RESEPI MURTABAK MINI ( KULIT POPIA )
BAHAN - BAHAN
BAHAN INTI
500 gram isi ayam / daging di cincang
5 biji kentang di potong dadu
3 sudu makan rempah kari
1 ulas bawang putih di hiris
1 biji bawang besar dihiris
2 biji bawang besar di potong dadu
Hirisan daun sup
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit minyak masak utk menumis.
CARA MEMASAK/ MEMBUAT INTI
1. Panaskan kuali. Tuang sedikit minyak masak. Masukkan bawang yang dihiris.
2. Maaukkan rempah kari dan masukkan sedikit air. Masak rempah hingga pecah minyak.
3. Masukkan isi ayam dan masukkan kentang. Masukkan air separas bahan2 yang dimasak. Jgn lebih nanti inti lembik.
4. Masak sehingga air hampir kering. Masukkan sedikit garam dan gula.
5. Masak hingga betul2 kering. Sejukkan dan sedia utk langkah menyediakan murtabak mini.
LANGKAH MENYEDIAKAN
1. Pecahkan 2 biji telur, pukul dan masukkan sedikit garam.
2. Masukkan bahan-bahan inti ayam dan kentang yang dimasak tadi.
3. Masukkan daun sup dan bawang. Kacau hingga sebati.
4. Buka kulit popia, letak atas dulang. Ambil 3 sudu makan intin yang di campurkan dengan telur dan bawang tadi tu. Letak di tengah-tengah kulit popia intinya. Lipat atas, bawah, kiri dan kanan. Terbalikkan bila di lipat dan masukkan dalam kuali.
5. Untuk memasak panaskan kuali, letakkan sedikit minyak. Letakkan popia. Kalau suka letak minyak banyak sikit.
6.Balik-balikkan ia sehingga masak. Bila dah siap bolehlah dihidangkan.
Kredit Resipi :
Wann Leen