BAHAN-BAHAN:

1 Cawan tepung gandum..
1 Cawan nutella..
1 Biji telur..

CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Pukul semua bahan sehingga sebati

2. Bentukkan berbola dan susun di atas dulang pembakar yang di alas dengan kertas kalis ninyak.

3. Leperkan dengan garpu..

4. Hiaskan dengan apa2 yang korang suka OK.

5. Bakar pada suhu 175° selama 8 minit..

6. Biarkan di atas tin pembakar selama 5 minit sebalum di letak di atas redai



Kredit resepi :
FB Aroha Roha via #mahn


RESEPI KEK KISMIS BERMALAM


RESEPI KEK KISMIS BERMALAM


BAHAN - BAHAN

450gram mentega
10biji telur 
1/2 tin gula halus
1tin susu pekat manis
1/2-kg kismis hitam
1/2kg kismis campuran
2kotak red date
100gram ceri merah
100gram ceri hijau
3tin 1/2 tepung hongkong @tepung gandum
1sudu teh baking powder
1sudu besar esen vanilla


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Pukul gula&mentega sampai kembang.

2. Masukan telur satu persatu.pukul sebati.

3. Masukan susu pekat& esen vanilla .pukul lagi sampai sebati.

4. Masukan ceri merah,ceri hijau,kismis hitam,kismis campuran & red date. Gaul sebati guna senduk. **Bagi mengelakan buah mendap atau turun,kena letak buah dulu sebelum letak tepung.

5. Baru masukkan tepung &baking powder, gaul sebati guna senduk sahaja.

6. Masukan kedalam loyang 10x10'. Tutup dgn aluminium foil.

7. Perap semalaman pada suhu bilik. Baru kukus selama 4 jam.

8. Bagi mendapatkan keratan kek yang kemas & cantik, sejukkan dulu kek didalam peti sejuk semalaman. In shaa Allah,kek jadi cantik ,kemas&cantik bila dipotong.

9. Sukatan bahan menggunakan tin susu pekat saiz rendah (339gram) ,guna tin tersebut untuk sukat bahan bahan.

10. Red Date biasanya susah dicari di kedai mahupun di bakery. Kalau tak letak pun takpe. 




Kredit Resepi :
Eiyjarnazieanangah

Wednesday, June 6, 2018

RESEPI KERABU PERUT


RESEPI KERABU PERUT

Perut Lembu
Santan
**santan boleh dimasak dahulu untuk tahan lama dan  tak cepat basi.
Garam 
Budu & Ajinomoto (tambahan)

BAHAN UNTUK DI MAYANG

Mangga muda
Daun Kesom
Kacang Panjang

BAHAN UNTUK DI KISAR

Lada Hitam
Bawang Merah


CARA MEMBUATNYA

Gaul sebati semua sekali.

 Sedia untuk dihidang


RESEPI KUIH PUTERI MANDI


RESEPI KUIH PUTERI MANDI

BAHAN - BAHAN

1 paket tepung pulut
1/2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan air daun pandan

BAHAN INTI

1 biji kelapa parut muda
Gula melaka secukupnya
Air secukupnya


CARA MEMBUATNYA

1. Campurkan tepung pulut, tepung beras dan air pandan.Gaul hingga sebati dan ketepikan.

2. Setelah itu, bentukkan doh dalam bentuk bulat-bulat kecil kemudian penyetkan ditengahnya supaya leper. Lakukan proses yang sama hingga semua doh habis dibentuk.

3. Sementara itu, didihkan 4 cawan air dan setelah selesai membentuk kuih, masukkan ke dalam air mendidih tersebut hingga masak.

4. Kuih akan kelihatan terapung apabila sudah masak, angkat dan toskan airnya.

5. Sementara itu, masak air gula melaka sehingga pekat dan masukkan kelapa parut. Masak sehingga kering atau ikut citarasa sekiranya ingin sedikit lembab.

6. Akhir sekali, masukkan kuih tadi gaul bersama inti hingga sebati. Hidangkan.


RESEPI CHEESY MEATBALL BAKE


RESEPI CHEESY MEATBALL BAKE

BAHAN - BAHAN

1.5 kg daging lembu (kisar)
1.5 kg sosej (kisar)
4 ulas bawang putih, cincang
½ cawan pasli segar, dicincang
½ cawan keju parmesan
1 sudu garam
½ lada sudu teh
1 cawan serbuk roti
2 telur
1 cawan Susu
¼ cawan marinara sauce
2 cawan keju mozzarella


CARA - CARA MEMBUATNYA.

1. Panaskan ketuhar hingga 425 ° F (220 ° C).

2. Dalam mangkuk yang besar, gabungkan daging lembu, sosej, bawang putih, pasli, keju Parmesan, garam, lada, serbuk roti, telur, dan susu. Campurkan sehingga semuanya sebati sepenuhnya.

3. Gulungkan ke bentuk bebola. Untuk jumlah yang sama, gunakan scooper ais krim bersaiz sederhana.

4. Di atas api sederhana, tambahkan 1 sudu minyak zaitun ke dalam kuali, dan masak bebola di kedua-dua belah pihak selama kira-kira 2-3 minit atau sehingga masak. Masak kira-kira separuh masak sahaja. Selesaikan memasak di dalam ketuhar nanti.

5. Di dalam mangkuk khas untuk kaserol, tuangkan sedikit sos marinara ke bahagian bawah kuali untuk mengelakkan lekatan. Kemudian letakkan bebola ke dalam dan masukkan sos marinara yang selebihnya. Taburkan dengan 2 cawan keju mozzarella yang dicincang.

6. Tutup dengan foil dan bakar pada suhu 425 ° F (220 ° C) selama 25 minit atau sehingga keju cair dan bebola masak sepenuhnya.

7. Hidangkan dan hias dengan pasli.

8. Nikmati!



Kredit Resepi : Tasty

RESEPI BAYAM TEMPURA


RESEPI BAYAM TEMPURA

BAHAN - BAHAN

1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan air sejuk
1 biji telur
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil lada hitam
Minyak
Sayur bayam


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Gaul tepung gandum, tepung jagung, air sejuk, telur, garam dan lada hitam.

2. Masukkan sayur bayam ke dalam adunan tepung dan goreng hingga keemasan.

3. Siap untuk dihidang!



Kredit Resepi :
Seismik Makan

RESEPI KERABU KERANG MARBELESS


RESEPI KERABU KERANG MARBELESS

BAHAN - BAHAN

Kerang (direbus)
Pucuk paku (dicelur)
Taugeh (dicelur)
Kerisik
Asam jawa 
Limau nipis 
 Beras ditumbuk dan digoreng sedikit.

BAHAN KISAR

Serai (dihiris)
Cili padi 
Cili kering (direbus dan dibuang biji)
Belacan
Gula
Garam 

CARA MEMBUATNYA

** Campurkan semua bahan di atas.

Siap 



 Kredit Resepi 
@rosehayatie_

RESEPI COKLAT MOIST BERKRIM


RESEPI COKLAT MOIST BERKRIM

BAHAN - BAHAN

BAHAN 1

1 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula halus/gula icing
1 cawan air panas
1/2 cawan susu cair


BAHAN 2

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
2 cawan gula halus/ gula icing
4 biji telur gred A
250 gm buttercup
2 sudu kecil esen vanilla


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Campurkan bahan-bahan 1 ( serbuk koko, gula halus dan air panas) dan panaskan di atas dapur dengan api yang sederhana. Kacau sehingga rata dan berkilat. 

2. Tutup api dan masukkan susu cair sehingga sebati dan kemudian ketepikan dan sejukkan.

3. Pukul butter bersama gula sehingga kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu serta esen vanilla.

4. Masukkan baking powder yang telah diayak sedikit demi sedikit.

5. Kemudian masukkan tepung gandum secara berganti dengan adunan coklat di step 1 yang telah disediakan. Gaul sehingga rata dan sebati.

6. Adunan telah siap. Masukkan ke dalam bekas bersaiz 9×9 dan bakar di dalam oven bersuhu 180 darjah selama satu jam.

7. Apabila telah siap masak, sejukkan sementara waktu.

8. Untuk cara moistkan kek, masukkan 100gm coklat masakan bersama 1 sudu besar susu pekat manis ke dalam 3 sudu air panas di dalam mangkuk. 

9. Gunakan cara double boiling di atas api.
Apabila telah pekat, curahkan ke sekeliling kek. Hias kek sementara moist masih cair.


RESEPI PEACH MOCHI


RESEPI PEACH MOCHI

BAHAN-BAHAN:

60g Tepung Beras
30g Gula
1/2 TSP Garam
60ml Air Panas
1 Titis Pewarna Makanan Pink
Tepung Beras
1/2 Marshmallow
1 TSP Apricot Jam
1 Jelly Buah-buahan


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Tambah tepung beras 60g, gula 30g dan garam 1/2 sudu kecil ke dalam mangkuk. Tambah 60ml air panas dengan 1 titis pewarna makanan merah jambu dan kacau dengan baik. 

2. Apabila ia menjadi adunan, balut dengan balutan plastik dan masukkan ke dalam microwave selama 2 minit.

3. Gaul adunan yang telah dikeluarkan dari ketuhar gelombang mikro dengan spatula.

4. Taburkan beberapa tepung beras di permukaan dan potong adunan menjadi saiz yang sesuai. Tambah 1/2 marshmallow, 1 sudu kecil apricot jam dan 1 jeli berperisa buah di atas adunan dan gulung ke dalam bola.

5. Buat bentuk pic dengan menekan bahagian mochi dengan menggunakan batang mancis.
    



Sumber Resepi :
Cookat


RESEPI BISKUT LIDAH KUCING


 RESEPI BISKUT LIDAH KUCING 

BAHAN - BAHAN

250 gram butter
200 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
160 gram gula kastor
3 biji putih telur
1/4 sudu emplex
Esen vanila
Pewarna makanan


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex.

2. Pada bekas lain, pukul butter dan gula sehingga kembang kemudian masukkan putih telur sedikit demi sedikit.

3. Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit dan gaul.

4. Bahagikan adunan mengikut jumlah warna yang anda inginkan dan gaul setiap adunan dengan pewarna.

5. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan picitkan ke pada loyang. Rujuk video.

6. Bakar pada suhu 150"C selama 20 minit. Sedia dihidang.



Kredit Resepi :
Page FB seminitresepi


RESEPI BISKUT SARANG SEMUT


RESEPI BISKUT SARANG SEMUT

BAHAN A

250g butter/majerin
100g gula halus


BAHAN B:

1biji kuning telur
1 sdt esen vanila


BAHAN C (ayak):

200g tepung gandum
100g tepung jagung
150g tepung kastard


HIASAN

Chocolate rice/manik hiasan


CARA - CARA MEMBUATNYA

1 Pukul bahan A hingga sebati

2. Masukkan bahan B pukul sebati

3. Masukkan bahan C gaul rata

4 Parutkan adunan ke dalam bekas lain dan sudukan ke dalam paper cup tabur manik 

5. Bakar 20 minit 160'C



Kredit Resepi : 
Siti Haida Hamid

RESEPI KEK BELACAN SARAWAK (KUKUS)


RESEPI KEK BELACAN SARAWAK (KUKUS)


BAHAN - BAHAN

10 biji telur
1 buku buttercup
1 gelas gula
1 tin kecil susu manis
1 tin kecil kaya
100gm serbuk koko
1 paket kecil horlick
1 paket kecil milo
2 gelas tepung gandum
1 botol kecil browning sugar
1 papan coklat masakan (dicairkan)


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Sediakan pengukus dan dipanaskan terlebih dahulu. Sediakan loyang 9' x 9' yang telah
dilapik dengan kertas minyak.

2. Pukul gula dan mentega sehingga putih. Kemudian masukkan telur satu persatu.
Pukul sehingga kembang.

3. Perlahankan speed mixer, masukkan susu manis dan kaya. Pukul sehingga sebati.

4. Apabila adunan sebati, kemudian masukkan horlick, serbuk koko, milo dan tepung gandum. 
Pukul lagi sehingga sebati.

5. Setelah itu, masukkan coklat masakan yang telah dicairkan dan akhir sekali masukkan
browning sugar. Gaul sehingga rata dan sebati. ( saya guna mixer saja sebab senang )

6. Setelah adunan sebati, masukkan adunan tersebut ke dalam loyang dan kukus selama
8 jam.


RESEPI KUIH LOMPAT TIKAM PALING SEDAP


RESEPI KUIH LOMPAT TIKAM PALING SEDAP

BAHAN - BAHAN


LAPISAN HIJAU

2 cawan tepung beras
3 cawan air
1 cawan air daun pandan
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil air kapur

LAPISAN PUTIH

1 senduk leper tepung beras (sukatan menggunung)
2 cawan santan
1/2 cawan air
1/4 sudu kecil garam

PULUT MERAH

1 cawan pulut - rendam terlebih dahulu
Santan cair secukupnya
Garam secukupnya
Sedikit pewarna merah

AIR GULA MELAKA

1 keping gula melaka
Air secukupnya
1 helai daun pandan

CARA - CARA MEBUATNYA

CARA LAPISAN HIJAU

1. Gaul rata semua bahan lapisan hijau dalam mangkuk dan tapis. 

2. Kecairan mestilah bila senduk kayu diangkat tinggi, ianya mengalir laju dan tak melekat di senduk.

3. Masakkan adunan ini ke dalam kuali tembaga (jika ada) dan kacau atas api yang sederhana sehingga menggelegak. Mula mula kacau dengan whisk, lagi mudah. Lepas dah mengeras, baru guna senduk kayu.

4. Terus dikacau sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat serta menggelembung. 

5. Masukkan ke dalam loyang dan disejukkan.


CARA LAPISAN HIJAU

1. Satukan semua bahan lapisan putih dalam mangkuk dan tapis. 

2. Masak atas api sederhana dengan sentiasa dikacau dengan whisk sehingga mendidih dalam 15-20 minit.

3. Apabila adunan menjadi pekat dan berkilat masukkan ke dalam bekas dan sejukkan.

Nota: lapisan putih mesti rasa masin sedikit, baru sedap


CARA PULUT MERAH

1. Panaskan periuk pengukus dan kukus beras pulut selama 10-15 minit.

2. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk. Tuangkan santan cair yang telah dicampur dengan garam halus, agak agak sehingga pulut menjadi lembut.

3. Masukkan dalam pengukus dan kukus sekali lagi dalam 10 minit. Buka penutup dan dibalik balikkan pulut supaya masak rata.

4. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk dan dikacau rata. T

5. aburkan sedikit gula bagi menjadikan pulut berkilat dan bersinar. 

6. Siap untuk dihidangkan.


CARA AIR GULA MELAKA

1. Masak gula melaka dengan air dan daun pandan hingga hancur dan mendidih. 

2. Tapis dan sejukkan.


CARA MENGHIDANGKAN

1. Potong lapisan hijau dan masukkan ke dalam pinggan.

2. Masukkan juga sedikit pulut merah.

3. Kemudian sendukkan lapisan putih ke atasnya. 

4. Akhir sekali, tuang air gula melaka.



Kredit Resepi: 
Girls Paradise


RESEPI PUTU KACANG


RESEPI PUTU KACANG

BAHAN - BAHAN

1 kg kacang hijau yg telah dibuang kulit
1 kg gula halus (ayak)


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Kacang hijau digoreng tanpa minyak. 

2. Biarkan kacang sejuk.

3.Cuci bersih dan toskan sehingga kering

4. Blend halus kacang tadi. Ayak.

5. Tambahkan gula halus yg telah diayak. Gaul sebati.

6. Biar semalaman. Untuk adunan jadi sebati dan lembab.

7. Tekan dalam acuan. Susun dlm talam & jemur.

Siap.



Kredit Resepi : 
Chek Kuna Ahmad via MAHN


RESEPI KUIH KUBA GULING ( VERSI BUNGA TELANG )


RESEPI KUIH KUBA GULING ( VERSI BUNGA TELANG )

BAHAN - BAHAN

250gm tepung beras
200gm gula
150gm tepung jagung
1/2sudu makan kapor
3sudu tepung beras pulut
1/2cwan santan pekat
semangkuk bunga telang bland dgn 200g air
Air 1liter lbh (tgk kepekatan)
Secubit garam


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Masukkan semua bahan atas di dalam kuali.

2.Kacau sehingga sebati sebati kemudian hidupkan api. 

3. Selepas semuanya sebati, pastikan kacau dan gunakan api yang sederhana.

4. Kacau sehingga likat

5. Sediakan loyang saiz 8 sapukan minyak.

6. Tuangkan tepung yang dah siap tadi.

7. Apabila dah sejuk,potong dan gulingkan kuih dalam kelapa parut (muda) ** Masukkan sedikit garam dalam kelapa untuk menyeimbangkan rasa kuih.

8. Dah siap




Kredit Resepi: 
Da Amanda