Friday, February 7, 2020

RESEPI KOBIS GULUNG


RESEPI KOBIS GULUNG


BAHAN - BAHAN

Kobis hijau secukupnya 
**Apa saja jenis kobis yang sesuai

Dada ayam dicincang @ daging cincang 
Bawang putih
Bawang merah
Serbuk lada hitam
Serbuk lada sulah
Serbuk maggi cukup rasa
Serbuk cili
Lobak merah
Kobis purple


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Tumis bawang putih dan merah sampai naik bau.

2. Masukkan isi ayam masak sampai air ayam sedikit kering.

3. Masukan lobak dan kobis purple goreng sekejap.. 

4. Masukan lada hitam lada sulah serbuk cili dan maggi cukup rasa..Sesuaikan rasa..

5. Celurkan daun kobis untuk melembutkannya supaya senang untuk golong. 

6.; Setelah lembut. Masukkan bahan - bahan sebagai inti dan gulung. ** Boleh ikat dengan daun kucai kalau mahu.

7. Kukus selama 3 minit untuk melembutkan lagi kobis tersebut.



Kredit Resepi : 
Azhanie ismail


RESEPI ES CALAMANSI


RESEPI ES CALAMANSI


BAHAN - BAHAN

5 ke 10 biji limau kasturi 
(perah jus, tapis biji. Simpan separuh kulit limau)
1 Tin laici
1 Tin longan
Nata De Coco
Segenggam daun pudina
Selasih secukupnya 
(rendam dengan air masak)
2 paket Cincau (parut)
Ais secukupnya


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Campurkan semua bahan. Kacau rata. 

**Kalau kurang manis, boleh tambah air gula. 
**Kalau manis boleh tambah air masak. 

2. Done.



Kredit Resepi : 
Nur fakhira Mohd Rosli 
#dapurfaafeefoo


RESEPI PUDING OREO MILO "WANNACRY"


RESEPI PUDING OREO MILO "WANNACRY"


BAHAN - BAHAN

• 10 gram serbuk agar - agar
• 1 tin susu cair (400ml)
• Satu bungkus oreo
• Biskut oreo tadi korang ( patah 2 atau 4 )
• 750ml air
• 150g gula
• 3/4 cawan milo


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Masak serbuk agar-agar dan air sehingga larut. Ikut sukatan air.

2. Kemudian, masukkan gula dan kacau hingga larut dengan api sederhana.

3. Masukkan susu cair dan kacau sebati hingga mendidih. 

4. Bila dah sebatikan semua bahan-bahan tadi, pisahkan menjadi 2 bahagian (adunan milo dan adunan putih)

5. Bahagian pertama, kita campurkan dengan milo dan kacau perlahan hingga sebati, jangan ada yang berketul-ketul. Kemudian pisahkan dua bahagian milo, satu bahagian untuk lapisan bawah, satu lagi untuk lapisan atas sekali.
6. Tuangkan perlahan bahagian pertama milo, kemudian tunggu keras sikit. 

7. Kemudian tuang perlahan adunan putih pula (yang tiada campuran milo). 

8. Sekarang taburkan oreo ikut kretiviti, pastikan tenggelam kebawah dalam adunan putih. lagi banyak lagi bagus.

9. Bila adunan putih dah keras sedikit, tuang bahagian milo yang kedua.

10. Sejukkan kejap dengan suhu bilik, kemudia boleh masuk peti sejuk bahagian bawah,

11. Boleh dimakan setelah puding cukup keras atau lebih kurang dalam setengah jam.



Kredit resepi :
Rahimah Ahmad Akhirudin 


RESEPI MASAK LEMAK CILI API NENAS IKAN MASIN


RESEPI MASAK LEMAK CILI API NENAS IKAN MASIN


BAHAN - BAHAN

3 ekor ikan masin sepat- di potong 2 
1/4 biji nenas – dipotong nipis
1 batang serai – dibelah dua ataupun dititik
6-8 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)
1 cawan santan+1 cawan air
1 keping asam gelugor
sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk
garam


CARA - CARA MEMASAKNYA

1. Kisar halus ataupun tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga hancur, kemudian curahkan ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik tadi, kacau sebentar.

2.Selepas itu masukkan 1 cawan santan, dan 1 cawan air, gunakan api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan nenas dan asam gelugor, setelah nenas agak layu, masukkan pula ikan masin sepat, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam.

3. Masak sehinga kuah pecah minyak dan tutup api, 

4. Sedia untuk dihidangkan panas-panas, selamat mencuba.

Nota: 
Kalau nak tukar ikan masin dan nanas kepada ayam dan nangka muda pun boleh, cara masak nya tetap sama. 



Kredit Resepi,

Page FB
Resepi masakan malayu 😍


Friday, January 17, 2020

RESEPI DAGING BAKAR THAI

 

DAGING BAKAR THAI


BAHAN - BAHAN

- 1/2 kg daging
- 4 ulas bawang putih
- 1 batang Serai
- Kicap
- Sos tiram
- Garam 
- Gula


CARA PENYEDIAAN DAGING

1. Tumbuk bawang putih & serai sehingga lumat.

2. Gaulkan daging bersama kicap, sos tiram, garam & gula. Perap daging.

3. Bakar daging.

4. Siap!


BAHAN PENCICAH

- 1 ulas bawang putih 
- Akar ketumbar 
- Daun ketumbar
- Cili padi 
- Sos ikan 
- Gula 
- Limau nipis


CARA PENYEDIAAN PENCICAH


1. Tumbuk bawang putih & akar ketumbar.

2. Satukan semua bahan & gaul rata.

3. Hiris halus cili padi.





Kredit: Resepi :
Ummi & Rasa.my

RESEPI CHICKEN MANGO

 

RESEPI CHICKEN MANGO


BAHAN - BAHAN

Ayam*
Isi ayam bahagian peha/dada
Tepung goreng kentucky 
Minyak Goreng
Lada hitam
Bawang Putih
Bawang Besar
Telur
Mangga Muda 
Lobak Merah / Daun ketumbar


CARA - CARA 

1. Perap isi ayam dengan lada hitam dan bawang putih selama 20minit.

2. Setelah 20 minit pecahkan telur dalam isi ayam. 

3. Sediakan tepung goreng kentucky dalam bekas yang sesuai dan panaskan minyak goreng.

4. Masukkan isi ayam tadi ke dalam tepung goreng. Gaul dan ratakan tepung. ( Breeding )

5. Masukkan dalam minyak goreng yang dipanaskan tadi dan goreng hingga kekuningan (deep fry)

6. Setelah ayam masak. Angkat dan toskan.

7. Dalam bekas lain,  Parut mangga muda, carrot/daun ketumbar dan Potongkan sedikit bawang besar


RESEPI SOS

Plum sos
Sos tomato
Sos thai
Gula
Cili api potong
Asam limau nipis..perah

**Campurkan semua bahan dan didihkan atas api kecuali cili api.


PENYEDIAAN

1. Potong - Potong ayam yang telah digoreng tadi.

2.  Gaulkan dengan mangga parut serta bawang besar.

3. Tuangkan sos.

4.  Siap !


Selamat Mencuba !


Kredit Resepi :
 Hawa Qalisha Ikin



RESEPI KACANG PEDAS CORNFLAKES


RESEPI KACANG PEDAS CORNFLAKES
(makin pedas makin ngesit)


BAHAN - BAHAN

1kg kcg hong kong(goreng)
200g ikan bilis(goreng)
Sekotak kecil cornflake
(Saya guna 250g)
200g cili boh
150g gula(ikut manis)
5 ulas bwg merah(tumbuk lumat)
5 ulas bwg putih(tumbuk lumat)
Minyak utk menggoreng secukupnya


CARA - CARA MEMBUATNYA

1. Panaskan sedikit minyak.

2. Tumiskan bawang tumbuk hingga wangi.

3. Masukkan cili boh. Masak hingga pecah minyak.baru masukkan gula.

4. Bila pekat baru masukkan kacang, ikan bilis dan cornflake.

5. Adunkan rata. Tutup api,

6. Siap.






Kredit Resepi:
Azalina Buang..

#kacangpedascornflake